Isu Israel!! ADAKAH Anwar Ibrahim Akan Menerima Nasib Seperti Anwar Sadat?


Oleh rmf

“Benarkah” Perkataan awal yang saya postkan dalam isu Ustaz Badrol Amin ditangkap berkhalwat dengan  Isteri orang. perkataan awal itu menunjukkan keraguan terhadap berberapa isu  yang akan saya bangkitkan berhubung dengan taktikal yang biasa dilakukan oleh PKR didalam menangani isu isu panas.

Saudara pembaca boleh membaca bagaimana  The Mind Games Of Zionist Media dilakukan oleh PKR untuk menutup isu.Taktikal yang sama juga digunakan oleh CIA dalam mengwujudkan keraguan . Manipulasi isu dan konspirasi.

PKR sebuah parti politik yang berteraskan ideologi barat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sejak tahun 1980an lagi. Didalam  politik yang dibawanya kebanyakkan nya menjurus kepada beberapa tatikal yang biasa digunakan barat didalam menangani isu isu.

Setiap isu yang berbangkit melalui PKR selalunya ianya akan menjurus kepada beberapa isu isu lain, Jika sesuatu isu yang panas mereka akan menggunakan apa juga kaedah untuk menutupnya.. kita lihat sahaja fitnah yang dilakukan terhadap isu pembelian kapal selam, isu ini dimainkan secara hebat.

Kita lupakan sementara isu tersebut kerana Lim Guan Eng telah tahu bahawa  Kapal selam yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sememangnya boleh meyelam.

Anwar telah menjalinkan hubungan dengan Barat sejak sekian lama lagi,  terbaru didalam WSJ (Wall Sreet Journal ) telah meyiarkan  salah satu baris perkataannya yang membuktikan bahawa sokongan Anwar terhadap Israel.

Pada 26 Jan lalu, Wall Street Journal (WSJ), melaporkan kata-kata Anwar yang berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians

 Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya 13 Februari ketika membacakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menegaskan, “Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau”

Tetapi apakah saranan ini akan diambil oleh Anwar untuk membuktikan segala yang dikeluarkan oleh WSJ itu adalah fitnah terancang terhadap beliau?

Selepas pertemuan, kira-kira satu jam, ketika Anwar ditanya pemberita, adakah dia akan menyaman WSJ, Anwar menjawab, “Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent‘ yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor fitnah” sebagai membawa maksud semua laporan WSJ, 26 Jan lalu bukan salah petik, sebaliknya dari kata-katanya sendiri.

Persoalanya disini, mengapakah Anwar tidak mahu menyaman  WSJ  tetapi sebaliknya  membuat spining isu yang menyatakan bahawa semua ini adalah fitnah daripada UMNO. Apakah UMNO terlibat dalam mengeluarkan kenyataan awal di dalam Wall Street Journal?

 Ini merupakan taktikal yang dimainkan oleh Anwar sejak dahulu lagi, Cuba kita imbas semula isu APCO yang mana  dikatakan kerajaan Malaysia membayar RM77 juta untuk mendapatkan khidmat badan kasultan itu, kenapa isu ini dibangkitkan, apakah kita telah lupa bahawa Anwar sendiri telah menggunakan satu badan pelobi APPC untuk menaikkan namanya dipersada dunia dengan bayaran juga.

 Dengan tidak secara langsung kita tahu setiap apa yang dibangkitkan oleh Anwar sememangnya ada hubung kait dengan sejarah  cerita yang silam. Maksudnya untuk menutup cerita  kesalahan dirinya agar  rakyat kan melihat kesalahan hanya bergerak kepada satu pihak iaitu kerajaan Malaysia.

Didalam isu untuk menyaman Wall Street Journal  perkara ini juga telah diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir sendiri .Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Anwar Ibrahim menyaman akhbar WSJ membuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya menyokong Israel. Ini membuktikan ada talian dalaman yang cukup hebat diantara Anwar dan Israel.

Manakala Nik Aziz selepas pertemuan itu menegaskan, “memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.

Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini”Persamaan tindakan  Majlis Syura Ulama PAS tidak bermesyuarat semula menarik balik keputusan itu, ia akan tercatat dalam sejarah sebagaimana Ali Raziq, salah seorang bapa pelopor Islam Liberal Mesir dijatuhi ‘hukuman pengesahan’ oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926.

Dakwaan Anwar pro Israel sudah berlaku sejak akhir tahun 1990-an dan pada 21 Februari 2012, perkara itu telah disahkan.

Anwar Sadat

Sejak Anwar dilabel pro-Israel bermula akhir 1990-an, individu pertama (bukan tokoh politik) yang mengesahkannya adalah seorang doktor bedah, warganegara Malaysia yang menetap di AS.

Meskipun berada di AS, namun Dr Bakri Musa sering mengikuti perkembangan Malaysia.

Ketika Anwar memberi ceramah bertajuk “Democracy and the Muslim World”, di Stanford University pada 12 Oktober 2006, Dr Bakri turut serta menjadi pemerhati untuk mendengar pandangan Anwar.

Ketika itu, Anwar sudah pun menetap di AS dengan menjadi pensyarah pelawat di Anwar Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.

Ceramah Anwar Stanford University dianjurkan oleh FSI (The Freeman Spogli Institute for International Studies), dengan kerjasama daripada CDDRL (Stanford University the Center for Democracy, Development and the Rule of Law) dan Shorenstein APARC (Walter H. Shorenstein Asia-Pacific Research Center).

Selepas mendengar ceramah Anwar itu, Dr Bakri merumuskan “Dia (Anwar) adalah salah seorang daripada pemimpin Islam yang boleh ‘membina jambatan’ di antara Islam dengan Barat. Dia adalah pemimpin yang faham dan selesa dengan Barat. Dan hanya seorang pemimpin Islam, secara spontan bermain di fikiran saya yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat“.

“Di antara pelawat-pelawat awal Anwar ketika dirawat di Jerman adalah tokoh-tokoh kanan pentadbiran Bush. Anwar adalah salah seorang pemimpin-pemimpin Asia yang memahami kuasa Barat , khususnya Amerika, kepimpinan dan demokrasi.

“Pada satu masa, ketika pentadbiran Bush mahu menggunakan sedikit bantuan di dalam dunia Islam, terdapat beberapa orang sukarelawan yang mampu diketengahkan. Anwar salah seorang daripadanya.

“Penyokong-penyokong Anwar mengerling terhadap hubungan rapatnya dengan “Neo cons;” Anwar sering mempertahankan hubungan ini”, kata Dr Bakri dilamannya, www.bakrimusa.com.

Sudah tentu Dr Bakri mempunyai alasan-alasannya yang tersendiri apabila dia meyamakan Anwar Ibrahim dengan Anwar Sadat.

Anwar Sadat adalah bekas Presiden Mesir ke-3 dari 1970 sehingga 1981.

Pada 19 November 1977, Anwar Sadat telah melawat Jerusalem di atas undangan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir.

Anwar Sadat telah berucap di Knesset, Jurusalem iaitu parlimen Israel dengan bersetuju pelan damai Resolusi PBB 242 dan 338 (yang kini diterjemahkan sebagai ‘two state solution’) untuk menamatkan konflik Arab-Israel.

Diskusi Sadat Chair : Dari kiri, Shibley Telham(Peneraju utama The Anwar Sadat Chair For Peace And Development), Anwar Ibrahim, William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Robin Wright(The Washington Post).

Pada tahun 1978, Anwar Sadat menyertai mesyuarat bersama Menachem Begin di Kem David, AS (Camp David Accords), diikuti dengan menandatangani dengan perjanjian ‘Egyptian–Israeli Peace Treaty‘ dengan disaksikan oleh Presiden AS, Jimmy Carter.

Bagaimanapun tindakan Anwar Sadat itu ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab kerana dianggap sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan mengkhianati pan-Arabism.

Sebaliknya, Di AS, Jimmy Carter diraikan sebagai ‘bapa pendamai’ kerana kejayaannya mendamaikan Mesir dan Israel.

Di Mesir, pada 6 Oktober 1981, ketika Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat dalam perbarisan ketenteraan, pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit ke arah hadirin yang menyertai pembarisan ketenteraan itu.

Dalam kejadian tembakan itu, 7 terbunuh termasuk Duta Cuba, Jeneral Omani, 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera AS.

Anwar Sadat dikejarkan ke hospital dan kemudiannya disahkan mati. Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir.

Semasa pengkebumian Anwar Sadat, presiden dan bekas presiden AS turut hadir iaitu Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon, tetapi kebanyakan pemimpin negara Arab tidak hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry.

Kenyataan diatas terdapat beberapa persamaan  yang mana anwar melakukan percanggahan  pendapat dengan apa yang telag dia lakukan, Sebagai contoh,  WSJ mengeluarkan kenyataan, TETAPI kenapa pula UMNO di persalahkan?

Sememangnya telah menjadi kebiasaan Anwar , bila dia diserang dengan isu yang melibatkan  kenyataan akhbar  dia akan mengambil tindakan saman, tetapi kenapa dia tidak berbuat demikian  terhadap Wall Street Journal? Disini terdapat kebenaran apa yang diperkatakan.

Begitu juga dengan isu  APCO yang mana dua entiti yang berbeza disatukan.. bila hal ini diterangkan  maka dia akan mengalih tumpuan pada perisikan Israel, wahal isu APCO di PDRM hanya lah  protokol standard USA terhadap barangan komunikasi.

Bila Isu Israel dimainkan  terhadap beliau, dalam hal hal perdagangan untuk di terjah pada Malaysia, maka dia telah terlupa bahawa  melonggarkan syarat isu daganagn tersebut  telah dibuat oleh beliau sendiri.

Isu Israel ini juga telah  dimainkan sehingga bukti sokongan padu Anwar sendiri didalam Isu  Annapolis Summit yang bertarikh 27 November 2007   dimana beliau sendiri adalah  penandatangani didalam “two State Solution” yang menguntungkan israel. Bermakna ada persamaa dengan apa yang diperkatakan didalam Wall Street Journal?

 

Pendedahan hasil siasatan Government Accountability Project (GAP) atau Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan, sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk “The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal” pada Julai 2010 menyerlahkan peranan Anwar Ibrahim sebagai tali barut Presiden Bush mulai 2006-2007 yang tidak dapat disangkal lagi.

Pada 2 Februari 2006, Jabatan Negara AS turut mendedahkan dokumen pelantikan Anwar sebagai Jawatankuasa Pemilih Ahli Lembaga Pengarah FFF.

Berhubung dengan isu diatas , mari kita lihat bagaimanakah  isu ini diamiankan dengan hebat dan  bagaimanakah  caranya PKR menagani isu ini  dan menterbalikkannya menjadi sampah. Contoh  TV . surat Khabar adalah Pembohong, Berlaku konspirasi, Pembuktian Palsu, Tajaan agenda luar dalam Isu, Isu dikatakan Fitnah,

Jika anda masih meragui cuba anda lihat bagaimana anwar ibrahim menjawab semua soalan yang dibangkitkan mengenai isu isu yang berkaitan dgn beliau- Seperti bisa dia tidak akan menjawan sebaliknya mencari org lain untuk dipersalahkan? Benar?

Jadi kesimpulannya apa yang terbuka dari dalam mulut  anwar ibrahim adalah Bohong dan apa juga Isu yang dibangkitkan adalah BENAR!! Jadi lihat semua isu Anwar Sadat dan isu Anwar Ibrahim  dengan Israel- Adakah ini satu persamaan atau agenda  terperangkapnya dia didalam kancah Mosad, Neocon, CIA, Israel , Jesuit?

Sebagai warganegara berfikir dan mengkaji  adalah sesuatu anugerah yang diberikan oleh Allah untuk kita “BUKAN ANUGERAH TOOHAN” sebagaimana diberikan kepada anwar ibrahim.

Advertisements
This entry was posted in Isu Israel!! Adakah Anwar Ibrahim Akan Menerima Nasib Seperti Anwar Sadat? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s