Bila DEWATARAYA Bersuara- Leburlah Hati Pengikut Ketakutan


oleh rmf

Kata kata Anwar Ibrahim sudah seakana kata kata yang tidak boleh lagi disanggah kepalsuannya, segalanya benar belaka, saya melihat perkataan yang dikeluarkan itu seumpama  kata kata “Dewataraya” yang akan mendatangkan kehancuran bagi pengikut ini.

Saya melihat, saya memerhati dengan jelas, saya berfikir dengan waras, Setiap kali apa yang terkeluar dari mulat manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini walaupun salah ianya tetap benar dan diakui oleh pengikut (maaf bukan penyokong) dan terus tanpa soal selidik, melihat fakta fakta asas untuk menyokong kebenaran .

SEJAK pagi tadi, pembangkang mula menyebarkan berita kononnya harga minyak RON95 akan dinaikkan kerajaan sebanyak RM 0.10. Kebetulan 2 hari lepas, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM) sudah  keluar kenyataan bahawa kerajaan mungkin akan menaikkan lagi harga RON95.

Hakikatnya, PDAM tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan kenaikan harga minyak RON95, persatuan itu hanya diberi kebenaran oleh kerajaan untuk membuat pengumuman RON97.

Kenyataan itulah yang dijadikan asas oleh pembangkang untuk menimbulkan khabar angin kononnya minyak akan naik lagi hari ini.

Macam biasa,  bila ada pembohongan besar-besaran macam ini, yang mulakan sudah pastilah tidak ada orang lain melainkan Anwar Ibrahim.

Peliknya, setelah berulang kali Anwar membodoh dan membohong rakyat, masih ada juga yang percaya dengan pembohongan kali ini.  Seorang rakan di Selangor memaklumkan kepada penulis, banyak stesen minyak di negeri itu yang penuh akibat pembelian panik oleh para pengguna kenderaan yang percaya dengan pembohongan tersebut.

Dalam masa yang sama, kaki seludup minyak ke negara jiran sudah mula tidak senang duduk, memikirkan besok akan kurang pendapatan RM 0.10 seliter setelah harga minyak ditohmahkan pembangkang akan naik.  Tak tahulah berapa banyak pulak negara rugi akibat oleh pembelian panik oleh para penyeludup minyak ini.

Ya, kes seludup minyak ini bukan cerita tahyul seperti tanggapan sesetengah orang, ia memang berlaku, terutama di sempadan negara dengan Thailand berikutan harga minyak yang mahal disana.

Sebab itulah kerajaan biasanya membuat pengumuman kenaikan harga minyak beberapa jam sebelum tengah malam kerana bimbang para penyeludup minyak akan meningkatkan aktiviti mereka jika pengumuman dibuat lebih awal.

Tapi itu isu lainlah sebab kenaikan yang digembar-gemburkan pembangkang itu tidak berlaku pun.

Cuma penulis rasa sesuatu perlu dibuat kerana nampaknya masih ada di kalangan kita yang mudah percaya pada khabar angin dan berita palsu yang diedarkan pembangkang.  Dalam kes di Selangor yang penulis katakan di atas, sesetengah maklumat mengenai kenaikan harga minyak ini ’disahkan’ oleh pekerja stesen minyak.

Cakap pekerja stesen minyak pun puak-puak ini percaya, walhal bukan stesen minyak yang tentukan harga minyak turun atau naik!!

Pun begitu penuh jugaklah stesen-stesen minyak dek berita palsu tersebut.

Dulu pun minyak ada naik, waima masa Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan sekalipun.  Tapi penyakit serbu stesen minyak ini hanya berlaku pada 2008 bila pentadbiran Tun Dol pada waktu itu menaikkan harga minyak sehingga RM 0.78 seliter.

Sejak dari itu, seakan ada ’kewajiban’ untuk pengguna kenderaan beramai-ramai beratur di stesen minyak setiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi petroleum, macamlah tahan setahun, esok lusa kena isi balik juga.

Masa PRU13 yang lalu pun cerita sama jugak.  Bila Anwar temberang ada bangla 40k, ramai jugak yang percaya, sehingga ada pengundi yang dihalang dari menunaikan kewajiban kerana disyaki bangla, malah ada yang dipukul, ditahan tanpa kerelaan dan sebagainya.

Hari ini temberang lagi, pun ada jugak yang percaya tu.  Tak fahamlah penulis apa masalah sebenarnya dengan orang Malaysia ni?

http://www.mykmu.net/?p=35399

Advertisements
This entry was posted in Bila DEWATARAYA Bersuara- Leburlah Hati Pengikut Ketakutan and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Bila DEWATARAYA Bersuara- Leburlah Hati Pengikut Ketakutan

  1. anwar jebon says:

    haha btul tu bro..aku jaga stesen minyak..menyampah giler dgn org yg tny “mnyk naik ke’..mcm la aku ade kuasa..aku pun keje je makan gaji..x tau pape..lagi satu bile tny blk, “mane abg/akak tau?”..jwb sial2an ni, “baca kt web”..”web maner” tny aku blk..”malaysiakini” jawapan yg di beri…muka mcm doktor, tp percaya bulat2 website pembohong mcm tu..bile dh slalu doa myk nai, naik lah iye, yg x tahan mendabik dada, “kan betul kerajaan BN zalim naik kan minyak”..walhal dh baper lame x naik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s