Harapan


Oleh rmf

Penulisan kali ini agak berbeza dari sebelumnya, kali ini saya menulis mengikut kata hati kecil ini- apa yang terkeluar dari benak hati itu lah yang di lakarkan disini.

Hari ini kita memandang jauh kehadapan, hari ini juga kita melangkah  maju , mara tanpa memperdulikan apa yang kita tinggalkan, biarkan semua itu menjadi isi dalam lipatan sejarah. Dato Seri Najib  telah mula mengatur  barisan untuk membentengkan perjuangan yang diwarisi sedekad yang lalu.

Tanpa menoleh, tanpa prejudis dia membenamkan nekad untuk bersama rakyat , bersama memahami hati budi rakyat, memahami penat jerih rakyat, memahami segalanya untuk rakyat, Namun ada  suara sumbang yang menikam dari belakang, orang orang harapannya menikam, orang orang harapannya menjadi gunting dalam lipatan, semua ini di tangani dengan gaya seorang melayu, Mendahulukan bicara sopan agar tidak semua  terguris perasaan.

Masa tetap berlalu hari demi hari, gunting dalam lipatan menjadi kudis yang membuakkan nanah nanah hanyir didalam parti. Jika tidak dibunag dan diubati kudis ini, nanah nanah ini akan merebak kedalam anggota tubuh yang lain dan merosakkan perjalanan darah.

Dato seri Najib mesti memotong anggota yang berkudis ini agar ianta tidak menjadi cabok yang tidak boleh diubati lagi, Potong!! Potong!! Potong!! jangan biarkan ianya merebak. Pemulihan anggota badan seharus dilakukan dengan cepat.

Kini  rakyat telah menghakimi  pemimpin ini, mereka melihat gerak laku , rentak tari yang dimainkan oleh pemimpin yang mana dahulu bersuara lantang  melaungkan  perjuangan dan pembelaan terhadap mereka. Seperti kata perpatah “Habis Manis Sepah dibuang” ini lah nasib yang dialami oleh rakyat setelah secalit undi diberikan kepada mereka.

Jelas terpacar diwajah wajah terpinggir yang sekian lama mengharapkan simpati dari kekangan kehidupan yang semakin hari mencengkam  naluri. Pemimpin ini tetap dengan gaya sombong tidak lagi menoleh  kebawah, kuasa yang telah diberikan tidak dipertanggungjawabkan, tidak dapat dinikmati oleh rakyat- Balaci  tersenyum lebar -poket kian membusung kekenyangan-

Ada diantara mereka melarikan diri daripada rakyat, kesibukan projek  kekayaan diri mula menular didalam jiwa, rakyat ditinggalkan sepi.

Juara Rakyat dislogankan oleh pemimpin tertinggi , rakyat dikatakan diutamakan, berjayakah misi hebat ini, jika masih ada ruang untuk pemimpin yang dinyatakan diatas?

Kepada Dato seri Najib, bertindfaklah sebelum slogan menjadi petaka terhadap parti, bunagkan nanah-nanah  ini- Buangkan!!! buangkan!!!Ini adalah permintaan rakyat-

Perjuangan kita masih belum selesai, pengkianatan dilakukan oleh bangsa kita, bangsa yang berpakaian baju melayu, bangsa yang dahulunya lembut dan berhemah , kini segolongan bangsa ini telah dirasuk oleh perasaan yang dibawa oleh seorang Melayu yang membawa ideologi yang agak songsang dengan budaya ketimuran kerana untuk segengam kuasa. Bangsa melayu di musnahkan dengan perkataan dan perbuatannya. Siapakah mereka ini yang sebenarnya.

Barat tersenyum lebar, jawatan dan  pujian melambung  diberikan, keangkuhannya dapat dilihat, agama di sisihkan demi perjuangan, barat diagungkan  bangsa di pecahkan.Apakah tiada sedikit ruang bagi mereka untuk memikirkan nasib anak , cucu, cicit akan datang jika semua perjuangan tersebut  membinasakan negara.

Perjuangan belum selesai lagi, ayuh bangsaku yang masih belum lena dengan pujian , kita bangun bersama, kita rapatkan barisan, kita hunuskan kata perjuangan. Untuk siapa?

Semua ini adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Ayuh Dato seri Najib, marilah kita bersama menyingkirkan petualang yang telah lama berakar didalam bangsa kita , didalam barisan kita, didalam saf kita untuk kepentingan rakyat yang  menjadi hakim kepada setiap perjuangan kita.

This entry was posted in Harapan and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s