Bagaimana Wanita Menolak Lelaki Dalam Hubungan- Buat Keputusan Segera Setelah Membaca


Oleh rmf

Hari ni saya postkan  benda yang amat suka baca dan melihat persekitaran yang ada disekeliling saya.. Best  juga bila kadang kala tu terkena batang hidng kita.. hahaha..

Dia jarang menghantar SMS apatah lagi untuk menelefon lagi. Setahu anda, dia juga sering keluar dengan lelaki lain. Peliknya anda masih lagi mengharap suatu hari nanti dia mungkin akan menerima anda. bagaimana untuk mengetahui bilakah anda harus melupakannya?

Perkara yang paling nyata sekali ialah, apabila anda menghantar pesanan ringkas kepadanya, dan mengucapkan sesuatu yang indah sebagaimana sebelum ini.  Bila anda tanya kenapa, alasan yang paling biasa digunakan ialah kesibukan, Dia juga jarang membalas ucapan ucapan anda diwaktu pagi, malam dan anda perasan  dia sentiasa ada di talian. Jika ini berlaku- Buat apa anda tunggu lagi.. Sudah tentu dia ada  pasangan yang diminatinya  sudah tentu bukan anda.

Jika anda seorang yang peka dan teliti, dia sebenarnya memberi banyak petanda bahawa dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan anda Setelah memahaminya, anda sebenarnya di dalam posisi terbaik untuk menentukan sama ada ingin meneruskan usaha atau melupakan hasrat itu tanpa perlu menggadaikan perasaan sendiri.

1- Dia menyatakan tidak bersedia untuk menjalin hubungan Inilah jalan penyelesaian paling klasik dan berkesan yang sering diamalkan oleh wanita apabila menyedari ada lelaki yang tidak disukainya cuba mendekati dirinya.

Cara ini ‘bersih’, tidak memerlukan sebarang persediaan dan langsung tidak memberi peluang untuk lelaki mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.

Jika ada wanita yang berkata sedemikian kepada anda, apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan anda. apa pun alasan, dia tidak melihat anda sebagai aset perhubungan baginya, jadi tidak perlulah anda menaruh harapan yang dia akan bersedia suatu hari nanti. dia mungkin akan menyukai seseorang, tapi yang pastinya bukan anda.

2- Anda sahaja yang menelefonnya dan jarang sekali menerima panggilan daripadanya. Berhati-hati, dia mungkin mahu mengelak daripada anda. kalau tidak pun, dia langsung tidak teringatkan anda. Dalam erti kata lain, dia tidak berminat dengan anda dan sanggup mencari orang lain untuk menemaninya.

Namun anda boleh mencuba. Sekiranya dia tidak menjawab panggilan pertama, buatlah panggilan kedua kerana mungkin dia sedang sibuk. jika dia memang tidak menelefon anda berhari-hari selepas puluhan panggilan atau SMS yang anda hantar, faham-fahamlah sendiri.

Anda bukan pilihannya!  Walaupun ada wanita, yang ingin melihat kesungguhan anda, mungkin satu petanda baik kalau dia menelefon anda selepas beberapa panggilan tidak dijawabnya.

3- Dia mengelak untuk bertentang mata dan sentuhan fizikal Ini adalah petanda jelas yang sering diambil ringan oleh lelaki. jika dia tertarik kepada anda, secara semula jadi dia ingin hamper dan bertentang mata dengan anda.  Jika dia sentiasa mengelak pandangan, anda mungkin mengnggapnya malu, tapi ia logik kalau berlaku dalam pertemuan awal. kalau sudah terlalu kerap, anggapan anda itu nyata salah.  Ini satu helah yang licik dan biasanya berjaya.

Anggaplah tindakan itu sebagai satu bentuk penolakan terhadap anda. sekiranya dia mewujudkan satu ruang antara anda berdua, dia sebenarnya sedang melindungi ruang personalnya. jadi pastikan anda duduk tidak terlalu rapat.

Anda mungkin lebih bermasalah jika dia bercerita tentang lelaki lain dan tidak ketawa dengan lawak jenaka yang anda buat.

4- Dia bercerita mengenai lelaki yang diminatinya. Bukan, dia mungkin tidak berniat untuk membuatkan anda cemburu. Kalau begitulah keadaan, anda sebenarnya masih berada di dalam zon berkawan sahaja. maknanya, anda tidak jauh berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Dia mungkin tidak pernah terfikir pun untuk mengadakan temu janji dengan anda.

5- Dia cuba memperkenalkan anda dengan wanita lain Dia melakukan perkara ini atas beberapa sebab. Antaranya, dia fikir anda tidak sesuai dengannya, menganggap anda sebagai kawan dan mengambil langkah agar anda tidak lagi suka padanya. Apapun, mesejnya sudah cukup jelas.

6– Tidak ketawa dengan lawak anda. pernahkah anda sedaya upaya untuk membuatkannya ketawa tetapi dia langsung tidak mengendakhannya? Ia bukanlah berlaku sekali dua, malah setiap kali anda keluar bersama.

Jika inilah situasi yang anda alami, dua kesimpulan penting boleh dibuat.

Pertama, dia tidak merasakan kelucuan yang anda cuba wujudkan itu boleh membuatkannya tertarik.

Kedua, dia memang tidak menyukai anda, jadi kenapa dia perlu ketawa? ketawa boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang unik, jika dia tetap tidak menunjukkan reaksi terhadap lawak anda, faham-faham sahajalah.

7- Sentiasa tidak mempunyai masa untuk anda Jika dia benar-benar sukakan anda, mengelakkan diri untuk berjumpa bukanlah satu tindakan yang bijak untuk dilakukan.

Anda sering mengajak dan merancang untuk keluar bersama, tetapi reaksi biasa yang diperolehi ialah tiada masa atau sudah pun mempunyai rancangan dengan rakannya yang lain. Mungkin dia sibuk dan tidak gemar untuk menjadikan anda sebagai teman menghabiskan masa lapangnya. paling teruk, dia mengelak untuk keluar bersama kerana tidak mahu sesuatu yang positif berlaku antara anda berdua.

8- Sering membatalkan rancangan Perkara seperti ini memang menyakitkan hati. selepas bersetuju untuk keluar bersama, tiba-tiba dia membatalkannya pada saat-saat akhir. kalau begini keadaannya, anda berada di dalam senarai simpanan. Maksudnya kalau dia benar-benar tidak mempunyai teman, anda pilihan terakhir.

Bukanlah sesuatu yang negatif jika dia terpaksa membatalkan rancangan atas sebab munasabah. masalahnya ialah kejadian ini sering berlaku, tanya kenapa, walaupun anda hanya sebagai kawan.

Andainya beginilah sikapnya, dia bukan sahaja tidak berminat, malah tidak menghormati anda.  Langkah paling tepat, tinggalkan sahaja angan-angan anda itu sebelum hati bertambah sakit.

9– Definisinya menegnai lelaki idaman langsung tidak ada pada diri anda.

Ini merupakan tajuk biasa dibualkan, walaupun wanita jarang berpegang kepada kriteria lelaki yang sering dinyatakannya, namun kalau semua ciri-ciri yang diinginkannya langsung tidak wujud dalam diri anda, ada sesuatu yang dia mahu anda faham.

Ambillah perkara ini sebagai sesuatu yang serius, harapan anda dapat memikatnya memang tipis. Apa yang boleh dikatakan di sini, jika dia menunjukkan salah satu daripada petanda di atas, ia bukanlah satu permulaan yang baik. Kalau anda sedar dia menonjolkan banyak perkara seperti yang dinyatakan, anda boleh buat kesimpulan bahawa dia langsung tidak tertarik dengan usaha anda itu.

Kita cukup faham bahawa lelaki sukar untuk mengalah, tetapi bukanlah atu tindakan bijak jika menerukkan usaha yang pasti akan mengecewakan anda. jadi, hentikan sahaja angan-angan dan tidak perlu makan hati atas tindakannya. Tidak semestinya kegagalan itu menunjukkan bahawa anda tidak cukup bagus untuk memikat wanita, mungkin hanya masa belum tiba.

This entry was posted in Bagaimana Wanita Menolak Lelaki Dalam Hubungan- Buat keputusan Segera setelah membaca and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s