Siapa Rashid ?


oleh rmf

Siapa Rashid ?

Oleh sh.aklaken

 

[image[12].png]Sebelum ini terlalu banyak cerita mengenai Rashid yang saya dengar. Namun cerita-cerita ini tetap menjadi tanda tanya siapa sebenarnya Rashid?

Ini pak SH hendak menceritakan serba sedikit mengenai Rashid yang Pak SH dapat tahu daripada maklumat dalaman.

1. Rashid merupakan seorang bekas banduan yang bekerja di Hospital Penjara Sungai buloh, Rashid ditugaskan menjaga Anwar sewaktu dalam hospital.

2. Rashid bebas dahulu dan kemudiannya selepas bebas Anwar telah meminta Rashid untuk kerja di rumahnya di Bukit Damansara.

3. Rashid bukanlah tukang urut peribadi Anwar, tetapi Rashid dikatakan mempunyai tugas-tugas penting yang disuruh oleh Anwar. Sebab itulah kebanyakan keluarga Anwar dengarnya “PANAS PUNGGUNG” dengan Rashid.

4. Apa tugas-tugas penting tersebut? Pak SH memang terkejut apabila mendengar Rashid sebenarnya antara pemegang rahsia Anwar kedua terbesar selepas Azmin Ali. Tidak hairanlah sewaktu Saiful membuat laporan polis, Rashid juga dikurung bersama-sama Rahimi. Kalau Rashid buka mulut, maka boleh dikatakan hampir tamatlah riwayat karier politik Anwar.

5. Rashid dikatakan selalu dipergunakan oleh Anwar, bila perlu Anwar akan memanggil Rashid dan jika tidak perlu Rashid akan dibiarkan dipijak-pijak oleh keluarga Anwar dan Staff-staff Anwar. Dengar-dengarnya, selepas Rahimi pula membuat laporan polis, Anwar mula mengagau menyuruh semua orang mencari Rashid namun Rashid gagal dikesan.

6. Disebabkan status Rashid sebagai bekas banduan, maka dia telah dipandang hina oleh juak-juak PKR. Beginilah kotornya juak-juak PKR ini, sedangkan mereka tidak sedar bahawa Anwar bekas banduan juga, lebih teruk lagi kesalahannya daripada Rashid sendiri.

Bagi Pak SH, Rashid walaupun bekas banduan tetapi Pak SH percaya terdapat di dalam hati Rashid (atau mana2 bekas banduan) untuk berubah. Cuma antara kita mahu memberi peluang dan membimbing mereka ataupun tidak.

Kesimpulan yang boleh Pak SH dapat di sini, kalau PKR ni memerintah maka habislah semua bekas banduan tidak boleh hidup dan terus dipinggirkan.

7. Adakah tindakan Rashid menyepikan diri kerana sudah mual dengan permainan busuk politik Anwar? Bosan dipijak-pijak oleh keluarga Anwar? Wallahuaklam.

8. Mungkinkah Rashid sudah bertaubat dan tidak mahu lagi bersetongkol dengan Anwar?

9. Dari sumber dalaman Pak SH juga, Rashid bukanlah seorang jambu. Tetapi dia ini orangnya sangat lurus dan setia pada Anwar. Jadinya, kesimpulan yang Pak SH boleh buat di sini, Anwar memang memerlukan orang seperti Rashid untuk dijadikan ‘broker’. Tambahan lagi status Rashid itu, Anwar menggunakannya untuk memegang Rashid.

10. Pak SH sangat berharap, Rashid dapat mencari jalan yang benar dan mengikut jejak langkah rakan-rakannya sendiri untuk tampil menceritakan kebenaran.

Advertisements
This entry was posted in Siapa Rashid ? and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s