Buang Islam Dalam I/C: Kenapa ‘Kuli-Kuli’ Tony Makin Rasis & Celupar?


Oleh rmf

JIKA perasan, dalam masa lebih kurang setahun ini, sudah beberapa kali seorang berjawatan tinggi dalam syarikat-syarikat dimiliki Tan Sri Tony Fernandez, mengeluarkan kenyataan yang berbaur poliitk, rasis dan anti Islam menerusi laman media sosial.

Kali pertama pada Mei tahun lepas bila CEO Air Asia X, Azran Osman Rani menuduh akhbar Utusan sebagai rasis, hanya kerana bertanya “Apa Lagi Cina Mahu?” dalam satu artikel yang berkisar kepada penemuan (findings) dalam PRU13 yang menyaksikan penolakan besar-besaran kaum cina terhadap BN.

Dalam insiden kehilangan MH370, seorang juruterbangnya mengkritik kerajaan dalam soal membuat kesimpulan bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.  Paling akhir kita tahu juruterbang ini digantung, selepas itu kita tidak pasti apa nasibnya.  Dah masuk kerja dah kot.

Terbaru, seorang lagi pegawai kanan Tony, Jason Lo yang juga CEO kepada Tune Talk, mengeluarkan kenyataan mahu Islam dalam kad pengenalan dibuang ketika mengulas insiden agensi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, JAIS menyerbu majlis perkahwinan hindu!!

Kenyataan macam itu tak kenalah, sebab yang buat tu JAIS (Pakatan yang bayar gaji), insiden seumpama itu pun bukan hari-hari berlaku di Malaysia hingga status agama nak dibuang dalam kad pengenalan semua orang Islam.

Menarik tentang Jason, walaupun dia bukan ahli politik, tapi hubungan akrabnya dengan seorang Menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menjadi pengetahuan umum.  Maka itu kita bimbang kenyataan Jason ini akan digunakan oleh PAS untuk menghentam BN/UMNO.

Syukurlah kerana Menteri berkenaan cepat mengeluarkan kenyataan menolak pendapat seperti itu dan menyifatkannya sebagai pendapat peribadi Jason saja.  Kalau tidak jenuh juga, mana nak hentam Jason, mana nak hentam Menteri berkenaan lagi.

IMG-20140610-WA0000

Tapi itu isu lain.

Persoalannya sekarang masih berkisar kenapa pegawai-pegawai dalam syarikat yang dimiliki Tony ini semakin biadap dan berani mengeluarkan kenyataan yang bukan setakat boleh menjejaskan perniagaannya, malah memberi gambaran organisasi yang dimiliki Tony sudah cenderung ke arah politik kepartian.

Sebab kita semua tahu, ada parti politik di Malaysia ini yang bersungguh-sungguh mahu bangsa dan agama dibuang dari kad pengenalan serta borang-borang rasmi kerajaan seperti mana cadangan Jason Lo.  Ada apa-apa yang kita tak tahu ke?

Walaupun kenyataan Jason itu mungkin satu pendapat peribadi, tapi ia dibuat dalam kapasiti dia sebagai CEO Tune Talk – syarikat dimana Tony ada lebih 35% pegangan terus dan beberapa peratus lagi menerusi proksi.  Samalah dengan Azran pun, dia buat kenyataan menuduh Utusan (sebut Melayu) rasis atas kapasiti sebagai CEO Airasia X.

Suka tak suka, kenyataan yang seperti ini tetap memberi imej buruk kepada organisasi besar yang Tony miliki seolah-olah semua orang besar dalam organisasi Tony memang perlu jadi begitu – anti kerajaan, celupar, rasis dan yang sewaktu dengannya.

Benarkah ini keadaannya Mr. Tony?

Jika benar, penulis mencadangkan, adakah perkara ini disengajakan sebagai satu cara Tony meminta perhatian kerajaan ke atas hutang syarikat tersebut yang dianggarkan berbilion ringgit

http://www.mykmu.net/?p=44084?

This entry was posted in Buang Islam Dalam I/C: Kenapa ‘Kuli-Kuli’ Tony Makin Rasis & Celupar? and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Buang Islam Dalam I/C: Kenapa ‘Kuli-Kuli’ Tony Makin Rasis & Celupar?

  1. nori52 says:

    Jason Lo ni kan kawan baik KJ….apa komen KJ?

  2. zizan@yahoo.com.my says:

    Semua ini punca PM yang lemah. Sejak Najib jadi PM, kita lihat agama,bangsa dan perlembagaan kita dihina oleh puak cinabeng yang tidak berlaku di zaman pemerintahan PM sebelum ini.Najib harus diganti dengan segera jika tidak ingin keadaan sebegini berlarutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s