DAP Sebaik Mana Pun Mereka : Melayu Tetap Dianggap “HAMBA”


oleh rmf

DAP telah terjerat dalam permainan mereka sendiri. Selama ini mereka dengan angkuh menuduh UMNO dengan bermacam-macam fitnah terutama dalam isu ketelusan. Tamparan yang cukup hebat terpaksa ditelan oleh DAP apabila mereka gagal menangani pemilihan CEC yang lepas sehingga menyebabkan berlaku “KESILAPAN TEKNIKAL” dalam pengiraan undi.

Dalam erti kata lain atau bahasa kasarnya DAP  bersikap “paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih” yang bermakna terlalu banyak kepincangan dan salahlaku dalam DAP yang telah menyebabkan mereka cenderung untuk menuduh UMNO berdasarkan kelemahan dalam DAP itu sendiri.

DAP cuba menakluk negara untuk kepentingan bangsa Cina dengan memperkenalkan konsep  Malaysian Malaysia(Malaysia untuk semua rakyat Malaysia).  Kononnya parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen.

DAP lupa akan “kontrak sosial” pra kemerdekaan yang menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu kerana bangsa Melayu merupakan Tuan Tanah Melayu. Manakala bangsa Cina dan India telah dibawa oleh pihak British dari negara Cina dan India untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan estet-estet getah.

Atas sikap tolak ansur dan budi bicara bangsa Melayu maka bangsa Cina dan India turut diberikan taraf kewarganegaraan dengan bersyarat bahawa hak-hak dan kepentingan orang Melayu akan terus dipelihara, agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Islam agama rasmi Malaysia.

Keangkuhan DAP amat terserlah apabila mereka cuba mengubah “kontrak sosial” pra kemerdekaan dengan konsep Malaysian Malaysia yang bertunjangkan kesamarataan sedangkan bangsa Melayu merupakan Tuan Tanah.

Tambahan pula DAP makin takbur dengan kelantangan Lim Kit Siang yang mencetuskan provokasi supaya bangsa Cina melawan dengan mengecam MCA  kononnya MCA terlalu berlembut dan mengikut telunjuk UMNO. Dalam perkara ini MCA faham akan perjanjian pra kemerdekaan dan kontrak sosial namun dengan wujudnya manusia yang mengapi-apikan provokasi perkauman maka PRU13 yang lepas menyaksikan penolakkan hampir 100% bangsa Cina terhadap Barisan Nasional.

Selama ini DAP telah memainkan isu perkauman tanpa henti namun seperti biasa mereka menuduh Barisan Nasional pula yang rasis. Menjelang  pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan diadakan pada 29 September ini mereka memulakan lakonan sekali lagi dengan menyeru tidak memainkan isu perkauman sedangkan ianya sudah menjadi darah daging mereka.

Sebelum ini bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor telah mengeluarkan kenyataan minggu lalu yang menyifatkan kepimpinan DAP hanya melihat penyertaan orang Melayu di dalam parti berkenaan sebagai “ahli 50 sen” dan tidak mendatangkan kepentingan kepada parti.

DAP juga bersikap tangkap muat apabila hanya meletakkan tiga hingga empat calon Melayu dalam parti dan tindakan tersebut sekaligus mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan DAP sebagai sebuah parti berbilang bangsa.

Kononnya agenda DAP “… untuk membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua tanpa mengira warna kulit, keturunan dan darjat. Hakikat bangsa Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu cuba dipadamkan. Begitu juga dengan pengganas Komunis Chin Peng telah mereka angkat sebagai wira negara.

Sejarah cuba diubah untuk merealisasikan negara sebagai milik bangsa cina. Bangsa Melayu harus memastikan cucu cicit kita arif dan faham akan sejarah sebenar negara supaya tidak mudah ditipu oleh mereka yang cuba menakluk negara sekaligus menghapuskan bangsa Melayu.

Jangan kita biarkan diri ketakutan mempertahankan hak milik kita semata-mata takut dituduh rasis. Mempertahankan hak itu bukan rasis. Ianya merupakan tuntutan yang wajib kita laksanakan.

http://www.mykmu.net/?p=35317&

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s