Aseh Mahu Cadangan Tun M Dipertimbangkan Semula


Oleh rmf

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat hari ini menggesa supaya cadangan Perkhidmatan Monorel di Putrajaya dilaksanakan segera demi kepentingan orang ramai dan jabatan kerajaan.

Cadangan pembinaan Monorel Putrajaya sebagai pengangkutan awam utama pusat pentadbiran tersebut sebelum ini berada dalam perancangan sebelum projek jambatan gantung monorel Putrajaya terhenti pada 2004 kerana kerajaan tidak meluluskan pembiayaan lanjutannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad kemudiannya menggesa pembinaan ini dibuat segera bagi mengelakkan Putrajaya menjadi kota kesesakan kenderaan.

Menurut Aseh, perkhidmatan monorel amat diperlukan di pusat pentadbiran Persekutuan ini walaupun jumlah penduduknya belum mencapai kriteria ideal 500,000 yang membolehkan perkhidmatan itu diadakan.

Aseh berkata, perkhidmatan monorel akan dapat melengkapkan kehebatan pusat pentadbiran itu selain memudahkan orang ramai yang berpusu-pusu datang berurusan di sini.

“Kerajaan membina kota ini dengan terancang dan cantik, namun seolah-olah ’cacat’ kerana tidak mempunyai monorel. Namun saya tiada hak untuk mengulas mengenainya kerana ia terletak di bawah kuasa kerajaan persekutuan,” katanya.

Aseh berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Berkaitan Pengangkutan Awam di Putrajaya di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid.

http://www.mykmu.net/?p=44109

This entry was posted in Aseh Mahu Cadangan Tun M Dipertimbangkan Semula and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s