Harakah Fitnah Lagi!! Kena Bayar Ganti Rugi Kesalahan


Oleh rmf

Sebelum ini saya telah memaparkan beberapa artikel pembohongan Harakah untuk menjadi “pengadu domba” dizaman moden dan memecahbelahkan orang Islam. Ianya mendapat sokongan kukuh daripada penyokong penyokong mereka yang cukup percaya bahawa Harakah didalam penyampaian beritanya seumpama “wahyu” yang diturunkan Allah.

Tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya, sedikit demi sedikit Allah menunjukkan bahawa Harakah bukanlah sebuah akhbar yang putih bersih tanpa kesalahan. Rupanya Harakah merupakan sebuah Edaran yang memasukkan unsur Fitnah untuk melariskan jualannya, seterusnya memecahkan ukhwah dikalangan umat Islam.

Baru baru ini Harakah terpaksa membayar gantirugi kepada sesaorang yang telah difitnahnya lima tahun yang lalu. Fitnah adalah mainan ulam , asam garam yang perlu ada dijari, mulut para penulis mereka.

Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz.

Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar. Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah.

Advertisements
This entry was posted in Harakah Fitnah Lagi!! Kena Bayar Ganti Rugi Kesalahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s