“Remove Islam From IC” : Jason Lo Agen Pembangkang? Apa Jawapan KJ


Oleh rmf

Kita sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan agak melampau Jason Lo yang merupakan rakan kepada Khairy Jamaluddin. Jason bersekolah yang sama dengan KJ di United World College of South East Asia. Mereka juga bergandingan dengan KJ untuk projek MyTeam.

Kita sebenarnya agak keliru akan penglibatan KJ dengan beberapa personaliti yang secara terang menyokong pembangkang. Disamping itu juga Jason ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, sebuah pengendali rangkaian maya mudah alih milik Tune Ventures Sdn Bhd, yang 40% pegangan sahamnya dalam tangan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes. Sebelum ini Air Asia juga banyak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menentang kerajaan.

Jason-Lo-300x155

Jason Lo menerusi akaun Twitternya mempersoal tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan Hindu yang didakwa pengantin perempuannya beragama Islam. Beliau kononnya berasa amat sedih dan mahu membantu rakyat Malaysia menjadi lebih kesamarataan. Ini dengan jelas membawa misi DAP iaitu kesamarataan yang jelas jauh dari prinsip keadilan terhadap orang Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu.

Beliau juga seolah-olah mencabar undang-undang negara dengan mempersoalkan kebolehan untuk membuktikan bahawa seseorang itu beragama Islam. Hakikat bahawa orang Melayu itu beragama Islam itu seolah-olah cuba dihapuskan oleh pihak pembangkang.

Kononnya apa yang tertulis dalam kad pengenalan diri umpama ‘pendatang’. Pakatan cuba menidakkan sejarah yang jelas menunjukkan orang Cina dibawa dari Tanah Besar Cina untuk melombong bijih di negara kita. Dan yang penting mereka mahu menidakkan status orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu.

Jason juga dilihat sebagai cuba menuduh orang Melayu sebagai rasis apabila menyatakan bahawa hal ini mungkin berlaku atas sebab kebencian melampau serta serangan peribadi. Dan kononnya negara ini secara perlahan-lahan sedang dipecah-belahkan oleh golongan ekstremis.

jason-kj-jawab-169x300

Hakikatnya orang yang bersikap rasis dan chauvanist adalah DAP bukannya orang Melayu. Namun mereka cuba menukar persepsi mengikut acuan mereka demi merealisasikan cita-cita untuk merampas negara dari tangan orang Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu.

Kita mula mempertikaikan sikap sesetengah pemimpin kerajaan yang membawa agenda pembangkang ke dalam pentadbiran negara. Mereka ini bukan sekadar membawa agenda malahan juga kakitangan dari pihak pembangkang untuk dibawa masuk ke dalam kerajaan. Ini berkemungkinan akan mengundang bahaya dalam menjaga kerahsiaan dan strategi negara dari dibocorkan dan disabotaj oleh musuh dalam selimut yang telah bertapak dalam banyak agensi kerajaan. Oleh itu, kita mohon Datuk Seri Najib segera menganalisa isu ini dengan lebih serius.

http://www.mykmu.net/?p=44085

This entry was posted in “Remove Islam From IC” : Jason Lo Agen Pembangkang? Apa Jawapan KJ and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s