Hina Mahathir Bukti Peniaga Cina Yang Sokong DAP Jenis Tidak Kenang Budi


Oleh rmf

Apabila Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi kritikan keras kepada para peniaga cina yang menyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai tidak kenang budi atau tidak berterima kasih kepada Barisan Nasional, ia merupakan satu kenyataan yang jujur dan mewakili pandangan jutaan orang Melayu.

DAP tidak perlu memainkan isu perkauman dalam kenyataan Zahid ini. Memang benar, adalah hak peniaga Cina untuk menyokong sesiapa pun. Itu hak demokrasi mereka sebagai mana hak demokrasi Zahid, penyokong UMNO dan Barisan Nasional, untuk menyatakan sikap tidak kenang budi peniaga Cina.

Apa lagi yang boleh dikatakan oleh Barisan Nasional terhadap peniaga Cina yang menyokong DAP? Selama ini siapa yang membina kestabilan politik dan peluang ekonomi sehinggakan peniaga Cina boleh mengaut keuntungan yang besar?

DAP atau Barisan Nasional?

Peniaga Cina sering berhujah bahawa mereka membayar cukai yang banyak, maka mereka tidak terhutang budi kepada kerajaan Barisan Nasional. Sebaliknya dakwa mereka, Barisan Nasional dan kerajaanlah yang terhutang budi dengan mereka sebagai pembayar cukai.

Pandangan ini sangat sesat dan cuba merendah-rendahkan sumbangan BN dan orang Melayu. Hakikatnya, tanpa pengorbanan kerajaan membangunkan infrastruktur negara ini, membina kestabilan politik, menguruskan kewangan dan menjadi mesra peniaga, mustahil untuk peniaga Cina berjaya mengembangkan perniagaan mereka dan membayar cukai.

Peniaga cina boleh berjaya di negara ini kerana Barisan Nasional membina segala-galanya yang memudahkan mereka berniaga. Semua ini dilakukan melalui pinjaman luar negara dan penswastaan yang dikritik oleh DAP.

Dari tarikh hari kemerdekaan sehingga 15 tahun lalu, kerajaan tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk membangunkan negara tanpa melalui pinjaman luar negara.

Ketika itu Barisan Nasional dikutuk, dikritik dan dicerca oleh DAP sebagai membazir apabila berhutang dan menjalankan penswastaan bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Barisan Nasional dikritik dan difitnah bermacam-macam apabila ia menswastakan Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad bagi tujuan menyediakan bekalan tenaga yang mencukupi untuk industri.

Barisan Nasional juga menjadi mangsa serangan politik pembangkang apabila mengambil keputusan membantu peniaga Melayu, Cina dan India ketika krisis kewangan 1997/98.

Lebih teruk kerajaan Barisan Nasional menjadi seolah-olah “pariah” di peringkat antarabangsa apabila bertindak tegas dengan penunjuk perasaan dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menghalang usaha-usaha menghuru-harakan negara melalui rapat umum dan hasutan perkauman.

Semua ini untuk apa? Semua ini dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara “mesra perniagaan dan industri” melalui kestabilan politik, keamanan, kemudahaan jaringan pengangkutan, prasaranan dan kecekapan agihan tenaga.

Jika ditarik semua keputusan politik BN yang sangat kritikal dan dikritik hebat oleh DAP ketika itu bolehkah peniaga Cina berjaya seperti sekarang?

Siapa yang paling banyak mendapat keuntungan? Peniaga Cina. Lihatlah senarai 40 orang terkaya di Malaysia, 3/4 adalah kaum Cina. Lihat jumlah pemilikan rumah kos sederhanan mewah dan kos mewah, 70% milik kaum Cina.

Namun apakah balasan mereka kepada Barisan Nasional? Mereka memberi sumbangan dan menyokong DAP yang sebelum ini menghalang segala projek pembangunan mega kerajaan untuk memakmurkan ekonomi negara.

Apakah mereka ini tidak boleh dianggap pengkhianat kepada Barisan Nasional? Apakah mereka ini tidak boleh dianggap sebagai kumpulan yang tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih?

Setelah begitu banyak tolak ansur dan sumbangan Barisan Nasional dan UMNO sendiri dalam membantu memakmurkan ekonomi negara akhirnya kumpulan ini menikam BN dari belakang.

Mereka bercakap soal rasuah dan ketelusan seolah-olah UMNO dan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang begitu korup dan perlu dijatuhkan. Jika parti ini begitu korup dan lemah bagaimana mereka boleh mencapai begitu banyak kekayaan? Bagaimana kekayaan negara ini diagihkan dengan seimbang dan bukan dikawal oleh dua tiga orang manusia sahaja seperti di negara yang korup?

Lebih memalukan siapakah yang membawa budaya korup dan rasuah ini jika bukan peniaga Cina sendiri? Siapakah yang mencipta budaya kroni ini jika bukan peniaga Cina sendiri? Sekarang mereka mahu menunding kepada orang lain?

Memang hak mereka untuk menyokong DAP dalam pilihan raya. Namun adalah hak UMNO untuk merasa dikhianati oleh peniaga Cina.

Hanya orang bodoh tidak nampak pengkhianatan peniaga Cina terhadap UMNO. UMNO sungguhpun memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam tidak pernah menindas atau mengenepikan kaum lain mahu pun agama lain.

UMNO diasak oleh PAS agar menjadi lebih Melayu dan lebih Islamik. Namun selama lebih 50 tahun parti ini mengamalkan pendekatan moderat dan sederhana bagi menjaga kebajikan semua kaum, termasuklah kaum Cina.

Selepas hari Merdeka, UMNO berdiri tegas mempertahankan kepentingan kaum Cina biarpun diasak oleh Pas dan juga kumpulan Melayu ekstremis yang mahu memilik negarakan kekayaan kaum Cina, melaksanakan pemerintahan Melayu sepenuhnya dan menghapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan mewajibkan hanya bahasa Melayu digunakan.

UMNO dan MCA juga diasak oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan kemudiannya DAP yang memainkan sentimen bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu sehingga tercetus peristiwan 13 Mei 1969.

UMNO dan MCA bertegas dan bersama MIC membangunkan negara ini biarpun sentiasa cuba disabotaj oleh PAS dan DAP – Ektremis Islam dan Cauvinis Cina.

Malangnya, hari ini UMNO yang dituduh bersikap rasis, manakala DAP dan PAS dianggap parti yang syumul dan hebat.

Apakah ini bukan satu bentuk pengkhinatan kaum Cina atas pengorbanan UMNO dan Barisan Nasional?

Perangai Kurang Ajar Lim Kit Siang

Pemimpin maha agung DAP, Lim Kit Siang, cuba menjadikan kenyataan Zahid sebagai satu kenyataan perkauman dan menghina kaum Cina. Di mana hinanya mengatakan peniaga Cina yang menyokong DAP sebagai tidak tahu berterima kasih atau dalam kata kasarnya, “tidak sedar diuntung”?

Sikap kurang ajar Lim Kit Siang bertambah jelas apabila menyatakan kenyataan Zahid sebagai warisan sikap tidak rasional Tun Dr Mahathir Mohamad.

Based on this symptom, Lim Kit Siang diagnosed the home minister with an illness he said is spread by former premier Dr Mahathir Mohamad. It is called “Mahathirish perverse illogic”. – Malaysiakini.com

Terlalu banyak jasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada peniaga Cina, namun mereka tetap menyokong pemimpin yang sepanjang hidupnya menghina Mahathir. Apakah ini bukan bukti sikap tidak bersyukur peniaga Cina?

Lim Kit Siang bukan sahaja kurang ajar malah tampak seperti masih setia kepada Tanah Besar Cina.

Menurut Malaysiakini, “The DAP veteran also criticised Zahid for “casting a long shadow” on the 40th anniversary celebrations on the establishment of diplomatic ties between China and Malaysia.

Sekarang kita mahu bertanya, apakah kena mengena kenyataan Zahid kepada peniaga Cina dengan hubungan Malaysia-China? Apakah kaum Cina di negara ini di bawah naungan Tanah Besar China? Atau Kit Siang mahu memberitahu bahawa kaum Cina hanya rakyat negara ini pada kerakyatan tapi mereka di bawah naungan negara China?

Peniaga Cina berhak menyokong DAP. Namun kenyataan Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka kumpulan yang tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih adalah satu hakikat dan fakta bukannya rasis.

Oleh Ab Jalil Backer

This entry was posted in Hina Mahathir Bukti Peniaga Cina Yang Sokong DAP Jenis Tidak Kenang Budi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s