Rasuah Dan Budaya Samseng- BN Dijadikan Bahan Tutup Kelakuan Sendiri


Oleh rmf

KUALA LUMPUR, 3 Jun – ‘Mengata dulang paku sepih kata orang dia lebih’, demikianlah peribahasa yang sesuai ditujukan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang yang sibuk mendakwa UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan politik rasuah dan politik samseng sebaliknya mereka boleh diibaratkan sebagai ‘bangkai’ kerana merekalah sebenarnya yang mengamalkan perlakuan sumbang politik tersebut.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias berkata Pakatan Pembangkang tidaklah sebersih mana dan tidak terlepas daripada perlakuan rasuah dan budaya samseng, malah lebih teruk dan memalukan.

mimie-harianie-alias-exco-puteri-umno-malaysia-bn-shah-alam-selangor

Jelas beliau lagi lihat sahaja apa yang berlaku dalam pemilihan parti mereka terutamanya ketika proses Pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang, budaya membeli undi atau rasuah ini diperkatakan dan ditonjolkan sendiri pemimpin mereka, termasuk pendedahan yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

“Jadi tak usahlah mereka selalu menuduh yang mengamalkan politik rasuah atau yang politik samseng tu kepada UMNO dan BN, sebaliknya mereka perlu melihat dulu kepada pendekatan dan gaya politik pemimpin mereka terlebih dahulu sebelum menuduh kepada orang lain.

“Kalau nak kata UMNO samseng, kita sendiri telah melihat macam mana samsengnya ‘orang-orang’ PKR semasa dalam pemilihan di cabang-cabang mereka sendiri, berapa banyak kawasan yang dibatalkan pengundiannya atau ditunda, angkara politik samseng dan politik rasuah yang mereka lakukan sendiri”, katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Shah Alam.

Justeru tegas beliau jangan jadikan UMNO dan BN sebagai alat untuk menutup kelemahan dan perlakuan yang mereka sendiri buat.

“Sekadar untuk menunjukkan parti mereka parti yang telus dan bersih sedangkan hakikatnya parti mereka parti yang penuh dengan ‘kurap’ dan ‘nanah yang busuk’ dari akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi mereka sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi hari ini rakyat boleh melihat satu persatu pendedahan tentang salah laku rasuah oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang yang berjaya dibongkar termasuk episod pendedahan penggunaan wang untuk membeli undi oleh Menteri Besar Selangor sendiri oleh pemimpin mereka sendiri yang menentangnya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor sehingga pengantungan keahlian beberapa pemimpin mereka kerana mendedahkan penyelewengan ini kepada media.

“Ini adalah episod lanjutan daripada rentetan pembongkaran berlakunya perlakuan rasuah di dalam Pakatan Pembangkang khususnya pada Pemilihan PKR tahun ini. Selama ini mendakwa mereka sebuah parti yang bebas rasuah, selama ini mereka (pembangkang) menuduh UMNO dan BN parti rasuah, samseng dan macam-macam lagi, tapi hari ini terbukti, bahawa mereka lebih teruk dari itu apabila kepimpinan tertinggi mereka sendiri turut melakukan perbuatan ini.

“Jadi, usahlah mendabik dada dakwa mereka itu bersih sangat dari rasuah. Tuduh sana tuduh sini, alih-alih mereka sendiri yang lakukan rasuah. Tak usah nak kata parti mereka tu telus sangat. Pakatan memang tak dapat lari dari isu rasuah dan budaya samseng ini, ” tegas beliau kepada UMNO-Online. -MediaUMNO- Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

This entry was posted in Rasuah Dan Budaya Samseng- BN Dijadikan Bahan Tutup Kelakuan Sendiri and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s