Penjelasan Isu Ketuanan Melayu


Oleh rmf

Isu Ketuanan Melayu sering kali disalahertikan oleh banyak pihak sehingga ianya menimbulkan pelbagai pandangan dan reaksi yang berbeza-sebagai contoh yang paling nyata sekali ialah di dalam Majlis Forum bertajuk ‘Mitos Ketuanan Melayu’ anjuran Refsa (Research for Social Advancement) di ibunegara semalam.

Tiga lagi ahli panel ialah Noraini Othman’ (UKM/Sister in Islam); pakar sejarah Malaysia, Clive Kessler dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Richard Yeoh.( link) 

Kebanyakan daripada penalis tidak menceritakan apakah Ketuanan Melayu tersebut, mereka hanya membahskan atau menghujahkan  soal tinggal bersama, kerja bersama tanpa merujuk kepada kejadian untuk tinggal bersama dan menekankan soal kaum minoriti dan konsep kepentingan Ketuanan Melayu didalam politik.

Apabila disebut ketuanan Melayu, maka disni kita melihat bahawa ianya dimaksudkan ialah Institusi Raja Raja Melayu-

Bagaimana ianya jadi begitu?

Sejak dari zaman berzaman abad berabad lagi Sultan merupakan tuan kepada Bangsa Melayu- Jesteru itu apabila sesaorang individu mengadap Sultan atau Raja Raja Melayu perkataan yang disembah pada awal bicaranya ialah Tuan Ku, kerana Tuanku adalah tuan kepada kita. Dan apabila disebut Ketuanan Melayu dengan tidak secara langsung dan secara tersiratnya bahawa  bukan bangsa Melayu itu tuan kepada bukan melayu akan tetapi ianya melambangkan kepada Institusi Raja -Raja Melayu.

Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.

Persoalan siapa hamba dan siapa tuan adalah disebutkan sebagai rakyat dengan Rajanya, bukan disebut diantara orang Melayu dan bangsa lain. Ini merupakan salah satu sebab dan musababnya kenapa sejak dahulu lagi Institusi Raja Raja Melayu amat dijaga oleh orang orang Melayu sehinggakan dikatakan Melayu tidak boleh derhaka kepada Sultan atau Raja.

Begitu juga dengan bangsa lain, mereka juga sama apabila mengadap Sultan dan Raja Raja Melayu apakah berbeza protokol mengadap? tentu sekali tidak.Ini jelas menunjukkan bahawa Melayu bukan la tuan kepada bangsa lain tetapi saya ulangi semula bahawa Institusi Raja Raja Melayu itu sendiri adalah tuan kepada rakyatnya.

Kini, dengan sikap angkuh dan kiasu pemimpin berkenaan, beranilah pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi?

Jadi, apakah yang harus dilakukan kini sementelah sikap kiasu pemimpin sebegini sudah mula berani ditonjolkan secara luarannya hingga sanggup memperikaikan ketuanan Melayu kita?

Dari satu sudut lain pula ketuanan Melayu ini adalah daripada  pemberian daripada Institusi Raja Raja Melayu kepada Bangsa Melayu  untuk memperkukuhkan lagi kedudukan orang orang Melayu.

Wasiat Raja Raja Melayu yang telah dimaktubkan pada 31 Ogos 1957.

Wasiat tersebut mempunyai tujuh (7) perkara seperti berikut:-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Wasiat diatas ini telah menunjukkan siapakah tuan dan siapakah hamba. Lihat pada pasal 4 dan 7 – Raja yang memerintah dan kedudukan orang Melayu dan bangsa lain. Cuma kelebihannya  untuk orang Melayu ialah hak hak keistimewaan tersebut .tetapi didalam mengejar kekayaan negara ini adalah sama setelah ditolak 50% tersebut untuk orang orang Melayu.

Kenapa perkara ini tidak diterangkan secara jelas? kenapa diputarbelitkan sehingga ianya kusut masai.

Ini telah diperkuatkan lagi dan telah pun termaktub didalam perlembagaan Malaysia bahawa kesemua diatas yang melibatkan Raja -raja., Agama, Bahasa  untuk di terima oleh semua bangsa didalam negara ini.

Walau bagaimana pun konsep siapa tuan dan hamba sepatutnya tidak wujud-semua ini adalah polimik politik untuk meraih sokongan.

Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu.

Contoh yang paling nyata, Jika dikatakan Ketuanan Melayu adalah sistem tuan dan hamba diantara orang Melayu dan bangsa lain – kita lihat pula apa yang berlaku di Singapura.

Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura? Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya. Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura, mereka akan dibuang jauh-jauh. Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.

Daripada segi konotasipun, wujud perbezaan nyata antara sikap kiasu dengan slogan ketuanan Melayu. Jika sikap kiasu itu berkonotasikan negatif – takut kalah; ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu.

Dan yang turut membezakan juga ialah, sikap kiasu diamalkan secara diam-diam sedangkan slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung-laungkan dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri!

Ini tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak-hak keistimewaan orang Melayu sepertimana termakstub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

Kini, dengan sikap angkuh dan kiasu pemimpin berkenaan, beranilah pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi?

Jadi, apakah yang harus dilakukan kini sementelah sikap kiasu pemimpin sebegini sudah mula berani ditonjolkan secara luarannya hingga sanggup memperikaikan ketuanan Melayu kita?

Kita tidak mahulah menyebut kepada mereka supaya bersedia untuk diasimilasikan ke dalam budaya Melayu kita – perkara yang nampaknya menjadi pantang sangat kepada sesetengah pemimpin mereka. Lihat sahaja kedudukan Cina di Thailand dan  Indonesia.

Sekadar yang hendak dikatakan ialah, kurangkanlah darjah sikap kiasu itu sementelah pula kiasupun hanyalah istilah yang digembar-gemburkan serta diamalkan di negara ini dan Singapura, tidak pula kedengaran di lain-lain tempat di dunia

 

Advertisements
This entry was posted in Penjelasan Isu Ketuanan Melayu and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Penjelasan Isu Ketuanan Melayu

  1. Dr.Sid says:

    perjuangan sama-rata anwar telah sedikit sebanyak menyumbang kepada keberanian puak-puak ini untuk menentang kekebalan melayu sebab ada org melayu sendiri yang back up mereka. apa nak takut.

  2. Bawal says:

    kalau orang melayu sendiri yang mula pandai mengkritik isu ini, takkan ada bukan melayu akan berkata-kata. itu lah padah yang anwar bawa ke melayu itu sendiri.

  3. Antu Seruan Nusantara says:

    Saudara-saudara ku!

    Marilah kita jadikan ini sebagai bibit bibit penyatuan semula orang orang Melayu.

    Saudara-saudara kita yang tidak berparti, atau berparti bebas, yang dalam UMNO, yang dalam PAS dan yang dalam PKR.. di mana jua.. marilah kita bersama-sama membimbing saudara-saudara Melayu yang terkeliru sehingga telah menjadi ahli DAP, saudara-saudara kita yang telah termakan pujuk rayu tipu helah Malaysian Malaysia, yang berselindung di sebalik meritokrasi dan berbagai helah itu..

    Ingatlah, secara politiknya kita hanya ada UMNO dan PAS yang tidak bertegur sapa..

    Secara politiknya puak-puak pelampau mereka sudah diam-diam bekerjasama. Mereka ada DAP, Gerakan, MCA, Gabungan 7 persatuan yang amat kiasu..

    BANGKITLAH MELAYU.. bersama-sama keturunan cina, india dan lain-lain yang cintakan negara ini.. Bangkitlah.. kita lenyapkan golongan ultra kiasu yang sedang merancang untuk menerajui negara ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s