MAIS: Sekolah Bina Insan ditutup kerana masalah kewangan


Oleh rmf

Apa lagi yang tinggal di Selangor, Semuanya satu persatu ditutup dan dijual,  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menutup sekolah bina insan (SBI kerana kekangan masalah kewangan, kata setiausahanya, Datuk Bakhtiar Hussin.

Keputusan itu juga berkait dengan perancangan MAIS untuk menambah pelajar Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (KUIS) kepada 10, 000 pelajar, katanya dalam kenyataan media semalam.

“Setelah diperhalusi dan meneliti semua isu dan cadangan yang dikemukakan, MAIS memutuskan untuk meneruskan operasi SBI di KUIS sehingga cohort sedia ada selesai.

“MAIS menungguhkan penutupan SBI hingga pelajar-pelajar sedia ada menamatkan pengajian di SBI,” katanya lagi.

Bakhtiar bagaimanapun berkata, pihaknya terbuka kepada sebarang cadangan yang bermanfaat daripada ibu bapa pelajar bagi kebaikan kepada semua pihak termasuk menempatkan SBI di tempat lain.

Beberapa hari lau, Exco Pemuda Umno Malaysia, Mohd Rafiq Bin Naizamohideen menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab atas penutupan Sekolah Bina Insan di sini yang dijadualkan akhir tahun ini.

“Kalau nak selamatkan sebuah sekolah yang ada 400 pelajar pun tak boleh dengan alasan tiada peruntukan, inikan pula nak beri pendidikan percuma kepada rakyat?,” katanya.

Sekolah Bina Insan, Kajang menempatkan seramai 400 pelajar, 50 tenaga pengajar dan lima kakitangan pentadbiran yang diarah tutup hujung tahun ini. Ia berikutan MAIS tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk terus mentadbirnya.

“MAIS merupakan badan berkanun di bawah kerajaan negeri Selangor. Kami rasa keputusan MAIS untuk menutup sekolah ini amatlah tidak adil. Apa akan jadi kepada tenaga pengajar dan kakitangan? Berapa pampasan yang mereka nak beri?.

“Sekolah Bina Insan, Kajang dibina pada tahun lepas, baru setahun jagung, sudah diarah tutup. Takkanlah sebelum tubuhkan sekolah ini, mereka tidak periksa peruntukan kewangan, cukup atau tidak?,” soalnya sebagaimana dilaporkan.

This entry was posted in MAIS: Sekolah Bina Insan ditutup kerana masalah kewangan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s