DAP Menentang Hebat Cadangan Hudud Oleh UMNO Selangor


Oleh rmf

Shah Alam – Selepas Kelantan, isu hudud sekarang melanda sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, Selangor, yang dipimpin PKR. Gobind Singh, timbalan pengerusi DAP Selangor, seperti bapanya mendiang Karpal Singh, bagaimanapun berikrar tidak akan membiarkannya menjadi kenyataan.

Usaha itu kali ini tidak dicetuskan oleh PAS tetapi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sendiri dengan mengusulkan kebarangkalian melaksanakan undang-undang Islam itu.

Dalam kenyataan hari ini, Gobind berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

Dun Selangor

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata, kami berpandangan bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan.

Daripada salinan usul itu, ia dicadangkan bawah peraturan 26 Peraturan Tetap DUN untuk dikemukakan pada persidangan pada masa depan. Usul yang dikemukanan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”

http://www.suara.tv/?p=13224

This entry was posted in DAP Menentang Hebat Cadangan Hudud Oleh UMNO Selangor and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s