Analisis-Agenda PR yang Sebenarnya Mengikut Kejadian ( 2 )


Oleh rmf

suaram-soros_n1-110912

Satu laporan yang ditulis oleh Cheryl Bernard dan Angel Rabasa pada tahun 2007 bertajuk “Building Moderate Muslim Networks”. Laporan ini diterbitkan oleh RAND Corporation, iaitu sebuah kumpulan pemikir yang terlibat dalam memberi khidmat nasihat ketenteraan kepada kerajaan Amerika Syarikat di zaman Presiden Bush.

Laporan ini menyarankan beberapa strategi yang perlu digunakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat ketika itu untuk memerangi pengganas Islam selepas tercetusnya peristiwa 9/11.

Menariknya, Cheryl Bernard mengatakan bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini bukanlah perang senjata tetapi perang idea.

Justeru, pentadbiran Amerika Syarikat disarankan supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat dan mengekang ‘keganasan Islam’. Menurut Bernard

“The struggle underway throughout much of the Muslim world is essentially a war of ideas. Its outcome will determine the future direction of the Muslim world and whether the threat of jihadist terrorism continues, with some Muslim societies falling back even further into patterns of intolerance and violence. It profoundly affects the security of the West … Moderate Muslim networks and institutions would provide a platform to amplify the message of moderate as well as some measure of protection from violence and intimidation … What is needed at this stage is to derive lessons from the experience of the Cold War, determine their applicability to the conditions of the Muslim world today, and develop a “road map” for the construction of moderate and liberal Muslim networks

Siapakah golongan Muslim liberal dan moderat menurut takrifan Bernard? Apakah ia bermaksud orang-orang Islam yang berpegang dengan konsep wasatiyyah, iaitu umat pertengahan yang bersikap sederhana sepertimana yang disebut dalam al-Qur’an?

Jawapannya TIDAK. Bagi Bernard, golongan Muslim moderat ialah mereka yang mendokong konsep hak-hak asasi manusia Barat secara total, menolak pelaksanaan sebarang bentuk undang-undang syariah, menolak pembentukan Negara Islam dan mesra golongan feminis.

Hak asasi manusia yang dimaksudkan adalah berlandaskan fahaman liberal Barat, termasuk hak kebebasan beragama yang membenarkan seorang Islam murtad. Ternayata, golongan moderat yang dimaksudkan oleh Bernard bukanlah umat pertengahan (ummatan wasata) yang disebut di dalam al-Qur’an, tetapi manusia sekular yang hilang pedoman rohaninya.

Namun, bagi Bernard, jaringan golongan sekular ini tidak akan wujud dengan sendirinya. Mereka perlu dibantu dan diperkasa. Justeru, beliau menyarankan supaya organisasi-organisasi tertentu membantu golongan sekular di negara-negara Islam. Antara nama organisasi yang dicadangkan ialah NDI.

NDI diketahui terlibat secara aktif membantu BERSIH melaksanakan aktiviti-aktivitinya dari peringkat awal lagi. Berikut adalah kenyataan di laman web NDI:

In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants.

REFSA adalah sebuah NGO yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP. Mengapa BERSIH?

Sebenarnya, BERSIH hanyalah alat yang digunakan oleh NDI untuk mendekati kumpulan intelektual Muslim, parti politik dan NGO Islam di Malaysia. Ini termasuklah ahli-ahli akademik Muslim, PAS dan beberapa NGO Islam yang menyokong BERSIH.

Mereka ini perlu dipengaruhi supaya menyokong agenda pemikiran sekular-liberal Barat dan dengan itu mengunci rapat sebarang usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Ketika di zaman perang dingin, organisasi-organisasi seperti NDI inilah yang berusaha dengan gigih untuk memastikan ejen-ejen Barat yang berfikiran sekular diangkat sebagai pemimpin di negara-negara Islam.

Strategi inilah yang dilakukan di Iraq, Libya dan di negara-negara Timur Tengah yang lain. Akhirnya, umat Islam berpecah-belah dan negara Islam porak peranda.

Tidak hairanlah, mutakhir ini kita dapati umat Islam semakin berpecah termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan syariat dan akidah. Sudah ada pemimpin Islam yang mengatakan murtad itu dibenarkan dalam Islam.

Pemikiran pluralisme diangkat sebagai garis besar baru haluan perjuangan. Sudah hilang gema dakwah, tarbiyyah dan khilafah. Dalam soal penggunaan Kalimah Allah pun umat Islam berbalah.

Malah, PAS sebagai parti Islam yang suatu ketika dahulu begitu taksub dengan penubuhan Negara Islam, sudah menggugurkan agenda yang selama ini menjadi akidah politik parti itu. Semua ini dihalalkan atas nama perjuangan demokrasi dan kebebasan

Modus operandi inilah yang menyebabkan umat Islam, khususnya di negara-negara Arab, tidak pernah berupaya untuk bangkit bersatu mempertahankan Palestin.

Bibit-bibit penyakit hati dan minda umat Islam ini nampaknya sudah mula menular ke Malaysia, satu-satunya negara Islam yang masih lagi terselamat daripada perangkap Zionis.

Cheryl Bernard mengatakan bahawa “Freedom Agenda” adalah “grand strategy” dalam memenangi perang global menentang keganasan. Kita tidak ada masalah untuk menentang keganasan.

Selama inipun umat Islam di Malaysia tidak pernah menyebelahi pengganas, apatah lagi menjadi pengganas. Kita tidak perlu tunduk kepada agenda Barat semata-mata untuk membolehkan kita menentang keganasan. Kita telah menentang keganasan dan kita akan terus berbuat demikian.

Tetapi kita tahu, perhimpunan BERSIH adalah sebahagian daripada “grand strategy” Zionis untuk mencetuskan huru-hara di negara Islam.

Dengan adanya segolongan umat Islam yang sanggup tunduk kepada agenda Barat demi memenuhi nafsu kuasa masing-masing dan tercetusnya demonstrasi besar-besaran yang menyaksikan pertembungan antara dua kelompok umat Islam, maka lengkaplah perencanaan Zionis untuk melemah dan mengancurkan umat Islam, atas nama demokrasi dan kebebasan.

Saya percaya, yang bercadang untuk menyertai perhimpunan BERSIH nanti majoritinya adalah orang Islam.Jika ianya berterusan maka keadaan tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa dan menyebabkan huru hara sebgaimana di Teluk maka kuasa kuasa barat melalui PBB akan mula masuk kedalam negara ini sebagai pendamai  serta melakukan  serangan terhadap orang Islam sendiri  yang mana akan di berikan gelaran sebagai pemberontak.

Akhirnya akan wujud sebuah kerajaan  boneka  yang mana mengikut acuan barat. Ini lah yang telah berlaku sekarang dikebanyakan negara negara yang pada mula nya dikuasai oleh orang Islam.

Wahai sauadaraku, berfikirlah. Kita tidak sepatutnya terjerumus dalam perangkap Zionis yang kotor ini. Artikel ini bertujuan untuk menyedarkan ummat islam..siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir..

Terpulang kepada saudara yang lain kerana persepsi saya sebagai pemerhati, BERSIH hanya akan BERSIH apabila tuntutan ia lebih menjurus kepada ISLAM bukanya DEMOKRASI dan KEBEBASAN ciptaan Yahudi dan nasara..

“Qur’an… an accursed book… So long as there is this book there will be no peace in the world.” —William Gladstone (1809-1898) Prime Minister of Great Britain 1868 – 1894

Salah satu cara mereka membuat kita lari jauh dari Al Quran dan sunnah ialah dengan meletakkan sebuah sistem yang membahagikan dan perintah (divide and rule) dan mereka meletakkan kepercayaan pada hak kebebasan bersuara rakyat dan individu di tempat tertinggi.

Manakala di dalam Islam,suara yang tertinggi adalah alim ulama dengan hasil perbincangan mereka, hak Allah dan agama Islam diletakkan ke tempat tertinggi melebihi segala – galanya.

Mari kita tolak apa juga ideologi  yang memang sengaja mereka letakkan di negara kita,supaya kita semua terbahagi dan bergaduh,asal kita adalah bersatu dan kita merupakan sebuah empire yang kuat ketika zaman Khilafah monarki Islam.

Kemudian mereka serang dan jatuhkan raja2 kita dan letakkan ideologi dan mereka sebagai ketua,tidak kah kita sedar akan taktik halus mereka ini,kerana itu kita dapat perubahan budaya di kalangan remaja hari ini yang tidak lagi meminati lagi Islam tetapi budaya yang datang dari mereka,sistem pendidikan,sistem perundangan,ekonomi kita dihala pada mereka dan sistem politik kita.

BERSIH-adakah ia menyatukan ummat ISLAM?

BERSIH-adakah di dalam islam di anjurkan DEMOKRASI?.

BERSIH-umat islam mencaci sesama sendiri.

BERSIH-umat islam menzalimi diri sendiri dan orang lain.

BERSIH-yang menyokong lebih kurang 2 juta dan yang inginkan keamanan 5.5 Juta. Adakah ia demokrasi terpimpin?

Apakah faedah yang kita perolehi daru BERSIH? adakah hati umat-umat ISLAM telah BERSIH secara TOTAL?

Memang secara zahirnya, tidak sedikit pun mencambah perasaan suka pada zionis, tetapi disebalik itu?. Kejayaan zionis melaga-lagakan umat islam, ini adalah kejayaan terbesar zionis dalam menghancurkan ummat ISLAM.

Pautan

This entry was posted in Analisis-Agenda PR yang Sebenarnya Mengikut Kejadian ( 2 ) and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s