Apa yang saya fikirkan Tentang “Mereka” ini


Oleh rmf

Bila Isu ini berlaku, didalam fikiran saya terus memikirkan kaedah yang dilakukan oleh Mubaligh Kristian dan perbandingan dengan prosedur kerajaan.Sering kali kita dengar bahawa berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memberi  bantuan kebajikan kepada warga miskin, warga tua dan ibu tunggal. Tetapi, adakah wang itu sampai kepada sasaran? Janji kerajaan seolah-olah ‘dilahir serupa tidak, di banting menggunting angin’.

Mubaligh Kristian
1. Mereka menggunakan pendekatan iaitu Mencari sasaran yang terpinggir
2. Mereka secara terus memberi kan bantuan serta merta
3. Mereka menggunakan kaedah penyebaran melalu budi yang mereka hulurkan
4. Mereka memberi bantuan dahulu, serta segala keperluan dan bulanan
5. Mereka mengenepikan proses birokrasi,
6. Mereka mengutamakan gerak kerja dan hasilnya

Agensi kerajaan
1. Mereka menunggu orang yang terpinggir datang – Jika ketua peringkat akar umbi tak menjalankan kerja.. bermakna ada yang tersisih
2. Mengutamakan proses dan prosedure sebelum bantuan diberikan
3. Menggunakan kaedah isi borang, tunggu dan baru diberikan bantuan
4. Terlalu banyak masalah Birokrasi
5. Mengutamakan gerak kerja prosedur dari tindakan awal.
6. Bila terdapat Isu, Baru la semua perkara diatas diketepikan.. Kenapa boleh ?

Dengan demikian tidak hairanlah masih banyak berlaku keciciran kepada golongan yang memerlukan bantuan dipinggirkan. Jika dikatakan saorang ketua kampung yang malas, maka maklumat ini tidak akan sampai ke peringkat atasan.

Terlalu bergantung kepada prosedur untuk memberikan bantuan, sedangkan keadaan dan situasi pada masa itu memerlukan tindakan segera. Tidakan dalam senyap bukan memberi bantuan untuk diwar warkan adalah satu kaedah yang telah lama digunakan oleh mubaligh kristian untuk mendapatkan pengaruh.

Tidak hairan lah jika ada kita mendapat tahu bahawa terdapat orang Melayu yang menerima bantuan tersebut dari mereka. Jangan salahkan mereka, kerana diwaktu itu kita masih lagi bergelumang dengan birokrasi..

Banyak diantara yang terpinggir dari bantuan yang sepatutnya mereka terima, terutama dari Jabatan Kebajikan, BaitulMal, Pusat zakat yang mana maklumat mereka ini tidak sampai ke peringkat agensi. Masalah ini timbul apa bila, proses maklumat dari peringkat kampung, taman, tidak diambil berat oleh ketua ketua yang dilantik.

Jesteru itu, seharusnya setiap agensi yang terlibat seharus nya bukan dipanggil untuk turun padang, tetapi mereka mempunyai penjadualan bulanan turun padang untuk memastikan tiada yang disisihkan atau ditinggalkan dalam memberikan bantuan dan mengurangkan beban orang yang layak.

Turun padang bukan bermaksud turun berjumpa denag mendegar taklimat ketua kampung.. Tetapi mengambil maklumat dan melakukan siasatan sendiri bagi melayakkan bantuan segera diberikan . Dengan cara ini pembohongan maklumat tidak berlaku. Kadang kala kita melihat banyak penerima bantuan yang bukan dikalangan  yang layak menerimanya., Ini disebabkan oleh rangkaian politik yang membunuh hak hak oarang yang memerlukan.

Sebagai contoh diri saya sendiri, Maklumat saya mungkin tidak pernah disampaikan ke pusat zakat datau Baitul mal negeri, Semenjak saya  menjadi OKU saya tidak pernah didatangi oleh pegawai  Baitulmal atau pusat zakat dan mungkin ini menunjukkan  bahawa maklumat saya tidak pernah disalurkan oleh ketua kampung kepada pihaka tasan. Ini lah corak sistem yang kita amalkan.

Saya faham bahawa karenah birokrasi ini telah menghadkan perkara ini berlaku.Kerenah adalah ragam atau tingkahlaku manakala birokrasi adalah cara pentadbiran berpandu kepada kuasa yang diberikan oleh kerajaan atau majikan.

Satu cara pentadbiran yang mengikut peraturan dan proses pengurusan melalui saluran yang dibenarkan oleh undang-undang atau kerajaan. Karenah birokrasi bermakna penyalahgunaan kuasa yang diambil sebagai kesempatan oleh majikan atau individu ke atas tanggungjawab atau amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan

Pemimpin harus faham bahawa kakitangan dalam jagaannya adalah the prime mover atau penggerak utama dalam satu-satu pengurusan. Kepekaan pemimpin ialah menjaga lines or duties atau persempadan tanggungjawab kakitangan sokongan. Merekalah yang amat arif mengenai tanggungjawab masing-masing.

Pemimpin hanya mempunyai kepimpinan dan menjadi Jack of all trades master of none atau mengetahui segala perihal perlaksanaan pembangunan tetapi tidak ada satu daripadanya yang dikategorikan sebagai kepakarannya.

Oleh yang demikian, sebagai pemimpin wajar merendahkan diri sebagai satu kehormatan serta perasaan kasih sayang terhadap kakitangan sokongan dan juga perihatin dengan permasalahan permasalahan yang mana kadang kala tidak memerlukan proses pengurusan didahulukan.

.Dengan cara demikian kita akan mewujudkan budaya kesetiakawanan sosial dan masyarakat dan ini wajar ada kerana ia menjadi tulang belakang kepada pengurusan satu-satu  institusi pembanguan.sahsiah masyarakat dan menghormati kepimpinan yang perihatin.

Dalam satu pepatah Melayu mengatakan “Harapkan pagar, pagar makan padi; Harapkan sokong, sokong membawa rebah,” membawa maksud orang yang ditauliahkan untuk memimpin atau menjadi ketua dalam satu-satu perusahaan atau institusi dia pula yang membawa keruntuhan kepada pembangunan tersebut.

Kadang kala kita mendengar terdapatnya bantuan untuk disalurkan, tetapi oleh kerana pemimpin asyik mengejar nama dan populariti, bantuan bantuan tersebut terbiar didalam  gudang dan berkulat  dan tidak sampai kesasaran yang diharapkan. Pemimpin sedemikian adalah pemimpin yang hanya mahu nama mereka digahkan didalam program semasa memberikan bantuan.

Ini merupakan masalah orang politik yang semakin hari melupakan tanggung jawab mereka yang sebenrnya terhadap masyarakat. Bagi pandangan saorang Prof yang saya kenali, beliau ada berpesan. Jangan rapat datu akrab kepada sesaorang pemimpin apabila tangan nya berada didalam kocek dan bersilang kebelakang semasa bersemuka dengan masyarakat, Kerana pemimpin yang sedemikina kan membunuh dan melupakan kamu setelah dia mempunyai orang yang boleh dipergunakan lagi.

Berbalik kita dalam isu bantuan:

Kebajikan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Tidak guna ada kementerian dan jabatan diwujudkan untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak mencapai matlamatnya yang sebenar. Didapati banyak permohonan telah dibuat untuk mendapatkan bantuan kebajikan tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.

Permohonan yang dibuat tidak diberi pertimbangan sehingga ramai yang sudah putus asa dengan pihak yang bertanggunggjawab. Pelbagai rungutan dan rintihan yang kita dengar daripada orang ramai bahawa permohonan mereka ditolak secara sewenang-wenangnya.

Tambahan pula, yang lebih menyedihkan lagi ialah tempoh masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan bantuan kebajikan. Ada kalanya tempoh berbulan-bulan diambil untuk memproses sesuatu permohonan bantuan kebajikan.

Jika kita lihat peruntukan kerajaan didalam isu yang berkaitan dengan bantuan terhadap agensi kerajaan yang terlibat. Nilai RM1.26 billion adalah terlalu besar, tetapi masalah miskin tegar masih wujud di merata pelusuk negara. Dimanakah kesilapan telah berlaku? Sepatutnya dengan nilai yang sedemikian  banyak yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah miskin tegar ini. Tetapi kebanyakannya tidak berlaku.

Persoalan ini perlu dijawab melalui tindakan kerajaan memastikan proses permohonan bantuan kebajikan adalah lancar dan cepat tanpa birokrasi yang terlampau. Ini adalah penting untuk memastikan golongan miskin benar-benar dibantu tanpa sebarang diskriminasi terhadap mereka.

Kerajaan harus memberi  perhatian  yang sewajarnaya terhadap masalah kebajikan rakyat. Perbelanjaan ini harus didahulukan untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat negara ini. Ini juga penting untuk membendung masalah sosio-ekonomi seperti jenayah, pelacuran dan sebagainya.

Jika kerajaan mengambil sikap sambil lewa terhadap permohonan bantuan kebajikan tidak kira dari mana agensi sekali pun maka sudah tentu ini akan menambahkan pahit maung pemohon tersebut. Selain daripada itu, keyakinan rakyat terutamanya golongan miskin akan hilang  terhadap pentadbiran ini.

Mari kita kupas lagi,

Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya.

Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran.

Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan yang ada disekeliling pemimpin.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan.

Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi ‘memberi makan’ kepada jerung dan buaya terbabit.  Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung.

Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah.

Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi bukan Islam termasuk gereja, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya.

Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup). Di sinilah kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini.

Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa ‘hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah

Jesteru itu, harapan saya agar semua pihak yang terlibat melihat secara mendalam tanggingjawab dan  peranan yang harus diberikan seharusnya relevan pada masa masa yang diperlukan.

This entry was posted in Apa yang saya fikirkan Tentang "Mereka" ini and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s