Kebenaran Islam – Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1


oleh rmf

Kebenaran Islam – Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1 (The Key To Kingdom Of Heaven)

Posted by seigneur de la guerre on Saturday, April 3, 2010

Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).


 

Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah ‘mantera’ peringkat pencerahan agung’ (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.

 

Pope Benedict XVI
Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan ‘kebenaran’ mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf ‘Rahsia Dalam Rahsia’. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

 

Para pengikut Freemason sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya ‘Pencerahan’ – Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.


 

Juga, para pengikut Kristian juga tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu ‘Zikir Agung’.

 

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama ‘takdir’ Sang Iblis?. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah – Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari ‘makmal’ penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Skrol Nag Hammadi



 

Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

Advertisements
This entry was posted in Kebenaran Islam - Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1 and tagged , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Kebenaran Islam – Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 1

  1. md. othman says:

    Innallaahawamala ikatahu yusolu na’alanabih…

  2. iskandar says:

    Tolonh hantar ke-email saya cerita seterusnya tuan.

  3. rmf7 says:

    InayaAllah saya akan hantarkan..

  4. akulah69 says:

    salam,

    kita suka pergi ke dalam kain orang untuk membongkarkan apa-apa yang boleh kita bongkarkan. Kita sibuk mendedahkan freemason, comitte 300 yang kita rasa ada objektif pertubuhan ini hendak memusnahkan Islam dan umatnya.

    Sebelum kita pergi lebih jauh untuk mendedahkan da vinci code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian, Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi dsb, perlu kita lihat secara mendalam budaya2 yang akan menjahanamkan generasi umat Islam di negara Islam kita ini.

    Mengizinkan si GAY adam lambert berkonsert di sini adalah pengiktirafan kepada kaum gay di msia. Menaungi @ membenarkan busana muslimah yang mendedahkan aurat, bertulis nama MUHAMAD, adalah penggalakan kepada generasi MUSLIMAH untuk berpakaian busana yang terburai sana-sini..

    Menjadi msia HAB HIBURAN atas nama ETP, adalah satu usaha untuk menggalakkan maksiat. Jangan kata untuk pelancong asing, tetapi pekerjanya…gronya… yang menggoyang gerudinya…. apakah ada jaminan muslimah, muslim tidak terlibat.

    saya tidak tau apa anutan tuan. tapi saya yang ada ramai anak lelaki dan perempuan, yang ada ramai saudara seagama (dah tentu ISLAM) lelaki dan perempuan, amat membimbangi situasi ini.

    Ramalan saya, negara kita akan menjadi Turki di bawah attartuk jika kita membenarkan apa yang telah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku akan terus berlaku tanpa ada ragu dan was-was.

    Semoga ALLAH SWT melindungi MALAYSIA NEGARA YANG KUCINTAI INI dan rakyatnya supaya tidak menjadi kaum Luth atau Thamud atau pompeii….

    • rakyat biasa jee says:

      kepada akulah 69…hang tak paham ke tajuk utama apa yg di nyatakan oleh blogger ni…? tak yah nak cite pasal apa yg berlaku dlm malaysia ni..untuk pengetahuan anda…bloggers ni cuba hendak memberitahu para pembaca blogger dia tentang rahsia rahsia kristian dan para pemimpin 2 vatican…cuba jangan lari dari tajuk….! cam ne lah org melayu nak pandai dlm bidang penyelidikan sebegini..lain di utarakan,lain yg di soalkan

  5. Anti hipokrit says:

    salam,

    kpd akulah69,

    tuan bercerita ttg adam lambert ttp kenapa x nk cerita pasal hukum bersekongkol dgn peliwat tegar yg Nabi S.A.W. sendiri x mengaku umat?

    Itu lagi menakutkan saya krn bagaimana masa depan anak cucu saya di tanahair ini kalau sudah diperintah Ketua kaum Lut?

    Saya cukup yakin dan percaya Allah S.W.T. sudah menurunkan petanda kpd umat Islam.”air mani dlm dubur saiful” adalah balasan Allah kpd peliwat tegar secara tunai di dunia lagi.

    Apa hukumnya org yg masih x mahu menerima kebenaran?

    Saya sebagai umat Islam yg bertanggungjawab mengambil kesempatan menunaikan kewajipan saya utk menyeru semua yg bersekongkol dgn peliwat tegar ini agar bertaubat.

    Jika tuan / puan tidak ambil endah maka anda jawablah di Padang Masyar nanti.

    Wassallam

    Anti hipokrit

  6. rmf7 says:

    saudaraakulah…oleh kerana saudara dah terlepas kata dengan hanya baru nenbaca bahagian 1 dan 2, pastinya saudara akan menyesal, apabila membaca bahagian ke 3- dan disni nanti saudara akan tau dimanakah yang dimaksudkan “kunci” tersebut…jadi jangan saudara terlalu ghairah untuk komen tanpa ada penutup cerita.. sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s