ADUN Luyang Masuk MCA, DAP Kecewa Lagi


Oleh rmf

SELEPAS kalah dalam pilihanraya kecil Teluk Intan di tangan calon BN Datuk Mah Siew Keong minggu sudah, DAP hari ni ditampar lagi bila ADUN Luyang Sabah, Dr. Hiew King Chew yang mengisytiharkan keluar DAP September tahun lepas, mengambil keputusan menyertai MCA hari ini.

Penulis katakan tamparan kerana MCA adalah parti seteru DAP, malah hampir semua orang di Malaysia ini tahu kewujudan DAP selama hari ini  yang menjangkau setengah abad tahun depan, adalah untuk melawan MCA (sebuah parti cina), walaupun DAP sering dakwa dia parti berbilang kaum.

Tapi MCA jugalah yang dipilih Dr. Hiew untuk meneruskan wadah politiknya dan seterusnya menambah kerusi BN dalam DUN Sabah sekarang kepada 49 kerusi DUN dan DAP kekal kepada 3.

Perit dan pedih hilang satu kerusi parlimen pun tak habis lagi, sekarang satu kerusi di Sabah yang sepatut milik dia, kini sudah jadi milik BN pulak….kesian.

Betul, pertambahan satu kerusi DUN di Sabah tidak akan mengubah apa-apa dari segi kuasa dan kekuatan BN Sabah kerana majoriti 2/3 memang sudah dalam tangan, samalah macam masa DAP tertangkup di Teluk Intan tempoh hari, tak ubah apa-apa jugak di peringkat Federal melainkan kerusi Parlimen DAP kurang satu kepada 37 kerusi sajalah.

Kerusi Pakatan di parlimen (campur tiga-tiga sekali) dah sama dengan kerusi UMNO seorang – 88 kerusi!!

hiew

Tapi dari segi moralnya, penulis yakin semangat penyokong-penyokong BN di seluruh negara akan semakin meningkat kerana bukan kita, tapi orang dia sendiri yang keluar parti dan kemudian masuk BN – apa yang lebih berbunga dari itu?

Sudah tentu, ayat-ayat balaci selepas ini akan mendakwa Dr. Hiew dibeli BN dengan wang berjuta-juta.  Respon macam itu memang sudah dijangka kerana masing-masing dalam Pakatan ni tak boleh terima hakikat kelemahan sendiri menjadi punca sehingga membawa kepada tindakan Dr. Hiew ini.

Kita biasa sangat dah, tuduhan macam ni berlambak dan banyak, tapi tak satu pun yang disertakan sekali dengan bukti, hanya air liur saja yang mencurah-curah.

Tidak menjadi kudis sama sekali

Penulis bagaimanapun tidak lupa ucap tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman atas ‘kejayaan’ yang sangat manis ini.  Semoga selepas ini ada lagi dari kalangan 11 ADUN pembangkang yang tinggal, akan turut menyertai jejak Dr. Hiew.

http://www.mykmu.net/?p=43992

This entry was posted in DAP Kecewa Lagi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s