Tahaaluf Siyasi: PAS perlu dedahkan syarat-syaratnya.


Oleh rmf

PAS sedar status mereka didalam sebuah pakatan yang diwujudkan itu. PAS sedar bahawa mereka bagai habok dikaki sekutu- sekutu mereka atau hanya sampah dibelakang rumah sekutu mereka.

Tapi apakan daya, kerana sekutu itu telah memberi mereka harapan. Dengan harapan itu (walaupun palsu) mereka boleh bercakap apa yang tak pernah mereka cakapkan sebelum ini. Mereka boleh berangan perkara yang tidak pernah mereka angan2kan selama ini. 

Mereka sedar sejak kewujudan mereka dalam politik negara, mereka mempunyai nafsu yang besar, tetapi ketiadaan tenaga. Manalah mahu diletakkan nafsu jika tidak bertenaga.

Sebelum ini adakah pernah kita dengar dari mulut antara mereka mahu merampas putra jaya . Kerana mereka sedar saiz mereka, keupayaan mereka dan tenaga mereka.

Sekarang (sebelum PRU13 tentunya) mereka sudah hantarkan angan2 untuk menaklok putra jaya. Alangkah bodohnya bagi kita yang mendengar. Tetapi tidak bagi mereka. kerana itulah yang sudah diyakinkan kebenak dan pemikiran mereka oleh sekutu.

Hilang Sudah identiti mereka. Musnah sudah metlamat mereka. Mereka dahului perjuangan duniawani melebihi ukhrawai. Seolah2 berkuasa itu perkara pertama didalam perjuangan mereka.

Sebagai sebuah negara majmuk yang kaya dengan budaya, adat resam dan kepelbagaian agama, penyatuan antara kaum merupakan satu perkara yang amat sensitif di Malaysia.

Penyatuan antara individu yang berbeza agama dan bangsa boleh dikatakan mustahil di negara lain. Namun di Malaysia, sejak 56 tahun yang lalu dan sebelumnya telah berjaya menemui formula yang tepat untuk memupuk perpaduan kaum.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa kejadian yang tak diingini kerana segelintir pihak yang bukan beragama Islam berniat untuk mengambil alih pentadbiran negara samada dengan cara politik, keganasan mahupun ekonomi.

Umat Islam di negara ini sedar akan kepentingan untuk memegang tampuk kekuasaan negara.Tetapi, disebabkan oleh pemahaman politik, kepercayaan dan ideologi yang berbeza, ada diantara umat Islam yang terlupa dengan status mereka sebagai seorang Muslimin di negaranya sendiri.

Topik yang semakin lama semakin hangat diperkatakan oleh para penggiat atau penyokong parti politik dari kedua-dua belah pihak di Malaysia adalah konsep Tahaaluf Siyasi yang dibawa oleh PAS.

Konsep ini diterjemahkan di dalam acuan Malaysia apabila PAS ingin menjustifikasikan hubungan “persaudaraan” mereka dengan DAP.

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa ijtihad ini telah dipakai oleh Rasulullah semasa hayat baginda. Namun begitu, Tahaaluf Siyasi yang sebenarnya diaplikasikan oleh kerajaan Islam di seluruh dunia pada waktu ini sebenarnya menjadikan Tahaaluf Siyasi yang digunapakai oleh para pengikut Ikhwanul Muslimin semasa kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Untuk pengetahuan pembaca, pendapat berkenaan Tahaaluf Siyasi berbeza dikalangan ulamak. Ini kerana ulamak hiraki seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah mengharamkan terus konsep Tahaaluf Siyasi seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Maidah ayat ke 51 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Ada juga ulamak yang mengharuskan tindakan Tahaaluf Siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Dr Mustoffa al-Tohhan dengan menggunakan dalil di dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Sungguhpun ayat yang digunakan sebenarnya berkaitan dengan pengharaman arak dan judi, namun sesetengah ulamak mengaplikasikannya kepada konsep Tahaaluf Siyasi.

Pendapat kedua-dua golongan ulamak ini memang benar namun begitu tidakkah janggal sekiranya satu kerjasama antara pemimpin Islam dan bukan Islam dilaksanakan tanpa bersyarat? Ataupun, adakah syarat itu perlu dirahsiakan agar rakyat biasa tidak dapat mengetahui apakah perkara yang dipersetujui oleh para pemimpin yang beragama Islam dan bukan Islam berkenaan perjuangan politik mereka.

Barisan Nasional dan parti-parti komponennya bergabung atas semangat perpaduan. Syarat yang dikenakan terhadap pemimpin bukan Islam di dalamnya adalah jelas dan ia boleh dibaca oleh semua rakyat Malaysia tanpa ragu-ragu.

Kedudukan Islam juga dijamin di dalam perlembagaan tersebut. Ianya termaktub di dalam Fasal ke-lima perenggan ke 2 (5.2) yang menyatakan bahawa “5. Tujuan-tujuan Barisan Nasional adalah seperti berikut: 5.2 Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan.

Sungguh jelas bukan? Apakah konsep Tahaaluf Siyasi PAS mempunyai perkataan seperti ini di dalam perjanjian mereka dengan DAP. Ataupun, PAS dan DAP selama ini tidak mempunyai perjanjian spesifik.

Mungkin mereka hanya berjanji mengikut naluri sahaja tanpa memikirkan kepentingan perjanjian mereka diiktiraf oleh rakyat Malaysia.

Apakah buku Jingga (Menifesto) yang diagung-agungkan oleh Pakatan Rakyat dilihat sebagai perjanjian antara DAP dan PAS? Ternyata ini bukan perjanjian yang benar-benar tulin, kerana mengikut kenyataan yang dibuat oleh Bendahari PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa menifesto itu bukan perjanjian.

Sekalipun buku jingga itu diangkat sebagai janji, ternyata ia membelakangkan agenda Islamik PAS yang mahukan negara Islam total. Ini kerana buku jingga hanya ingin menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan bukannya sebagai agama persekutuan seperti mana yang tercatat di dalam perlembagaan Malaysia dan juga perlembagaan Barisan Nasional.

Adakah Tahaaluf Siyasi ini akan dijadikan sebagai penutup mulut penyokong Pas agar tidak mempertikaikan keIslaman parti itu sendiri. Mengapa sehingga kini, tiada dokumen langsung berkenaan perjanjian PAS dengan DAP dalam konteks Tahaaluf Siyasi disiarkan kepada umum?

PAS perlu segera menunjukkan dokumen perjanjian mereka bersama DAP (jika ada). Mereka jangan terlalu pandai menuduh orang lain dan meninggalkan tanggungjawab mereka terhadap agama Islam, PAS sendiri telah ditipu dek janji-janji manis pemimpin DAP untuk menukar Islam sebagai agama rasmi negara dan bukannya mengekalkan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia.

Tunjuk dokumen parjanjian dahulu, jika tidak PAS akan dilihat sebagai kuda tunggangan DAP sehinggalah menyebabkan kehancuran parti politik Melayu/Islam tersebut.

mykmu.net

Advertisements
This entry was posted in Tahaaluf Siyasi: PAS perlu dedahkan syarat-syaratnya. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s