Kebenaran Islam – Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 2


Oleh rmf

Kebenaran Islam – Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 2 (The Key To Kingdom Of Heaven)

Posted by seigneur de la guerre on Sunday,

The Keys To Kingdom Of Heaven

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut ‘Triple Tiara’, salib emas di atasnya dan ‘Crossed Key’ iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.
Rahsia yang telah terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disembunyikan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.Justify Full

Dua orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa ‘pendoktrinan palsu’ oleh para Elit dalam ‘secret societies’ yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.
Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APAKAH YANG INGIN ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan dalam menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD S.A.W YANG DIGERUNINYA.

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.”
|Bernard Shaw|

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan mengetahui dan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s). Jika perkara ini berlaku, mereka beramai-ramai akan mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t iaitu ISLAM. Oleh itu sesiapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi “AntiChrist”. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tertinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.

 

Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer agar ia tidak diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin mengetahui dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Apakah petunjuk – petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang. The Papal Crossed Key yang penuh rahsia. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat ‘Angels’ yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

 

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita sama-sama telusuri apakah yang dimaksudkan dengan di sebalik Dua Kunci Bersilang ini. 

The Secret Beyond The Crossed Key
Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno, Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah, Simon Peter, Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam’un). Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet’shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan. Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican, St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.

St. Peter Basilica

“Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri”
|Surah Ali Imran 3:52| 

“Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)”
|Al-Maidah 5:111|

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:

The Twelve Apostles

|Peter|
|Andrew|
|James|
|John|
|Philip|
|Bartholomew|
|Matthew|
|Thomas|
|James|
|Thaddeus|
|Simon the Zealot|
|Judas Iscariot|

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero’s Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.

Bersambung bahagian 3

Advertisements
This entry was posted in Kebenaran Islam - Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 2 and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kebenaran Islam – Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 2

  1. Lukisan says:

    makin sulit aja tuh tentang kebeneran islam,
    ada ada aja

  2. Pingback: Bah 4:Siapakah Melayu?Dari manakah asalnya Melayu itu? « https://rmf7.wordpress.com

  3. nick zakry says:

    bila lagi akan keluar part 3..???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s