SEDARLAH BANGSA MELAYU :Bila Melayu Menjadi “Bangsat”


Oleh rmf

Terasa sayu . Bergenang air mata dan amat sedih sekali dihati saya ketika menulis artikel ini, Kesedaran yang kian menipis dihati bangsaku bernama Melayu yang mana mereka hanya melihat politik itu hanya politik bukan penjajahan alaf baru yang tiada menumpahkan darah sehingga tergadainya sebuah negara.

Kongsi kuasa yang mana selama ini menjadi teras  didalam negara ini dilihat semakin hari semakin menunjukkan satu pengakhiran yang dijangkakan amat memilukan bagi rakyat Malaysia. “Kongsi”  kuasa ini semakin jelas telah ditolak oleh sebahagian besara masyarakat Cina di Malaysia  dapat dilihat melalui keputusan PRU 13 yang lalu.

Didalam hal ini, saya amat jelas melihat bahawa  keadaan ini akan terus berlarutan sehingga PRU14 akan datang,  PRJ Telok Intan dan Kajang telah memberikan kita satu corak keputusan yang mana saya boleh katakan iaitu keputusan untuk menguasai Politik  dalam jangka yang amat panjang serta sekali gus akan memusnahkan pelbagai hak hak yang termaktub  didalamnya.

Apakah kita tidak dapat melihat bahawa satu kaedah pemecahan telah dilakukan oleh DAP  didalam memastikan  majoriti Melayu akan menjadi maniriti dengan konsep taktikal “Ubah” yang telah dilakukan. Ubah telah berjaya menghasilkan 4 pecahan  melayu yang mana telah mengurangkan sokongan padu terhadap Melayu itu sendiri.

Jika hari ini masalah perkauman semakin tajam ia kerana DAP menolak idea ‘kongsi’ itu.Saya melihat perkembangan ini akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik. Ini adalah matlamat yang telah diperjuangkan sekian lama sejak 55 tahun yang lalu. Berjaya nya DAP didalam mengagendakan minda Melayu dapat dilihat  seberapa ramainya Melayu yang menyertai DAP atas nama keadilan yang dimomokkan .

Hari ini DAP menganggap ‘semangat cintakan negara’ sebagai ‘semangat cintakan UMNO’. Bagi DAP, sayangkan Malaysia bermakna sayangkan UMNO. Justeru, tidak hairanlah apabila anak-anak Cina mempermainkan lagu Negaraku dan menterbalikkan bendera Malaysia dengan penuh kebencian dan dendam kesumat. Bagi mereka, bencikan UMNO harus juga bencikan Malaysia.

PAS acap kali dimomokkan sebagai budak suruhan DAP untuk memancing  orang Melayu agar meninggalkan UMNO serta menyertai DAP atau pun PKR- Natijah perbuatan ini telah menyebabkan beberapa pecahan berlaku dikalangan orang orang Melayu. Jika strategi ini berjaya , PAS atau PKR tidak akan kemana mana , DAP yang mana mempunyai majoriti akan menguasai arena politik dengan pertolongan PAS dan PKR.

Akhirnya Melayu akan tersingkir sebagai kuasa politik yang sekian lama  dikongsikan  bersama kaum lain.DAP memainkan sentimen kaum untuk menarik sokongan Cina dari BN dengan menggambarkan MCA sebagai budak suruhan UMNO. dan acap kali memberikan impak tekanan kepada UMNO jika sesuatu isu  berlaku dan mengaitkan  segala kenyataan MCA itu adalah kenyataan yang dibuat oleh UMNO.

Oleh itu, DAP berjuang untuk merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu, yakni UMNO kerana bagi mereka, negara ini bukan negara mereka selagi ia diperintah oleh orang Melayu-Islam-UMNO

Tindakan ini telah dilakukan sekian lama, Jika hari ini perpecahan antara kaum semakin mendalam, ia adalah disebabkan DAP… Polarisasi kaum telah menjadi lebih ketara akibat daripada itu. Ia akan menjadi lebih buruk pada masa hadapan,Akhirnya negara ini tidak akan aman dengan penindasan yang saban hari dilakukan terhadap orang Melayu sebagaimana dilakukan di Pulau Pinang.

Di satu sudut lain pula , kita melihat ketakutran kepimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri didalam membuat keputusan bagi meyelamatkan keadaan yang semakin meruncing lagi, Janji jutaan ringgit ditaburkan sebagai langkah memujuk  Cina kiasu ini dan akhirnya telah memakan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, Kerajaan disamping Pemuda UMNO, Puteri  hanya hebat dipentas pentas politik sendiri, tetapi tidak berani untuk melakukan pembelaan terhadap bangsa melayu yang semakin hari ditindas dengan hebat oleh Cina kiasu. Tinbdakan perundangan didalam isu fitnah juga dilihat sebagai isu yang remeh , sekali gus telah menjadikan  barisan kepimpinan yang sedia ada sekarang hanya mernjaga jawatan dan bukan menjaga kepentingan bangsa dan negara.

Melihat kelemahan bariasan kepimpinan ini, peluang telah diambil sepenuhnya oleh DAP melalui  “pelampau Cina” dalam DAP memulakan kebencian kaum terhadap Melayu melalui slogan “Malaysian Malaysia” dengan menggambarkan bukan Melayu menderita kerana diskriminasi dan dianggap sebagai rakyat kelas kedua.Perkara ini dapat dibuktikan dengan membuat provokasi kejadian  yang berlaku itu diletakkan semua kesalahan kepada manusia yang berbangsa Melayu.

Seperkara yang paling nyata sekali ialah apabila setiap kali polisi kerajaan seperti DEB dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau NGO akan dilabel rasis. Sebutan Melayu itu sendiri dianggap rasis dan tidak bagi  sebutan untuk kepentingan bag berbangsa Cina. Tindakan ini disokongf pula oleh oarang orang Melayu yang berada didalam PAS dan PKR.

PAS pula didalam PRU 13 yang lalu telah banyak kehilangan kerusi , PAS paling banyak tewas  manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaah “memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN. Perkara yang amat jelas ialah Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala PAS, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit.

Jelas sekali dengan mempergunakan PAS didalam pakatan secara terang bahawa agenda DAP untuk menguasai politik didalam negara ini  telah amat terserlah. Didalam masa yang sama mereka telah pun menguasai ekonomi sekian lama.

Kebangkitan kuasa ekonomi dikalangan orang Melayu akan cuba dihalang  dengan kepelbagaian cara. Sekian lama perkara ini telah pun berlaku, Namun masih ada orang oramg Melayu yang masih tidak sedarkan diri dalam hal ini. Mereka asyik  melihat politik itu semata mata politik. Bukan  melihat agenda disebalik politik tersebut.

Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, DAP telah melaksanakan program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru di seluruh Pulau Pinang. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan digantikan dengan perumahan awam moden yang mana tidak mampu dimiliki oleh oarang Melayu.

Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang. Oleh itu, parti berteraskan Melayu seperti UMNO akan gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan yang memerintah.

Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, DAP bakal memperkenalkan kuota kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.

Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah pangsa mereka kepada orang Melayu.

Menurut strategi DAP , sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk Cina di sesebuah blok perumahan. Kita akan melihat perkara ini akan berlaku di Pulau Pinang sekarang yanag mana akan menidakkan hak hak Melayu diatas tanah mereka sendiri.

Oleh yang demikian, Maka sedarlah wahai bangsa ku bernama Melayu, Politik itu bukan sekadar Politik tetapi ianya lebih kepada  penjajahan baru tanpa pertumpahan darah. Selagi UMNO kuat, selagi itulah sukar untuk DAP menguasai politik negara. Untuk melawan UMNO, DAP perlu terlebih dahulu menghapuskan semangat cintakan negara dari kalangan rakyat Malaysia. Apabila semangat cintakan negara semakin pupus dan identiti Melayu semakin terhapus, maka UMNO akan hancur dengan sendirinya

Bagi UMNO pula harus  melihat pemimpin yang mempunyai aliran ‘liberal-centrist’.pada dasarnya akan bertindak mengikut fahaman yang mereka inginkan. Perlu diingat bahawa Melayu hanya ada Malaysia, tetapi Cina ada negara Cina untuk menyatakan kewujudan mereka di dunia ini. Cina tidak akan hilang jika mengaku diri sebagai ‘bangsa Malaysia’ tetapi Melayu akan lenyap jika enggan mengaku diri sebagai Melayu.

.
This entry was posted in UNTUK BANGSA MELAYU :Bila Bangsaku Melayu Menjadi "Bangsat" and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to SEDARLAH BANGSA MELAYU :Bila Melayu Menjadi “Bangsat”

  1. naukri2014 says:

    fantastic put up, very informative. I wonder why the other experts
    of this sector do not understand this. You should
    continue your writing. I’m confident, you have a great readers’ base already!

  2. orangjohor says:

    Nak buek camno saudara, akar umbi jaga pemimpin, tapi pemimpin tak mo pikior pasai akar umbi pun.. Saudara pun tau kan, dalam UMNo tu pun banyak dah penyokong liberalnya termasuk generalnya… Kerana pangkat harta kedudukan, tolak ketepi la sentimen orang macam saudara, macam kito2 semua, yang kunun sayang agama dan bangsa dan rajanya. Tak dipandang pun pemimpin nun kita tuh.Kesat jer lah airmato saudara tu yo… buang karen.
    Ada kerja yang belum selesai untuk kita umat melayu selesaikan sesama kita… Banyak kerja lah senang cakap…InsyaAllah, akan datang tahun dan bulannya sebelum 2017, satu ribut topan huricane akan membadai UMNO dan macha macha-nya (yang dah berhanyir baunya, loya tekak orang melayu (SEJATI) nak mendekatnya lagi) ,pecah berserpih-serpih lah tongkang tembaga berlambang UMNO tu, tenggelam timbul NAKHODANYA kelemasan, meminta-minta “hei macaiku, selamatkan kapal kita ni, nak karam dah ni”, TAPI kita semua bernama melayu akan melopong, melihatnya (SAHAJA), dan dengan nada geram dan amarah, kita menjawab “BIARKAN JERLAH”..
    “SUDAH SURATAN DAN TAKDIR UMNO AKAN MATI JUGAK AKHIRNYA, TIADA YANG KEKAL SELAMANYA, YANG BERMULA ADA PENGAKHIRANNYA”. SEJARAH MELAKA JATUH KE TANGAN PORTUGIS AKAN BERULANG SEMULA. LAKSAMANA HANG TUAH PUN MELUAT NAK MENENGOKNYA, BAWAK DIRI KE UTAN BELANTARA, KAWAN DENGAN MONYET LAGI TENANG HATINYA (KATANYA KOT MASA TU), RAKYAT MELAKA YANG DAH PUAS BERENDAM AIRMATA PUN MALAS NAK MEMIKIOR APA APA, BIAR KITA HILANG SULTAN HILANG RAJA KATENYA, BIARKAN JADIK TELADAN BUAT ANAK CUCU KITA YER YOP… SABAU SABAU SABAU LAH KITA… TAHAN JER LA PALER DIPIJAK KAKI BANGSA TUH. MELAYU KAN PEMALU PENYABAU ORANGNYA. DIGELAKKAN ORANG PUN KITA GELAK SAMA. UIK, BODOHNYA MANUSIA BERNAMA MELAYU KAN. TAK FAHAM FAHAM BAHASA!.
    Kepada anak cucu kita pula di jaman ini, SELAMAT BERJUANG LA KORANG YER… PANDAI PANDAILAH NAK IDUP NANTI JAMAN 2020 YANG KUNUN TERBILANG DAN SASA (TAPI SAPA YANG DAPAT HASILNYA NANTI??? Hehehe, kita jugak melayu jadik pokok, jadik ranting jadik baja tapi orang lain yang petik buahnya doh),,, PANDAI JILAT, BOLEH LA KORANG RASA SENANG SKET (Sikit jer pun)… tapi kena jadik anjing ler baru bley merasa harum tulang (tuiang pun tulang lha dema kata)… TAPI Tak koser den dan anak cucu den, biarlah mati beradat, jangan mati keparat.
    Adios!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s