ULASAN :Benarkah UMNO Mempunyai PEMUDA UMNO Malaysia? Demi ABATA?


Oleh rmf

Artikel ini AGAK PANAS dan mungkin akan menjadi butiran kemarahan PEMUDA UMNO Malaysia, tetapi saya terpaksa nyatakan apa yang saya lihat dan perhatikan melalui lipatan sejarah silam dan perbandingan aras perjuangan masakini.

Saban hari kita melihat betapa lemahnya Pemuda sekarang, Pemuda yang cukup popular dikalangan atris di Malaysia tetapi tidak mampu melakukan apa juga  yang berkaitan dengan maruah parti Raja, Agama dan Negara.

Apa yang mereka lakukan sekarang dikala  Agama duhina, UMNO dicerca, Raja Disanggah, Ini lah kepimpinan Liberal pemuda yang telah diulas sejak 2004 lagi. Tapi atas tiket kepopulariti mereka telah lupa tentang tanggungjawab yang diberikan untuk mereka galas dipersada politik demi Agama Bangsa dan Negara

Sekarang kita mempunyai barisan Pemuda yang cukup lemah didalam segala banyak hal, Pemuda yang dulu cukup digeruni oleh pelbagai pihak mahupun didalam dan diluar UMNO sekali pun. Ketegasan mereka membela Agama , Bangsa dan Negara serta kedaulatan Raja raja amat jelas menjadi agenda dan asas perjuangan Pemuda-

Baru baru ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan Agama, Raja dan UMNO sendiri telah dikritik dihina dengan secara terbuka oleh parti  pembangkang  termasuk juga dengan parti komponen  yang mempertikaikan apa yang telah termaktub didalam perlembagaan.

Dimanakah Pemuda  UMNO yang dikatakan hebat dengan sorakan HIDUP MELAYU didalam dewan yang cukup indah. Rupanya dimedan perjuangan mereka menyorok dan menikus menghilangkan diri dek ketakutan untuk berhadapan dengan musuh nyata didalam politik.

Ke mana arah Pemuda akan dibawa oleh kepimpinan yang ada sekarang? Apakah Pemuda akan kembali ke era radikal seperti di zaman datuk Harun Idris atau Jaafar Albar, atau Pemuda di zaman Suhaimi Kamaruddin , Hishamuddin yang dikatakan agak kurang bermaya atau Ketua Pemuda akan datang akan membawa pemuda ke zaman yang lebih pragmatik ketika diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim

Nampaknya hanya gah dimata sahaja, Pemuda kian layu, Pemuda kian lemah, UMNO, Agama, Raja sedang dihina secara terbuka oleh pelbagai pihak. Kerana mereka tahu UMNO kini tiada kekuatan  dalam Pemuda. UMNO akn tumbang bila bila masa  kerana sikap penakutnya pemuda mengambil tindakan berdasarkan undang undang dan maruah parti.

Mari kita imbas kejadian tahun 2008 diman Karpal Singh telah menyanggah dan menghina Sultan- Dimanakah  PEMUDA dan pemimpin UMNO yang lain.?

Tun Dr Ismail pernah mengingatkan pimpinan Pemuda ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda 1972, yang mengingatkan pemimpin Pemuda supaya tidak menjadikan Pemuda sebagai pressure group secara terbuka kerana ia boleh dieksplostasi oleh parti-parti pembangkang.

Mustahak kita membezakan soal-soal prinsip dari soal-soal detail. Soal-soal detail tidak harus diperbahaskan di khalayak ramai dan cara-cara bertindak patut mengikut saluran parti. Tun Dr Ismail juga meminta Pemuda sentiasa bersikap action oriented dan bukannya publicity oriented.

Apa yang Tun Dr Ismail tekankan di sini ialah Pemuda harus selari dengan kepimpinan parti tetapi tidaklah sampai menjadi ’pak turut’ sahaja seperti sekarang ini. Walaupun salah, mereka tetap “angguk” tanpa ingin mengelengkan  sedikit kepala demi pangkat dan periuk nasi.

Pemuda dilabel seperti lembu dicucuk hidung kerana tidak berani menentang penyelewengan di kalangan pemimpin . tidak berani mencabar keangkuhan tindakan Pembangkang, tidak berani bersuara dalam isu Maruah dan kedaulatan Parti, Agama,  Raja kerana jika ia terjadi, akan mengukuhkan kepercayaan umum bahawa Pemuda UMNO hari ini tidak lebih dari Pak Turut iaitu hanya bersuara menyokong kenyataan pemimpin

Kita semua ada peranan masing-masing. Malah Pakatan Rakyat juga ada peranan mereka sendiri kerana mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus memenangi hati rakyat, tidak mustahil jika mereka suksess beri khidmat terbaik kepada rakyat walaupun dengan `bantuan dari luar’, mereka akan terus berkuasa di hati rakyat.

”Melayu mesti melahirkan pemimpin yang berani mengeluarkan fikiran bernas kalau mahu terus maju. Dalam konteks Pemuda UMNO, bagaimana sifat berani ini harus dijelmakan?”.

Berhati-hati lah jika  isu kepimpinan ini tidak dapat dileraikan dalam masa terdekat maka, kita saksikanlah kembali kejatuhan yang paling teruk didalam pilihanraya ke 14 nanti.

Pada saya, calon tidak sepenting nilai. Masalah terbesar gerakan pemuda UMNO sekarang adalah semakin terlarinya dari nilai-nilai yang pokok. Nilai-nilai ini bukan milik UMNO, tetapi merupakan apa yang menyifatkan kita ini sebagai orang Melayu. Ini termasuk:

1. Pautan kita kepada Islam. Islam memartabatkan Melayu dan tanpanya nescaya kita binasa. Namun terlalu ramai pemimpin, dan terikut-ikut yang dipimpin, mengejar CV Islam lebih dari mengamalkannya. Islam Hadhari mungkin bukan buah fikiran Pemuda, tetapi tiada pula yang mempersoalkannya…ini subahat. Dan kenapakah kita tidak bersama mengusung panji menentang kes Lina Joy… ini juga seharusnya tugas kita.

2. Beberapa tahun dahulu, seorang anak muda bersijilkan nikah menolak jalan untuk naik ke kedudukan no 2 Pemuda. Orang yang lebih layak dan perpengalaman terlalu ramai yang ‘memberi laluan’. Anak Melayu jenis apakah yang menghina orang yang lebih tua, kononnya mereka tak buat kerja, semata-mata merebut kuasa. Anak melayu memohon izin kalau ingin berlalu. Adakah ini pemimpin yang kita mahu?

3. Nilai sopan-santun dan kenangan Budi dibawa mati juga menidakkan tindak-tanduk mengenepikan pemimpin tua. Apabila terlalu pedih hamburan kata terhadap Tun Dr M, kenapakah Pemuda tidak bersuara menegur sesetengah pemimpin kita? Kenapa ada pula Pemuda yang turut serta atau bersorak sama? Kehilangan nilai ini lebih membawa sangsi kepada rakan kongsi kaum lain terhadap kita, bukan sekadar julangan sebilah keris sahaja.

4. Budi juga dibawa Bahasa. Siapa yang mengajar anak-anak Melayu UMNO berlagak samseng merata-rata? Di Ijok sehingga berbaling-baling botol pula! Bagaimanakah kedudukan kita sebagai sayap muda parti PEMIMPIN negara jika dalam hal berarak-berkempen pun sudah bisa hilang budi-bahasa? Ini baru perkara kecil, belum lagi dalam menangani senario glokal di 5+1 mahupun peringkat antarabangsa.

5. Tahukah anak-anak Melayu akan sejarah, kenapa UMNO itu ada, apa yang terjadi pada 13 Mei, kenapa UMNO diharamkan, kenapa para hakim tertentu diturunkan oleh Raja-Raja, bagaimana dasar ekonomi Anwar Ibrahim hampir menggadai negara kita pada 1998? Ini semua sejarah yang harus diperturunkan. Mahukah Pemuda tahu sejarah ini? Cukup sedarkah mereka…

Dengan menerima kepincangan pada nilai-nilai yang sedia ada, kita boleh mula mgorak langkah menjawab soalan ‘Untuk Apa Perjuangan?’ Berdasarkan nilai jugalah patutnya kita memutuskan siapakah harus memimpin kita

Advertisements
This entry was posted in ULASAN :Benarkah UMNO Mempunyai PEMUDA UMNO Malaysia? Demi ABATA? and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to ULASAN :Benarkah UMNO Mempunyai PEMUDA UMNO Malaysia? Demi ABATA?

  1. Pingback: Media Shah Alam – BILA PREBET MENJADI JENERAL….. KEMANA HALA TUJUNYA?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s