DAP Guna Taktik Lama Di PRK Telok Intan.


oleh rmf

SEHARI sebelum kempen PRK Teluk Intan berakhir, DAP mengulang taktik basi menipu pengundi dengan memberi bayangan seolah-olah calon BN akan menang mudah esok dengan menggunakan pendekatan memuji calon BN dan beri petunjuk dan indikasi yang mereka cipta sendiri.

Penulis sedar sejak pagi tadi,  media-media pro pembangkang yang biasanya mengagungkan calon DAP, tiba-tiba menyiarkan artikel dan komen yang memberi kelebihan kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong!!  Antara lain, mereka memuji Datuk Mah yang dikatakan lebih berpengalaman dan sebagainya.

Anehmya tu, dekat 2 minggu kempen, baru sekarang nak sedar ke yang Datuk Mah lebih baik segala segi?  Bukan Datuk Mah ni orang baru pun, jasa beliau merata Teluk Intan nun.

Selain itu, digembar-gemburkan juga bahawa pengundi dari kaum India yang membentuk 19% dari keseluruhan pengundi Teluk Intan, akan memberikan undi kepada BN!!

Mudah betul.  Reading pengundi yang macam ini bukan saja nampak tak masuk akal, tapi memang jelas cuba bodohkan orang.  Macam mana dapat kepastian semua 19% tu akan beri undi pada BN, undi pun tak lagi!!  Mustahil.

Kita percaya, tujuan semua ini dibuat sebab nak pastikan pengundi tradisional DAP keluar beramai-ramai mengundi kerana bimbang BN akan menang mudah seperti dalam propaganda yang disebarkan.  Kita tahu, ada kalangan pengundi DAP ini pun boring juga nak keluar mengundi tapi kerana diracun pemikiran konon BN akan menang mudah, maka dipaksa jugalah badan tu ke pusat mengundi.

Benda ini bukan baru, dalam PRU13 yang lepas dulu pun taktik sama digunakan tapi modalnya masa itu adalah pengundi bangla 40k yang konon digunakan BN untuk memastikan kemenangan.  Ideanya, dengan sebar cerita tak masuk akal ini, pengundi tegar dan di atas pagar,  akan keluar beramai-ramai kerana taknak BN menang dengan cara menipu.

Hakikatnya, BN tak menipu pun dan bangla 40 tu sendiri tak wujud, hanya imaginasi Anwar Ibrahim berdasarkan perkara sama yang pernah berlaku dalam pemilihan PKR pada 2010.  Malangnya, ada juga yang percaya dan secara salah memberikan undi kepada pembangkang.

Penulis harap pengundi Teluk Intan tidak terpedaya dengan taktik sebegini, sebaliknya membuat pilihan bijak wakil dari parti mana yang nak dihantar ke Parlimen.  Kalau wakil BN, dapatlah orang Teluk Intan menjadi Menteri Kabinet seperti dijanjikan Perdana Menteri kalau Datuk Mah menang, untung banyak tu.

Kalau pilih calon DAP pulak, rakyat dapat apa?  Dia menang tentulah dapat elaun, rakyat makan habuk sajalah.

http://www.mykmu.net/?p=43793

This entry was posted in DAP Guna Taktik Lama Di PRK Telok Intan. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s