Hak Keistimewaan Orang Melayu

Oleh rmf

November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh  Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula  masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara yang dianggap amat sensitif didalam  negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan rasa  tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan  menggugat  kedudukan orang Melayu dan akan  mencetuskan perbalahan kaum.

Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu kenyataan menyatakan bahawa  kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak hak  keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk  bantuan bantuan, subsidi dan sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.

Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan oarang Melayu dipertahankan  sebagai intiti utama pembangunan negara dan didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera.

Bagaimana pun  pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna  rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara  kelas kedua dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata  keran tidak semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada dibawah garis kemiskinan.

Permintaan dan tuntutan  supaya hak  keistimewaan orang Melayu dihapuskan mungkin disebabkan wujudnya anggapan  di kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah bantuan yang dihulurkan  dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan  yang membolehkan mereka  memberikan sumbangan kearah pembanguan  serta memakmurkan ekonomi negara.

Salah satu tuntutan 17 perkara  yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu)  yang mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera duhapuskan didalam segala bidang  samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina pada pertengan tahun 1980an.

Malaysia merupakan  salah satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana perbezaan identiti ,pengenalan kaum dan kerencaman budaya tidak menjadi penghalang kepada rakyatnya untuk bersifat pluralistik hidup didalam keadaan yang amat damai dan setiap orang boleh bekerja dan menjalani kehidupan tanpa menghadapi sebarang gangguan dari mana mana pihak.

Jadi persoalan bumiputera atau bukan bumiputera   harus dihapuskan tidak timbul lagi. perkaran yang penting lagi ialah setiap pihak harus berpegang kepada perjanjian dan semangat setia kawan yang telah tersedia termaktub didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan penduduk peribumi yang lain sebagai golongan bumiputera perlu diakui.

Hak golongan bukan bumiputera dijamin dan dipelihara oleh perlembagaan. Sebarang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan  tidak sepatutnya bercanggah  dengan peruntukkan  yang terkandung didalam perlembagaan.

Oleh sebab itu, tiadak ada sebab kenapa perkara ini perlu dijadikan isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Jadi isu hak keistimewaan  orang Melayu ini tidak harus dipolitikkan ataupun dijadikan sebagi isu politik oleh mana mana pihak.Persoalan yang penting ialah mengwujudkan persefahaman dan sikap saling  hormat menghormati diantara satu dengan yang lain dengan memastikan hak setiap pihak dipelihara dan perhatian yang sewajarnya.

Barangkali itu lah seharusnya dilakukan oleh semua pihak yang bertelagah dengan pihak tertentu dan membiarkan diri mereka hilang rasional keranadikuasai oleh emosi.

 

About these ads