Dulu dah cakap dahhh….


Oleh rmf

Itulah ungkapan yang sebaiknya merujuk kepada ucapan Tim. Presiden didalam perhimpunan  Umno Nyahkan Kaki Rasuah, Batu Api, Talam Dua Muka, Musuh Dalam Selimut, Pengampu, Dan Tukang Kipas   didalam UMNO.

Perkara ini telah lama saya tuliskan didalam blog ini, akan tetapi ianya mendapat cemuhan daripada sebilangan  ahli umno yang menyatakan bahawa saya membuat andaian yang akan memecahkan keyakinan didalam umno.

Tidakkah mereka tahu bahawa UMNO dan ikatan dengan akar umbi sememangnya telah berubah kerana tidak puas hati mengenai perilaku sebahagian daripada ahli UMNO yang menduduki jawatan untuk tujuan tertentu, bukan untuk berjuang untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO itu sendiri,

Ini telah lama berlaku, sebagai rakyat marhain mereka hanya mampu memerhatikan sahaja dan akan menjatuhkan hukuman pada Pilihanraya.

Hari ini Tim. Presiden mahukan semua perosak ini di musnahkan sama sekali didalam UMNO, dibuang terus dari dalam UMNO,  dan mahu menjadikan UMNO satu pertubuhan yang yang mantap, progresif dan berwibawa.

Beliau juga mahukan pembaharuan ini supaya warga UMNO mampu mengamalkan empat rukun perjuangan yang beliau cadangkan, iaitu Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf).

Dan kategori ini juga termasuk sebagai abalaci, hantu raya, kuda, lembu kalu mengikut tafsiaran saya. Semua mereka ini bertujuan untuk kepentingan diri dan bukan bertegas untuk menjalankan agenda perjuangan parti.

Semua mereka ini MESTI disingkirkan tanpa syarat, walau apa juga jawatan yang disandang oleh mereka.

This entry was posted in Dulu dah cakap dah... and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s