SELAMATKAH SEKOLAH MASA KINI : Kegagalan Pembentukan Sahsiah Pelajar


Oleh rmf

Sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa definisi keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011).  Peribadi pula bererti manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan diri sendiri bagi membentuk watak dirinya sendiri.

Maka, kenyataan ini dapat menggambarkan bahawa seorang individu itu berbeza dengan individu yang lain.  Sahsiah juga dapat menjelaskan sistem tingkah laku seseorang iaitu  bolehlah dikatakan bahawa perlakuan atau tingkah laku itu dapat dilihat sebagai lebih kurang sama dari sehari ke sehari dan telah tertanam sejak dari kecil dan menjadi rutin.

Maka untuk mengubahnya mengambil masa dan memerlukan pendekatan yang sangat efisien. Ibarat menarik rambut di dalam tepung.  Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak berselerak.

Keganasan pelajar telah membuktikan bahawa sistem dasar pembangunan sahsiah yang berubah rubah telah menyebabkan  kes kes  keganasan disekolah semakin hari semakin  kritikal. Penbentukan sahsiah yang berdasarkan psychologi  satu ketika dulu dikatakan yang terbaik untuk pelajar kini telah menampakkan hasilnya.

Pelbagai kekangan dikenakan dan melibatkan kuasa guru untuk melakukan teguran, hukuman  dikekang sama sekali. Konsep mendidik sudah tiada lagi didalam pembentukan sahsiah, Yang nakal , jahat tidak dapat ditegur  dan dihukum dengan sewajarnya, Guru diancam dengan  tindakan undang undang.

Persoalannya jika dahulu , guru guru membentuk sahsiah dengan kuasa mendidik diberikan sepenuhnya kepada mereka.Segarang mana pun guru ianya masih dihormati oleh murid. Berbanding dengan sekarang.

Apabila kita membincangkan sahsiah pelajar dulu dan kini memang terlalu banyak perbezaan ketara yang dapat kita lihat. Saya amat tertarik untuk membincangkan kepincangan sahsiah anak remaja di dalam institusi pendidikan.  Isu yang dapat dibincangkan adalah sikap hormat-menghormati terhadap guru, rakan-rakan dan pembudayaan ilmu itu sendiri.  Antara perkara yang sangat jelas adalah amalan bertegur sapa dan menghadiahkan senyuman tidak lagi menunjangi sahsiah anak remaja.

Contohnya apabila guru masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, terlalu sukar untuk melihat anak remaja mengucap salam kepada guru-guru.  Hal ini amat ketara jika dilihat di sekolah menengah.  Kehadiran guru dewasa ini kurang dihargai walaupun pada hakikatnya guru adalah sebagai ibu bapa yang kedua setelah ibu bapa mereka yang sebenar.

Situasi ini sangat berbeza dengan konsep pembelajaran pada zaman dahulu, segala nilai murni yang dipelajari di sekolah diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.  Produk pendidikan zaman dahulu berupaya membangunkan negara dan berjaya membawa kebanggaan dengan Malaysia.

Maka jelaslah di sini, sahsiah generasi Z pada hari ini memerlukan rawatan yang sangat efektif dan mantap supaya tidak hanyut dengan kemajuan dan godaan yang disediakan oleh era globalisasi ini.  Anak remaja Malaysia perlu berbalik kepada budaya timur supaya menjadi generasi yang mampu dibanggakan dan meletakkan Malaysia gah di mata dunia. Kita juga perlu yakin bahawa konsep hukuman sangat efektif untuk membentuk anak-anak remaja ini.

Ibu bapa jangan cepat melatah dan jangan mudah melenting sekiranya anak-anak mereka dihukum apabila berada di sekolah.  Hukuman yang diberi untuk mendidik mereka supaya mereka jelas natara perkara yang baik ataupun buruk dan menegaskan kepada anak-anak bahawa sebagai anak mereka perlu ditegur untuk kabaikan bersama.

Sahsiah dan pegangan hidup yang mantap perlu menunjangi hati dan sanubari setiap individu kerana hati yang diselaputi ilmu yang berguna dan sifat-sifat mahmudah akan memandu perlajanan seorang insan ke arah kebaikan

Secara langsung proses pembudayaan ilmu juga akan berlaku dengan lancar dan mantap kerana dengan menghormati guru maka ilmu yang bakal diperoleh akan bertambah berkat dan dapat menyerap ke dalam sanubari anak-anak remaja.

Pada hari ini anak-anak ke sekolah dan menimba ilmu hanya untuk lulus peperiksaan.  Apabila kaki melangkah keluar dari kawasan sekolah, anak-anak ini seperti manusia yang tiada pedoman hidup.  Maka dapatlah dilihat berlakunya pelbagai gejala sosial yang berlaku.

Jika dahulu masalah yang paling teruk adalah gangsterisme, penyalahgunaan dadah dan vandalisme tetapi hari ini masalah seperti membakar rakan hidup-hidup dan anak luar nikah seperti perkara lumrah yang dipandang enteng oleh segenap lapisan masyarakat.

Buli bukan lagi perkara asing pada pelajar sekolah menengah dan rendah, bagai tidak berkesudahan apabila masih ada laporan mengenai kes buli di media cetak dan eletronik. Semakin hari semakin membimbangkan, Kes terbaru melibatkan seorang pelajar perempuan di buli oleh sekumpulan pelajar perempuan lain disebuah sekolah menengah di Kota Samarahan, Sarawak.

Perbuatan itu di rakan dan disebarkan secara meluas di laman media sosial, kes tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kementerian pendidikan dan polis diraja Malaysia. Kes di Kota Samarahan itu hanya segelintir kes buli disekolah yang dilaporkan.

Hakikatnya banyak lagi yang tidak dedahkan, ia disebabkan beberapa faktor antaranya mangsa buli di ugut untuk dicederakan dengan lebih terok lagi atau dimalukan dikhalayak ramai sekiranya melaporkan kepada sesiapa.

Kajian menunjukkan punca utama yang mendorong individu menjadi pembuli ialah pengaruh rakan sebaya, mungkin mereka merasakan lebih hebat dengan bertindak ekgresif terhadap orang lain, atau mungkin juga mereka ingin dihormati dan berharap mendapat pengaruh yang besar daripada pelajar lain dengan berbuat demikian.

Selain itu di media masa turut memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar sekolah, film dan rancangan telivisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada pelajar yang menontonnya.

Mereka yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru aksi yang di tonton dan mengaplikasikannya dialam realiti. Sasaran mereka adalah pelajar yang lemah atau yang lebih muda, lazimnya kes buli disekolah dilakukan oleh sekumpulan pelajar, jarang sekali ia dilakukan oleh individu.

Tidak dinafikan perbuatan buli menimbulkan suasana tidak selamat di sekolah, baik pelajar mahupun ibu bapa kesemuanya khuatir kerana perbuatan itu memberi kesan nagetif yang besar kepada diri mangsa buli. Dari segi dalaman pelajar yang dibuli mengalami kesan saikologi saperti trouma, hilang keyakinan dan hilang fokus terhadap pelajaran.

Dari segi luaran pula mangsa buli akan mengalami kecederaan paling menakutkan jika melibatkan kematian ini menunjukkan betapa penting tindakan segera diambil bagi memastikan masalah sosial ini tidak terus menular dan menjadi barah.

Cadangan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia agar sukatan mata pelajaran baru mengenai pencegahan jenayah buli dan gangstarisme di ujudkan di peringkat awal persekolahan mungkin boleh menbendung perbuatan buli dikalangan pelajar sekolah.

Menerusi mata pelajaran itu pelajar akan di didik mengenai nilai nilai murni serta bijak memilih rakan sebaya, bagaimanapun ibubapa lah yang harus memainkan peranan dalam pembentukkan peribadi anak masing masing, pantau pergaulan mereka, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan serta awasi pergerakan mereka di luar rumah.

Sentiasa meluangkan masa bersama anak anak, pada usia remaja jiwa mereka sering memberontak, sebagai ibu bapa pandai pandai lah berhadapan dengan karenah mereka.

This entry was posted in SELAMATKAH SEKOLAH MASA KINI : Kegagalan Pembentukan Sahsiah Pelajar and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s