Tak Boleh Terima Hakikat Disaman- Mkini Mula Meroyan


Oleh rmf

PORTAL pembangkang, Mkini nampaknya sudah mula terasa bahang akan kalah dalam tuntutan saman yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan UMNO bila mereka mula menyiarkan artikel-artikel yang antara lain bertujuan mengecam tindakan itu secara senyap.

Senyap sebab, permainannya ialah dengan memetik kenyataan dari badan yang kita tahu sama aliran dengan Mkini (pro pembangkang) seperti Majlis Peguam.  Kalau dia sendiri cakap kang, nampak sangat bodohnya.

IMG-20140607-WA0006

Majlis Peguam ini penulis sudah lama katakan elok dibubar sebab dia sudah tergelincir dari sebab utama kenapa ia ditubuhkan dulu, tapi itu isu lain, isunya sekarang, 2 entiti ini menyerlahkan diri kepada dunia bahawa mereka memang alat kepada tuan yang sama – pembangkang.

Benda ni lama dah orang tahu, depa saja yang taknak mengaku, tapi bila masing-masing backup sesama sendiri, maka secara tak langsung hubungan tu terdedahlah.

Nak kenal senang saja, kenapa bila pemimpin-pemimpin politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain saman media, dua entiti ini tak bercakap?  Apa undang-undang negara ni terbahagi dua ke, yang kerajaan satu set lain, yang pembangkang satu set lain?

Dalam kes Anwar, jangan kata media, blogger picisan pun tak terlepas dari disamannya juga, apa kes, boleh terima kritikan sangatlah tu.

Kenapa kenyataan seperti ini hanya keluar bila Perdana Menteri yang kemukakan saman?  Apa menjadi Perdana Menteri bermaksud boleh difitnah sesuka hati ke?

Menariknya, masa inilah juga tindakan Perdana Menteri nak disamakan dengan Singapura yang terkenal di seluruh dunia sebagai kerajaan yang langsung tak beri muka kepada kebebasan bersuara.  Jadi blogger kena daftar, jangan salah sikit kena saman sampai bankrap dan sebagainya.

Penulis katakan menarik sebab Singapura adalah tempat pembangkang melahirkan kader-kader anti kerajaannya.  Tak balik kader-kader pembangkang dari negara republik tersebut untuk mengundi, DAP kalah di Teluk Intan – bukti kepada kenyataan di atas tu.

Tapi bila PM saman Mkini, tiba-tiba Singapura dah jadi buruk.   Habis segala rekod anti kebebasan bersuara republik tersebut diungkit portal pro pembangkang berkenaan.

Hakikatnya Perdana Menteri langsung tak sama macam Singapura.  Kalau sama, dah lama Mkini tu tutup kedai dah.

Kesimpulannya, 2 artikel Mkini yang menjadi punca kepada tindakan saman tu, tidak langsung berbunyi teguran atau kritikan tapi fitnah yang melampau batas, jadi persoalan yang dibangkitkan Majlis Peguam dan Mkini itu (terima kritikan bukan saman media), langsung tak timbul sama sekali.

http://www.mykmu.net/?p=44018

This entry was posted in Tak Boleh Terima Hakikat Disaman- Mkini Mula Meroyan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s