TERHANGAT!!!ULASAN KHAS & PEMBENTANGAN LIKU-LIKU AMANAT HAJI ABDUL HADI


Oleh rmf

Samada benar atau pun tidak hukum yang diberikan itu, orang awam yang mendengarnya sudah tentu membuat kesimpulan mudah; bahawa haram menentang PAS kerana PAS mendakwa dialah pemerintahan cara Islam atau PAS sahaja yang memperjuangkan Islam atau selalu juga kedengaran kata-kata bahawa PAS sahaja jamaah Islam.

Pada realitinya di Malaysia banyak lagi kumpulan jamaah Islam terutama yang dikenali sebagai kumpulan dakwah.  Banyak juga parti-parti politik lain vang memperjuangkan Islam seperti BERJASA, HAMIM dan termasuklah UMNO cuma PAS berbeza pada nama dan iklan.  Dari segi hakikat yang tersurat dan realiti pada amalan,

PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti lain kerana memerintah negeri mengikut perlembagaan negara yang sama.  Orang awam yang tidak tahu hakikatnya sangat mudah terpedaya dengan nama dan slogan PAS.

Sedarkanlah kepada semua bahawa PAS dan parti-parti lain semuanya sama; tunduk akur kepada perlembagaan negara Malaysia belaka.  Untuk PAS, lihat sahaja perlembagaan tubuhnya fasal 6(1 1) mencatit semua kegiatan dan tindakan PAS tertakluk kepada perlembagaan negara juga.

07 April 1981: YB . Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI.  Maksud hukum itu ialah LAWAN UMNO/BN MATI SYAHID”.

Akibatnya sangat besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imamdalam masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu, berlarutan hingga akhir tahun sekarang.

Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa dalam Peristiwa Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov., 1 985. Urutannya akan dihuraikan khusus selepas ini

Dalam AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu Kita boieh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku“.  ATAU isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR.

Penyelewengannya ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan.  Buku lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19 dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang.

Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji Mustafa di Kampung Raja, Besut tempohari ?

Jelas di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula.

Konsep inilah disembunyikan.  Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak terpisah sama sekaii.

Perlembagaan tubuh UMNO juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 “Mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara“. Kemudian diperkukuhkan lagi dengan fasal 3.3 “Menegak,  mempertahan dan mengembangkan Islam.

Amanat ini dipetik daripada ucapan YB.  Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS.

Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.

Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah

SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jamaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.

Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu.  Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga.

Akhbar Berita Harian 19hb.  Julai 1982 juga turut menyiarkannya.  Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu

Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983.  Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan.

Penulis sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB.  Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB.  Haji Abd.  Hadi Awang (Sahabat sendiri) ini.

Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu.  Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini.  YB.  Hj.  Ab.  Hadi tiba-tiba bangun mencelah, “Itu memang benar ucapan saya”

Mengenai kata-kata “Pisah agama dengan politik” atau sebaliknya itu pula membawa maksud “Pisahkan parti politik, khususnya PAS itu dengan agama”; dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am.

Namun begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara

 Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah.  Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.

Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi.

Mengikut gambar dalam lampiran “B” kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985

Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati.  Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.

Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis.  Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa.

Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

 Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu “Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam” –

Demikian kaset ucapan amanat Haji Ab.  Hadi Awang 07.04.1981.  YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAHIDnya dulu .

lkutilah sedutan ucapannya di bawah ini:

 “Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan.  Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid”  (YB.  Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).

 Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh YAB.  Datuk Haji Nik Abd.  Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah –

Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan YAB Datuk Haji Nik Ab.  Aziz,  dia membuat pengakuan, “Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa.  

Setelah dirasakan begitu menyesal dengan kegiatannya selama ini memperdaya muslim mengundi PAS sedangkan begini sahaja jawapannya maka beliau pun menulis buku Parti Islam –

Antara Realiti dan Fantasi dan beliau sedia bertanggung jawab dengan segala kenyataan di dalam bukunya itu pada bila-bila masa jua.  Para yang kedua muka surat 26  tersebut dinyatakan seperti berikut:

(( Ustaz Nik Ab.  Aziz semasa dia mengajar di Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, “Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid”))

Advertisements
This entry was posted in TERHANGAT!!!ULASAN KHAS & PEMBENTANGAN LIKU-LIKU AMANAT HAJI ABDUL HADI and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s