Sejak 2001 : PAS dihina : Masihkah Ada Lagikah Maruah Pemimpin PAS


Oleh rmf

Sejak 2001 lagi, PAS dihina oleh rakan sekutu mereka DAP berkenaan dengan Negara Islam yang dicanangkan dengan gahnya, Dari Negra Islam hingga la ke hudud, PAS dihina di kecam. Tetapi “muka Tembok” pemimpin PAS masih lagi merayu , melutut kepada DAP agar mereka boleh berbincang perihal agenda tersebut.

Gobind Hina Perjuangan PAS? Dah Lama Daaahhhh…

Apabila Gobind Singh Deo, ahli Parlimen Puchong meletakkan kesalahan ke atas PAS atas kekalahan parti DAP di Teluk Intan, sekali lagi kita dihidangkan dengan pencak politik dari pemimpin-pemimpin PAS. Mengikut Gobind, dek kerana berkeras terhadap idea perlaksanaan hudud di Kelantan lah punca kekalahan DAP.

Dewan Ulama menyifatkan kenyataan ini adalah satu penghinaan ke atas perjuangan PAS.

PAS VS DAP

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, senyuman terukir di wajah penulis, kerana sejak kecil, tidak pernah waima sekali penulis terdengar kenyataan dari DAP bahawa mereka tidak menentang hudud.

Untuk makluman ahlul PAS sekelian, Gobind adalah anak kepada mendiang Karpal Singh, yang terkenal dengan kenyataan “langkah mayat saya dahulu sekiranya ingin laksana hudud”. Itu hakikat, fakta bukan auta, yang tidak perlu disangkal lagi kesahihannya. Tidak hairanlah jika Gobind mewarisi gen tersebut, kerana ke mana tumpahnya susu lembu kalau tidak ke bekas khasnya. Lebih-lebih lagi dibesarkan dalam lingkungan rejim DAP, anti-hudud.

Perlu untuk kita lihat sifat asal muasal DAP yang tidak pernah padam, termasuk sewaktu menjalin hubungan atas nama Barisan Alternatif.  Perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak dipersetujui DAP, yang akhirnya termeterai jua atas dasar komproni dan “it’s ok if we agree to disagree”.

Hakikatnya selepas pilihan raya 1999, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini memuncak menjadi gulungan api-api kebencian DAP terhadap PAS. Mana mungkin DAP sekadar status “peliharaan” PAS. Apatah lagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh tersungkur pada pentas PRU 1999 tersebut. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.

Yang menghairankan, PAS masih lagi tidak sedar, bahawa mereka hanyalah bertaraf “pariah” di dalam pakatan. Lucu bila Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berpendapat tidak mengapa sekiranya Gobind “setuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dalam isu hudud. Sejauh mana kefahaman Dr. Mahfodz dalam maksud “setuju untuk tidak bersetuju” ini?

Untuk makluman ahlul PAS, ungkapan berkenaan adalah sekadar penyedap hati, yang menghalalkan tahaluf siyasi ala PAS. Frasa “setuju” berkenaan hanyalah satu alasan untuk terus bekerjasama. Hakikatnya, tidak ruang untuk hudud di hati DAP, dan mereka adalah keturunan yang mewarisi semangat menentang hudud dari dahulu. “Tidak bersetuju” itulah yang membawa kepada penegasan “langkah mayat saya dahulu”.

Selepas PRU 1999, DAP khuatir mereka bukan dominan di dalam Barisan Alternatif sekaligus merugikan politik mereka. Keputusannya ialah keluar dari perikatan tersebut. Masakini, anda lebih tahu siapa dominan di dalam Pakatan Rakyat, dan PAS persis seperti watak Hang Kebun dalam filem hitam putih, setelah gagal memegang watak Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu mahupun Hang Kasturi.

Sejauh mana pengaruh Dewan Ulama PAS di kalangan ahlinya? Jawapan itu lebih baik sekiranya hadir dari mulut Mat Sabu atau Khalid Samad.

This entry was posted in Sejak 2001 : PAS dihina : Masihkah Ada Lagikah Maruah Pemimpin PAS and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s