Tiada negara benar sekolah jenis kebangsaan selain Malaysia- kata Bung Mokhtar Radin


Oleh rmf

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) hari ini mencetuskan kekecohan ketika sidang Dewan Rakyat apabila menggesa semua rakyat Malaysia belajar di sekolah kebangsaan sekiranya berasa diri mereka sebagai rakyat Malaysia.

Bung yang bangun untuk membahaskan usul Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn berkata, rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah membenarkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan berbahasa Cina dan Tamil.

“Tiada mana-mana negara di dunia lakukan macam Malaysia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan,” kata Bung ketika membahaskan usul tersebut.

“Kalau kita rasa kita rakyat Malaysia, kita pergi sekolah kebangsaan,” katanya, dan menambah, isu peruntukan kepada sekolah kebangsaan seharusnya tidak timbul ekoran sekolah itu merupakan institusi yang melambangkan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

“Di Malaysia sahaja kerajaan benarkan pengamal sekolah jenis kebangsaan.

“Kita perlu bersyukur orang Melayu tidak mengganggu-gugat kelebihan ini,” katanya.

Bung kemudiannya membidas Ahli Parlimen Kapar G Manivanan yang bangun membidas kenyataan beliau, dan berkata ahli Parlimen PKR itu sebagai “lawya.”

“Ini lawya, lawya buruk … duduk!” kata Bung, mengarahkan Manivanan untuk duduk.

“Kalau tidak jadi wakil rakyat, ini jadi perompak mungkin,” katanya, menujukan kenyataan itu kepada Manivanan.

Kenyataan itu kemudiannya disahut Manivanan dan melabelkan Bung sebagai “bapak perompak.”

“Inilah lawya … kalau saya perompak ini bapak perompak,” katanya merujuk kepada Bung.

Sebelum itu, Bung turut bertelagah dengan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasturi Pato dan ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berhubung perkara itu.  – 9 Jun, 2014.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-negara-benar-sekolah-jenis-kebangsaan-selain-malaysia-kata-bung-mokht#sthash.3nNTlAWv.dpuf

]

This entry was posted in Tiada negara benar sekolah jenis kebangsaan selain Malaysia- kata Bung Mokhtar Radin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s