PRU13-Kajian Populariti -Anwar Tumbang di tangan Najib dan Tun Dr Mahathir


Oleh rmf.

Jikalau di negara barat kajian populariti bagi seseorang pemimpin itu memainkan peranan yang amat penting bagi pengundi untuk menilai keberkesanan  kepimpinan dan hala tuju yang akan dibawanya jika memenangi satu satu pilihanraya. Saya menjangkakan ini adalah fenomena yang biasa bagi rakyat untuk melakukan penilaian  berdasarkan populariti.

Populariti disini bukan popular dengan pelbagai skandal, akan tetapai popular dalam bentuk cadangan dan perancangan yang bakal dibawa didalam arus pemerintahan. Jika kita lihat diantara Anwar, Najib dan Tun Mahathir saya  dapat melihat dengan jelas bahawa pupulariti Anwar hanya berkisar didalam kelompok mereka sahaja, tiada apa yang dilakukan oleh anwar hanya lah  semua yang berhubung kait dengan skandalnya.

Oleh yang demikian mari kita lihat kajian populariti yang telah dilakukan oleh beberapa intelektual dalam hal ini.

Baru-baru ini, The Malaysian Insider melaporkan satu hasil kajian yang dibuat oleh PKR di kalangan pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor yang mendapati populariti Anwar kalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kajian itu merumuskan Anwar tidak digemari oleh pengundi Melayu, khususnya golongan muda dan wanita. Penolakan  golongan ini adalah kerana mereka lebih banyak melihat  bagaimana anwar  menghadap[i sesuatu isu dan cara beliau menanganinya- Dalam isu liwat contohnya, sikap pengecut dan berdolak dalih telah menyebabkan ramai pengundi dan golongan muda  mula berfikir, kenapa Anwar mengelak isu ini sedangkan dia menafikan  bahawa beliau tidak bersalah.

 

Hari ini pula, Bernama melaporkan populariti Najib meningkat dengan mantap sejak 2009 berbanding dengan tiga pemimpin utama pembangkang iaitu Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didapati masih terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Kajian itu dibuat Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, Syed Arabi berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Advertisements
This entry was posted in PRU13-Kajian Populariti -Anwar Tumbang di tangan Najib dan Tun Dr Mahathir and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to PRU13-Kajian Populariti -Anwar Tumbang di tangan Najib dan Tun Dr Mahathir

  1. Pingback: PRU13-Kajian Populariti -Anwar Tumbang di tangan Najib dan Tun Dr Mahathir « umnobahagianparit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s