Dua Syaitan Media Bergaduh: Malaysiakini Salahkan Malaysia Insider


oleh rmf

Malaysiakini malam ini membuat lawak jenaka terbesar apabila “mencuci tangan” mendakwa kes Zarina Abdullah Majid disensasikan oleh portal berita Malaysia Insider.

Melaporkan sidang akhbar bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu, Malaysiakini menerbitkan berita berikut,

Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.

Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.

“Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina.

Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga.

Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.

“MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.

Nada kenyataan itu bagaimanapun berbeza sama sekali dengan kenyataan Zarina pada 4 Jun lalu yang dilaporkan berkata sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala.

Laporan The Malaysian Insider melaporkan Zarina sebagai berkata, tindakan pegawai JAIS itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.

Para terakhir tersebut jelas menunjukkan Malaysiakini cuba menyalahkan Malaysia Insider semata-mata, sedangkan mereka juga turut melaporkan perkara serupa walaupun memetik dari Malaysia Insider.

Sebenarnya tiada beza kedua-dua portal berita pro Pakatan ini. Mereka bukan sahaja anti Melayu dan UMNO tetapi juga anti-Islam. Apa sahaja berita yang boleh memburukkan agama Islam akan dilaporkan secara sensasi.

http://www.mykmu.net/?p=44111

This entry was posted in Dua Syaitan Media Bergaduh: Malaysiakini Salahkan Malaysia Insider and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s