Cadbury: Syarikat Rugi- Kredebiliti Halal Jakim Tercemar- Kementerian Kesihatan Buat Bodoh!


Oleh rmf

Isu penemuan DNA Procine (Khinzir/babi) dalam coklat Cadbury timbul apabila satu keputusan ujian Makmal Kementerian Kesihatan Malaysia bocor kepada umum hampir tiga bulan selepas keputusan dibuat.

Dokumen yang dibocorkan sungguh meragukan bukan sahaja kerana ejaannya jenamanya salah malah nama pengambil sampel juga dihilangkan (lihat dokumen di bawah). Ketiadaan nombor kad kuasa dalam dokumen tersebut menunjukkan bahawa pengambil atau pemberi sampel tersebut bukan penguatkuasa atau pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

Justeru kita langsung tidak pasti apakah sampel coklat tersebut diambil dengan cara yang mengikut keperluan dan piawaian sepatutnya atau datang dari mana-mana individu yang mungkin telah mencemarkan sampel tersebut.

DNAProcineKhinzir

Menurut dokumen tersebut dan juga kenyataan akhbar Kementerian kemudiannya, sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Sehingga kini Kementerian Kesihatan langsung tidak mengemukakan perincian rantaian analisis tersebut seperti siapa pengambilnya dan gambar sampel yang diambil. Kesalahan ejaan Cadbury kepada Cabbury menimbulkan tanda tanya sama ada ia salah ejaan atau pembalut misteri lain.

Mustahil untuk seorang penganalisis makmal membuat kesilapan seperti kecuali beliau menerima sampel yang telah dibuka pembalutnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan. Jika benar demikian mengapa nama pengambil sampel tidak didedahkan dan pengambil sampel tidak pula mempunyai nombor kad kuasa. Di manakah sampel tersebut diambil?

Kita juga mahu tahu mengapa kementeria tidak segera mengambil sampel kedua, membuat analisis di makmal berkecuali dan memaklumkan ke Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia?

Pengumuman Kementerian untuk menyiasat siapa yang membocorkan maklumat bukan kaedah yang betul. Bukan isu maklumat sulit atau tidak.

Isunya mengapa KKM memendamkan perkara ini begitu lama tanpa memaklumkan kepada Jakim dan juga mengapa tiada analisis kedua dilakukan?

Kementerian harus memberi penjelasan rantaian pengambilan sampel dan kaedah ujikaji kerana jelas keputusan mereka berbeza dengan keputusan Jabatan Kimia Malaysia dan Jakim.

Setelah diuji positif DNA babi, apakah KKM membuat ujian kedua di makmal bebas lain atau buat bodoh sahaja? Nyata mereka buat bodoh sahaja.

Kita bukan mahu membela Cadbury mahu pun Jakim. Jika benar ada DNA Babi yang digunakan sebagai bahan pembuatan coklat tersebut maka tindakan tegas perlu diambil.

jamil-cadbury

Jakim mengambil 11 sampel daripada kilang Cadbury Dairy Milk Hazelnut and the Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan juga dihantar ke makmal yang mempunyai akredetasi untuk ujian termasuk Jabatan Kimia Malaysia.

Didapati tiada DNA Babi ditemui. Jika ia merupakan sebahagian resipi atau bahan yang digunakan untuk membuat kedua-dua coklat tersebut, sudah tentu hasil yang sama akan didapati seperti mana yang diperolehi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun jika hanya dalam “batch” tersebut sahaja ada pencemaran DNA Procine babi, tentu ia bukan isu resipi yang digunakan tetapi lebih kepada “pencemaran”. Pencemaran tersebut berlaku di mana? di Kilang? Di kedai atau di makmal KMM?

Seperti pandangan seorang profesional dalam bidang ini

Ujian pengesanan DNA porcine adalah berdasarkan kaedah polymerase chain reaction (PCR). Kaedah ini sangat sensitif dan mampu mengesan DNA pada kuantiti yg sangat rendah. Walau bagaimanapun, kaedah ini juga sangat terdedah kepada kontaminasi jika dilakukan dalam persekitaran yang tidak dikawal.”

“Working area untuk pre-PCR mesti dipisahkan secara fizikal dari post-PCR. Sedikit sahaja pencemaran dari post-PCR product yang mengandungi berbillion ‘copy’ of the amplified DNA fragments boleh menghasilkan keputusan false-positive. Makmal yang berakreditasi untuk ujian-ujian seperti ini sangat mengambil berat akan isu cross-contamination kerana kesan seperti yang disebut di atas.”

“Melihat kepada ujian yang dilakukan di makmal KKM untuk pengesahan DNA porcine bagi 2 jenis coklat Cadbury (ejaan pun boleh salah dalam report??), jelas tertera di nota kaki keputusan makmal tersebut bahawa ianya dilakukan di makmal yang tidak mempunyai akreditasi bagi tujuan ini.”

Kita mahukan kepastian, dan kepastian ini hanya boleh diberi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maruah sijil halal Jakim terjejas teruk kerana KMM tidak memainkan peranan mereka seperti sepatutnya dalam sesuatu ujian makmal dan penemuan besar seperti ini.

Sampai bila Kementerian Kesihatan hendak buat-buat bodoh sedangkan masyarakat di bawah sudah berantakan, syarikat sudah rugi dan industri halal negara tercemar teruk?

Industri Halal Malaysia yang bernilai berbilion ringgit terjejas teruk dengan sikap tidak profesional Kementerian Kesihatan yang tidak melakukan ujian kedua dari sampel tempat lain, dan memaklumkan kepada JAKIM sebaik makmal menemui DNA tersebut pada Februari lalu. Jangan salahkan pembocor ujian tersebut. Kerana ujian tersebut telah dibuat lebih tiga bulan lalu tanpa tindakan susulan Kementerian kesihatan.

Justeru seseorang di Kementerian Kesihatan perlu bertanggungjawab atas kecuaian ini.

http://www.mykmu.net/?p=43964

This entry was posted in Cadbury: Syarikat Rugi- Kredebiliti Halal Jakim Tercemar- Kementerian Kesihatan Buat Bodoh! and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s