Demi Pujian DAP: Khalid Samad Rela Menyanyokkan Diri Sendiri!


Oleh rmf

Rupa-rupanya di sebalik pelbagai rungutan tentang UMNO Selangor, masih ada lagi orang yang melihat UMNO Selangor cukup kuat dan cukup hebat. Masih ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang melihat UMNO Selangor sebagai ancaman utama sekalipun, UMNO Selangor hanya mampu menghasilkan 12 kerusi DUN pada PRU lalu.

dalang jais

Demi Pujian DAP, Khalid Samad Rela Menyanyokkan Diri Sendiri!

Tak sangka, kan? Barangkali sebab itulah, UMNO Selangor pun masih lagi hidup dalam angan-angan indah!

Atau sebenarnya sudah tidak ada sebarang alasan, memaksa Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam terpaksa menjadikan UMNO sebagai anjing sesahan memandangkan dia masih mahu tinggal di Selangor dan tidak berani berhadapan dengan kemurkaan DYMM Sultan Selangor?

Semuanya kerana JAIS merampas Bible berbahasa Melayu dan keengganan MAIS untuk memulangkan Bible berbahasa Melayu dan Iban itu kepada Persatuan Bible Malaysia.

JAIS berada di bawah MAIS. MAIS pula berada di bawah DYMM Sultan Selangor. DYMM Sultan Selangor terpisah daripada pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Nak serang DYMM Sultan Selangor secara terus-terang, tak berapa nak berani sebab DYMM Sultan ada kuasa baginda yang tersendiri.

Disebabkan kuasa DYMM Sultan itulah, Khalid Ibrahim ketika hendak mengangkat sumpah, terpaksa pegang tombak. Dan disebabkan sedar tentang kuasa DYMM Sultan Selangor itulah, Teresa Kok yang merupakan antara orang yang paling lantang menentang Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu enggan dilantik sebagai Exco Negeri Selangor lagi.

Khalid Samad seperti yang diketahui adalah ANJING DAP yang menyalak sepanjang masa demi kepentingan DAP. Walaupun dia adalah salah seorang pemimpin PAS, namun PAS hanyalah pakaian luaran sedangkan hati perutnya adalah DAP.

Justeru, dia terpaksa menyalahkan UMNO demi mengambil hati para pemimpin DAP. Biarpun sedar, UMNO tidak ada kena-mengena langsung dengan JAIS atau MAIS, namun disebabkan DAP memang suka kalau berita tersebut dilibatkan UMNO. Selagi DAP senang dengannya, selagi itulah bahagia hidup Khalid Samad!

This entry was posted in Demi Pujian DAP: Khalid Samad Rela Menyanyokkan Diri Sendiri! and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s