Jika sayangkan UMNO… lakukan lah…


Oleh rmf

Sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan apa juga kesilapan untu7k mewarnakan kehidupan, kesilapan yang dilakukan itu merupakan  pelajaran yang penting untuk kita terus mengharungi arus perjalanan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar .

Kekangan ini mengwujutkan satu fenomena yang tidak seimbang dikalangan masyarakat yang memenuhi ruang ruang kehidupan tersebut. Didalam sudut  politik yang menguasai tampok  pemerintahan yang dikuasai oleh UMNO dan BN sebagai pemerintah juga mengalami situasi yang sama.

Ketidakstabilan politik juga telah menjurus kepada beberapa perkara yang  menjadi duri dalam daging bagi pemenrintah memikirkan corak atau kaedah yang paling baik untuk mengatasinya.

Bagi UMNO/BN dimasa ini sedang berusaha untuk membetulkan perkara  yang telah menjadi bahan lawak dan perbnalan diserata ruang.Apakah UMNO/BN mampu melakukannya , jika  semua kaedah yang digunakan semakin hari semakin mengumpulkan nanah nanah disebalik kudia yang terbina.

Pergolakan didalam sudut perilaku, kepimpinan, imej semakin hari tidak dapat disembunyikan lagi. Semakin hari terserlah nyata dimata rakyat. Rakyat kini mula membuat penilaian terhadap  semua kerakusan kepimpinan UMNO/BN. Masa berlalu UMNO/BN masih tengelam punca bagaimana untuk mencari ubat yang paling mujarab untuk mengubati kudia yang akan merebah menjadi barah dan akan melumpuhkan institusi UMNO/BN itu sendiri, walaupun masih ada rakyat yang menaruh harapan kepada UMNO/BN atas dasar simpati dan sayang kepada organisasi ini.

UMNO merupakan tulang belakang kepada gabungan kepada komponen yang lain kini mengalami pelbagai masalah dalaman. Ini termasuk krisis yang berlaku didalam MCA, MIC dan Gerakan. Akibat daripada itu,UMNO/BN kini ditekan didalam pelbagai sudut dan mencabar kredebilitinya sebagai tunggak pemerintahan.

Sebagaimana lumrah,maka wujudlah golongan golongan yang mencabar kredibiliti pemerintah, tukang tukang ampu, dan golongan yang mencari peluang diatas kelemahan. yang telah dilihat sebagai peluang untuk meraih laba daripada nya.

Didalam posting yang lalu dan  telah dikeluarkan  didalam blog ini, telah mengingatkan betapa lemahnya UMNO/BN kini, pelbagai saranan telah diajukan agar tindakan tindakan drastik seharusnya diambil oleh pihak kerajaan demi menyelamatkan keadaan.

Buat masa ini kajian atau mengkaji situasi tidak perlu digunakan lagi, ini adalah kerana isu isu ini telah lama diutarakan oleh pihak rakyat tetapi dinafikan oleh mereka yang ingin mengekalkan kuasa .Diantara perkara-perkara yang acapkali dibangkitkan ialah kelemahan sistem yang dijalankan diperingkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Kelemahan ini merangkumi bagaimana struktur ini menjalankan dasar dasar yang telah ditetapkan oleh parti.

Gejala-gejala yang dilakukan bukan untuk memperkukuhkan parti akan tetapi agenda peribadi yang melangkaui batasan tanpa memperdulikan perjuangan parti. UMNO/BN perlu bertegas untuk bertindak, tegas didalam  membuat keputusan, Balaci didalam UMNO mesti dihapuskan, Duri dalam daging mesti dimusnahkan, api dalam sekam mesti dipadankan dengan segera.

Kesemua masalah yang dilihat menggangu gugat UMNO/BN hendaklah di terima dengan hati yang terbuka. Tiada lagi istilah untuk menjaga hati, istilah menyimpan masalah didalam kendi dan ditutup rapat, istilah orang lama dan banyak berjasa semua ini lah yang telah merosakkan UMNO/BN itu sendiri dan menjadikan ianya terlalu lemah untuk mengambil tindakan. Adalah salah jika melakukan jalan peyelesaian masalah ini melalui tindakan selektif.

BN sebagai tampok pemerintahan seharusnya melakukan berberapa langkah drastik untuk memulihkan kredibiliti sebagai pemimpin didalam komponennya/ Komponen-komponen yang berada dibawah naungannya mesti melalui beberapa prosedur atau kajian disemua peringkat.

Kajina yang meyelurtuh dan melibatkan secara langsung pandangan akar umbi yang selama ini terpinggir didalam menyuarakan pandangan. Lakukanlah satu tindakan yang membolehkan semua kajian ini diperincikan dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan keatas yang melalkukan kesalahan. Langkah ini perlu untuk terus menerajui tampok kepimpinan dengan satu aliran dan satu matlamat.

Selepas era pemerintahan Pak Lah, kini Najib memikul banyak masalah yang ditinggalkan, masalah ini termasuklah didalam pelbagai bentuk, Rasuah ialah satu masalaha yang mana sejak dahulu lagi telah menjadi bebanan kepada pemerintah. SPRM telah ditubuhkan untuk menjalankan tanggungjawab ini, akan tetapi kelancaran tugas mereka telah di kuasai oleh pihak pihak yang berada didalam politik. Persoalannya bagaimana SPRM hendak menjalankan tugasan jika ada kekangan daripada politik?

SPRM seharusnya diberikan kuasa sepenuhnya untuk menjalankan tugas tanpa ada campur tangan politik. Kita lihat sahaja kes kes rasuah yang melibatkan ahli politik UMNO/BN. Spatutnya SPRM dibenarakan untuk menjalankan tugas  mereka kepada sesiapa juga tanpa mengira apa darjat, pangkat. Hukuman yang tegas dan berat seharus dikenakan tanpa sebarang kompromi.

Sejak dahulu lagi untuk menunjukkan tindakan kepada pengrasuah, pada kebiasaannya golongan biasa atau rakyat biasa yang selalunya menjadi mangsa. Pada kali ini tida lagi golongan biasa malahan semua peringkat akan dikenakan hukuman untuk membersihkan imej parti dan untuk mendapat subuiah parti yang dipercayai oleh akar umbi.

Jerung-jerung rasuah perlu dikenakan tindakan, jangan hanya ikan bilis sahaja yang menjadi mangsa, sedangkan jerung ini akan melahap habuan yang lebih besar lagi jika tindakan tidak diambil ketas mereka.

Era Najib satu Malaysia, benar-benar mendahulukan rakyat, periuk nasi rakyat dan perut rakyat mestilah didahulukan. Ini kerana dalam situasi kemelesetan ekonomi mutakhir, majoriti rakyat memang amat menitikbeatkan soal-soal periok nasi dan perut! jika perut kosong apakah……

Dan akhir sekali, setiap tindakan seharusnya disokong oleh Perlembagaan Malaysia untuk melindungi rakyat agar mereka lebih terbela didalam tanah air mereka sendiri.

This entry was posted in Jika Sayangkan UMNO...Lakukanlah and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s