Siri Bongkar DAP: Saorang ADUN Berjaya Keluar Dari Cengkaman DAP


Oleh rmf

Susulan pengistiharan  keluar dari cengkaman DAP, Kita akan menjangkakan  satu lagi drama yang akan dimainkan oleh pelakun Utama DAP iaitu Lim Kit Siang dengan menitiskan air mata gatalnya untuk meraih simpati.

Drama sedih ini akan ditayangkan tidak lama lagi dengan ending yang sama iaitu “menyalahkan UMNO”  bakal menjadi mangsa keretakan organisasi DAP yang mana begitu “terbuka dan Demokrasi”

Pada masa yang sama juga penyokong Melayu RM0.05 sen akan terus berguling diatas tanah , kubang untuk melahirkan rasa simpati dan meguatkan cerita drama ini untuk menyalahkan UMNO.

Selepas lebih sebulan berteka-teki akhirnya wakil rakyat DAP dari DUN Luyang, Sabah iaitu Dr Hiew King Cheu telah mengambil keputusan muktamad mengisytiharkan diri keluar dari parti sekali gus membebaskannya dari cengkaman penguasaan Dinasti Lim.

Dengan senario yang berlaku kini, kedudukan pakatan pembangkang PR di Sabah sedikit sumbing dengan hanya menguasai 10 DUN berbanding 11 sebelumnya (DAP 3, PKR 7). BN kekal 48 kerusi DUN sementara STAR dan BEBAS masing-masing menguasai satu kerusi DUN.

Pada 15 Ogos lepas, Dr Hiew telah memberi isyarat awal mengenai haluan politiknya kelak berikutan wujud tekanan dan pemulauan dari DAP Sabah selepas beliau bertindak membelakangi arahan parti semasa pemilihan untuk jawatan Ketua Pembangkang DUN Sabah. (ADUN DAP Nak Keluar Parti, Apa Pula Drama Baru Kit Siang?)

Hiew King Cheu - ADUN DAP

Dalam pemilihan tersebut, Dr Hiew menyokong Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang menyebabkan empat orang ADUN DAP yang lain membawa aduan ke Lembaga Disiplin parti menuntut tindakan tatatertib diambil terhadapnya.

Selepas menerima surat tunjuk sebab, Dr Hiew kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Penasihat DAP Sabah pada 12 Ogos. Sejak itu ADUN Luyang dituduh sebagai pengkhinat dan dianggap sebagai pencetus kekalutan dalam parti serta penyebab utama berlakunya kerenggangan hubungan antara parti pembangkang.

DAP yang kini sedang dibelenggu masalah dalaman parti gara-gara penyelewengan yang berlaku semasa Pemilihan CEC DAP pada Disember 2012 dijangkakan akan bertambah bergolak dan bakal memberi kesan besar terhadap kepimpinan Dinasti Lim.

mykmu.net

Advertisements
This entry was posted in Siri Bongkar DAP: Saorang ADUN Berjaya Keluar Dari Cengkaman DAP and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s