SULTAN PERAK YANG KE 35- DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah


Oleh rmf

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang Rabu.Baginda yang berusia 58 tahun merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah.

DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  Selesai Angkat Sumpah Sultan Perak Ke-35

Selepas Dewan Negara Perak bersidang lewat petang semalam, Dewan Negara Perak memutuskan Raja Muda Perak menaiki Takhta sebagai ganti Sultan Perak ke-35.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr Nazrin  Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah  baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Sultan Perak menggantikan ayahanda Baginda, Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang mangkat pada 28hb Mei 2013.

Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan  Shah atau Sultan Nazrin Shah (Diputerakan 27 November 1956) merupakan Raja Muda Perak yang terkini. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.

Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah

This entry was posted in SULTAN PERAK YANG KE 35- DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s