PAS PKR Lebih Baik Jangan Jadi Orang


Oleh rmf

Jika diimbas kembali sejarah politik negara, pada tahun 1969 bermulalah politik khianat Pas.  Ini kerana pada tahun itu juga Pas mula mengkafirkan orang UMNO kerena berpakat dengan MCA dan MIC, melancarkan ‘kempen teriak’ iaitu menangis di kalangan wanita dan mengancam menghambat orang Cina dan India masuk laut. Ini adalah sebahagian daripada apa yang tealh dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik. Mereka tidak kira apa sahaja yang memberikan keuntungan pada mereka.. tetap akan dilakukan.

Pada tahun itu juga DAP menyertai pilihan raya buat kali pertama dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’, menentang hak istimewa orang Melayu dan mempertikaikan Dasar Bahasa Kebangsaan yang berkuatkuasa tahun 1967. Agenda ini telah diteruskan sehingga sekarang dimana  konsep Malaysia Malaysia ini telah diserapkan secara jelas didalam PKR yang mana kita boleh melihat bagaimana Wan Azizah telah menyuarakan secara lantang didalam Persidangan Agong PKR untuk menghapuskan  apa yang dimiliki oleh bangsa melayu.

Bukan itu sahaja PAS juga telah mengatakan persetujuan dengan secara tidak langsung  melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz  dimana menolak  parti yang  berasaskan bangsa melayu. Dengan demikian Malaysia Malaysian telah direalisasikan lagi dengan penyertaan Ambiga didalam IFC iaitu menonjolkan konsep kesamarataan dalam banyak perkara termasuk agama- Ini juga telah disokong dengan jelas oleh PAS.

Sebelum itu Pas juga sanggup bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh persatuan Cina serta menolak hak keistimewaan orang Melayu. Jadi apakah yang sedang diperjuangkan oleh PAS sekarang? Sebagaimana yang kita lihat mereka hanya mampu membunuh  bangsa sendiri sedangkan mereka lupa bahawa “rakan” mereka sedang  mengorek linag lahat untuk  mereka juga. Pas sedang dipergunakan oleh  Cina untuk merealisasikan agenda Malaysia Malaysian yang  termaktub didalam agenda perjuangan mereka sejak 1969 lagi dan tidak pernah padam sehingga kini.

Ketika masa itu, Pas memberi gambaran pada orang Melayu bahawa Dr. Mahathir anti-Islam kerana tidak pakai songkok dan berkawan dengan Cina.  Kepada orang Cina, Pas kata Dr. Mahathir sangat bahaya pasal dia nasionalis Melayu yang bencikan orang bangsa lain.

Setelah gagal menguasai negeri-negeri Melayu pada pilihan raya itu walaupun memainkn isu agama dan perkauman dengan seluas-luasnya, Pas guna pula slogan negara Islam dan hukum hudud.

Seperkara lagi yang ramai orang tak faham ialah mengenai isu kafir-mengkafir.  Sebenarnya ini tidak wujud.  Yang wujud ialah mengkafir.  Sebab satu pihak sahaja yang uat kera itu.  Hanya Pas yang mengkafirkan orang.

Apabila PAS mengisytiharkan dirinya sebagai wadah politik Islam yang tulin, ia menanamkan keyakinan dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya bahawa dialah jama’ah Islam yang wajib bagi orang Islam beriltizam dengannya seperti sabda Rasulullah s.a.w kepada Huzaifah Ibnu Yaman.

Ertinya : Hendaklah kamu beriltizam dengan Jama’ah orang-orang Islam dan pemimpin mereka.

Didalam bebeapa keterangan hadis menyebutkan bahawa umat Islam akan berpecah kepada 72 kumpulan dan hanya satu kumpulan sahaja yang selamat iaitu kumpulan yang mengikut sunnah baginda s.a.w dan sahabat baginda.

PAS mendakwa bahawa partinya adalah jama’ah Islam yang tulin di negara ini. Kerana itu beriltizam kepada PAS adalah wajib. Dosa dan akibat tidak menyertai PAS atau keluar daripada PAS sama dosa dan akibatnya dengan keluar daripada Jama’ah Islam yang dinyatakan di dalam hadis Nabi s.a.w mengenai keluar daripada Jama’ah Islam atau tidak beriltizam dengannya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Sesiapa yang meninggalkan jamaah maka sesungguhnya ia menanggalkan kalungan Islam dari tengkuknya.

Oleh kerana PAS mendakwa dirinya itulah Jamaah yang dimaksudkan di dalam hadis itu, maka sesiapapun yang keluar daripada PAS terungkailah ikatan Islam daripada dirinya. Kepercayaan ini sering disampaikan di dalam usrah-usrah dan kursus-kursus PAS.

Dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Jamaah Islam dan wadah perjuangan Islam tulin, PAS bertanggungjawab menjelaskan Islam sebagai dasar dan sistem kehidupan yang menyeluruh. Dengan kenyataannya bahawa matlamat politik nya ialah menegakkan negara Islam, PAS bertanggungjawab menjelaskan sistem politik  bagi negara Islam yang hendak dibentuknya di zaman moden ini. Apakah dasar-dasar Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS didalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, perhubungan luara dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab inilah yang sepatutnya dikemukakan oleh PAS di dalam kegiatan politiknya, sekiranya ia benar-benar sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Jamaah Islam.

Tetapi apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS itu tidak ada keupayaan untuk dilaksanakan. Ini ialah kerana pemimpin PAS tidak mempunyia cukup kelayakan ilmiah untuk berbuat demikian. Bahkan did alam melaksanakan agenda Islam, PAS tidak menyaingi UMNO yang bukan sahaja beriltizam kepada perjuangan menegakkan agama dengan kata-kata tetapi melaksanakan agenda pembangunan agama secara yang terbukti dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat di dalam bidang keagamaan. Kejayaan yang dicapai oleh UMNO di dalam perjuangan Islam diakui oleh PAS. PAS akan menjadi tidak relevan lagi dalam perjuangan Islam, jika ia tidak melakukan sesuatu yang boleh memperkecilkan perjuangan UMNO.

PAS tidak mempunyai cara lain untuk mengecilkan perjuangan UMNO, melainkan menanamkan bibit kebencian dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya kepada UMNO. Apabila benci menguasai tidak ada lagi kebaikan yang dikenang. Benci akan menutup mata hati, sehingga melihat segala-galanya dengan cemuhan dan jelek.

Seperti kata Imam Shafie: Mata yang rela melihat kecil sagala keaiban sama seperti mata kebencian melihat segalanya penuh keburukan.

Politik kebencian menjadi agenda utama dakyah PAS di dalam usahanya untuk mengekal perjuangannya supaya terus relevan. Tidak ada yang lebih menimbulkan kebencian selain daripada melabelkan UMNO sebagai kafir. Seorang pemimpin PAS dari Besut pernah berkata “Jika UMNO tidak kafir, lebih baik kita menyertai UMNO daripada menyertai PAS”. Seterusnya UMNO dilabelkan sebagai sekular, anti Islam, agen Yahudi dan berbagai label yang kesemuanya untuk menanamkan kebencian kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Tapi pilihan raya kali ni macam tak percaya pula sikap Pas yang sudah berubah.  Tak tahulah sama ada dah insaf atau memang Pas takde pendirian.  Pas yang dulu mengkafirkan orang UMNO kerana berpakat dengan MCA dan MIC sekarang tidur setilam dengan DAP.

Apabila tidur sekatil, jaga-jagalah sikit agar DNA Pas dan DAP tidak terpalit di merata tempat.  DNA ini kalau terpalit payah hendak dihilangkan.  Sampai bila-bila pun boleh dibuat ujian.  DNA politik mereka cukup bahaya. 

Kerana DNA ini jugalah Pas berkata Allah mencarut, memaki hamun dibenarkan dan orang bukan Islam boleh jadi Perdana Menteri.  Agaknya inilah yang terjadi kepada orang yang suka berkhayal atau mabuk kuasa.  Apabila terjaga daripada lamunan atau ternampak peluang berkuasa mereka hilang punca. 

Tiba-tiba yang dulu tidak boleh jadi boleh, yang haram jadi halal yang tidak penting jadi perjuangan hidup mati.

Banyak sangat kejadian pelik termasuklah seorang kononnya cendekiawan,  seorang ahli ekonomi dan seorang pensyarah universiti bernama Jomo Kwame Sundaram atau lebih terkenal dengan  singkatan KS Jomo.  Berusia 46 tahun dan setelah tidur nyenyak melalui pilihan raya umum 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995, dia tiba-tiba mengigau dengan igauan yang sangat ngeri.  Dia melompat bangun bergegas ke pusat pendaftaran pengundi (tempoh pendaftaran 2 April – 1 Mei, 1999) kerana dia tiba-tiba menyedari hak mutlaknya di bawah sistem demokrasi negara.

Sebelum itu dia hanya meraih keuntungan hasil daripada amalan demokrasi orang lain dan membuat bising tidak setuju dengan pelbagai dasar dan rancangan kerajaan.  Rupa-rupanya mendaftar jadi pengundi pun tidak.

Sekarang kerana hampa tidak dapat mengundi, dia saman Suruhanjaya Pilihan Raya supaya pilihan raya kali ini ditangguhkan sehingga nama pengundi baru seperti dirinya dimasukkan.

Beginilah buruknya perangai pembangkang yang tak habis-habis suka buat kecoh.  Setiap tindakan ikut kepala dia.  Orang lain semua salah, dia seorang je betul.  Manusia macam ini lebih baik berhenti jadi orang, jadi ‘traffic light’ ke jadi tayar ke ada juga faedah.

Advertisements
This entry was posted in PAS PKR Lebih Baik Jangan Jadi Orang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s