Cadbury DNA Babi : Jakim Vs Kementerian Kesihatan


Oleh rmf

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Kononnya ia bermula setelah borang ujikaji telah bocor.

Hakikatnya Kementerian Kesihatan bukan lah pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan halal dan haram industri makanan kita. Tindakan mereka mengkaji coklat CADBURY ini seperti ada udang disebalik batu.

CADBURY KEMENTERIAN KESIHATAN

Umat Islam perlu ambil kira akan kemungkinan besar seseorang yang berada dalam Kementerian Kesihatan mensabotaj Cadbury memandangkan dua syarikat kepunyaan orang Melayu mempunyai saham dalam Cadbury iaitu Felda Holdings Sdn Bhd dan Boustead Holdings Bhd. Kebangkitan orang Melayu dalam bidang ekonomi amat tidak dapat diterima oleh segelintir kaum yang mahu membolot segala kekayaan dan sumber ekonomi negara.

Oleh itu JAKIM yang sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam memberi sijil halal kepada industri makanan dalam negara telah bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang demi memastikan ianya tidak tercemar dan tidak mempunyai unsur sabotaj.

Dari dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, telah disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine). Maka dengan itu kemungkinan besar keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar ataupun telah disabotaj. Siasatan yang terperinci perlu dijalankan.

Dalam situasi yang membabitkan JAKIM dan Kementerian Kesihatan, kita sebagai umat Islam perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya. Kita tahu bahawa JAKIM merupakan badan yang memberi sijil halal kepada industri makanan negara.

Baru-baru ini JAKIM telah bertindak tegas dalam mengawal dan memantau beberapa restoran yang telah meletakkan logo halal tanpa kebenaran JAKIM. Kemungkinan atas dasar dendam maka pihak-pihak tersebut mula menyusun plot untuk memusnahkan kredibiliti JAKIM dan pada masa yang sama dapat memusnahkan perniagaan dimana orang Melayu mempunyai saham didalamnya.

Sekiranya umat Islam mula memberi reaksi tidak matang dan terpedaya dengan plot mereka yang cuba menghancurkan industri makanan halal negara yang didominasikan oleh orang Melayu maka secara langsung kita membantu segelintir kaum yang cukup rasis untuk menghancurkan ekonomi orang Melayu.

Mereka ini bukan sahaja cuba menghancurkan ekonomi orang Melayu malahan mereka juga cuba menimbulkan unsur was-was yang melampau sehingga kita tidak lagi mempeduikan halal haram makanan. Dengan itu mereka akan dapat mengembangkan industri makanan mereka yang tidakberapa halal dengan mengenepikan kredibiliti JAKIM. Oleh itu kita perlu berfikir sebelum bertindak. Kebenaran itu perlu. Jangan kita biarkan diri tertipu dengan propaganda jahat segelintir kaum yang ultra kiasu dan chauvanist

http://www.mykmu.net/?p=43983

 

This entry was posted in Cadbury DNA Babi : Jakim Vs Kementerian Kesihatan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s