Krisis Kewangan-Mampukah Najib


Oleh rmf

Selama tampok pemerintahan, kementerian kewangan diungguli oleh Abdullah dan beberapa ahli yang dikatakan ahli untuk mengembeling tenaga didalam memperluaskan dan menaikkan nilai pasaran dan infrastruktur tanpa menjejaskan ekonomi negara dan tidak akan memberikan  kesan yang amat ketara pada rakyat. Tugas ini amat berat didalam pengighan  sumber untuk mencapai matlamat tersebut. ( rmf)

Selama itu juga lah kita dapat melihat pengaliran  yang amat deras seumpama air terjun Nigiara sehingga menampakkan kabus didalam ekonomi Malaysia. Pengaliran yang tiada batasan. Rakyat sedar  tentang  akibat daripada ini, tetapi suara telah di keluarkan, tetapi di herdik disergah kerana mencampuri urusan negara.Ketua Bahagian, Negeri  semuanya “Saya Sokong”

Semua orang tahu ekonomi dan kewangan bukan lah ” Forte” atau kepakaran Abdullah.( a.Kadir Jasin)

Jadi sangat eloklah pada ketika ekonomi negara dan dunia diancam krisis ini jawatan Menteri Kewangan dipindahkan kepada seorang yang lebih tahu (A.kadir Jasin)  dan lebih arif didalam bidang tersebut walaupun tahap nya amat kritikal.

Pertukaran kementerian ini banyak menimbulkan tanda tanya apabila  Abdullah  menerajui kementerian Pertahanan dan Najib ke Kementerian Kewanagn, Persoalannya disini apakah ada  agenda tersembunyi untuk menyelamat kan diri apabila didalam keadaan dan selepas Panglima Turus Angkatan Tentera mengeluarkan kenyatan? (semasa dibawah Kementerian Najib) walau apa  pun agendanya , kita lupakan sementara dan kita tumpukan kembali kepada pemulihan ekonomi  dibawah kepimpinan baru dan bagaimana untuk mengolah semula agar semua akan berjalan mengikut apa yang di rancangkan mengikut dasar negara bukan kerana populariti.Di Amerika, krisis perbankan dan kewangan semakin meruncing dan memaksa Bank Pusat (Federal Reserve) memberi pinjaman AS$85 bilion (kira-kira RM292.4 bilion) kepada kumpulan insurans AIG bagi menyelamatkannya daripada muflis. (A.kadir Jasin)

Dengan keadaan yang ada sekarang elok la kita menumpukan bagaimana untuk memulihkan semula keadaan ekonomi yang semakin kritikal dengan cara yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu  iaitu dengan  mengumpulkan semula kepakaran  dan bersama mencari jalan keluar daripada kemelut yang kita hadapai sekarang.

Melalui pengalaman yang sedia ada sejak tahun 1976 , Mohd Najib mempunyai cukup atau lebih daripada cukup pengalaman dan pengetahuan untuk menguruskan ekonomi dan kewangan negara. Sekiranya  Najib gagal atau tidak mampu untuk menguruskan  kewangan negara yang agak mencemaskan sekarang – kita tidak dapat bayangkan apakah akan terjadi pada negara kita Malaysia.Perlu diingatkan sekarang bahawa krisis yang dihadapi oleh negara  masa kini amat serius daripada krisis yang kita hadapi pada tahun 1997/1998  kerana melibatkan Amerika  dan telah pun merebak keseluruh dunia.

Di Amerika sahaja, kerajaan dan agensinya dianggarkan telah membelanjakan AS$600 bilion (kira-kira MR2,100 bilion) untuk menyelamatkan pelbagai institusi kewangan dan tabung pinjaman daripada menjadi muflis.

Berpuluh-puluh bank di Amerika sama ada sudah muflis atau hidup semata-mata kerana “bailout”. Tetapi apabila kita menyelamatkan bank dan perniagaan kita pada tahun 1997/98 kita diherdik oleh Barat dan IMF.

Malah Menteri Kewangan kita ketika itu, Anwar Ibrahim, termakan propaganda IMF dan Wall Street. Tetapi Dr Mahathir dia gung-ho, dia buat apa yang dia fikir baik untuk negara dan rakyat jelata.

Adakah mampu Mohd Najib mengulangi rekod menyelamatkan ekonomi negara yang dicatatkan oleh Dr Mahathir itu?

Bagi saya, bukan mampu atau tidak mampu tetapi wajib kerana krisis sekarang lebih luas dan dalam daripada krisis 1997/98.

Tetapi Mohd Najib dan Nor Mohamed berdua sahaja mungkin tidak mampu menangani masalah yang bertimbun dan bertindih ini.

Indeks komposit Bursa Malaysia telah jatuh di bawah paras 1,000 mata. Semua penggiat pasaran dan pengurus saham amanah (unit trust) tahu bahawa kerugian akan mula dirasai sebaik sahaja angka tunjuk bursa jatuh di bawah paras 1,000 mata. (A.Kadir Jasin)

Ini belum diambil kira masalah yang sedia ada seperti naik-turun harga komoditi, kenaikan harga petrol, inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Kini dikhuatiri pula bahawa ekonomi dunia mungkin mengalami “stagflasi” iaitu pertumbuhan ekonomi merosot tetapi inflasi meningkat. (A.Kadir Jasin)

Saya yakin Mohd Najib masih ingat bahawa ketika krisis 1997/98 melanda, Dr Mahathir memanggil balik Tun Daim Zainuddin, melantik Nor Mohamed dan Ali Abul Hassan sebagai penasihat, membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC), meningkatkan pelaburan awam, memperkenalkan kawalan terhad tukaran mata wang dan banyak lagi. (A.Kadir Jasin)

Sumber : A kadir Jasin

This entry was posted in Mampukah Najib and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Krisis Kewangan-Mampukah Najib

  1. Pingback: sabahdaily » Krisis Kewangan-Mampukah Najib

  2. isa says:

    UJIAN DRASTIK PADA DATO SERI NAJIB

    Sejarah 97/98 telah mengajar dan munkin dapat memberi panduan pada DSN untuk membentuk satu mekanisme untuk berhadapan dengan krisis ekonomi 2008 namun percaturan yang bijak adalah datang dari pemimpin yang bijak . Kita tidak seharusnya memperjudikan nasib dengan mencuba sesuatu mekanisme .satu langkah yang tepat dan wajar sepatutnya datang dari seseorang yang pakar dalam ekonomi. Dan rasany DSN akan mengmbil langkah yang sewajarnya bagi mengharungi situasi tersebut .

    Cuma berharap tindakan yang bakal di ambil oleh DSN akan tepat dan tidak berisiko yang boleh menbahayakan lagi ekonomi Malaysia . Penurunan sepuluh sen harga minyak tidak begitu membantu ekomoni kerana harga minyak yang sebegitu tinggi tidak akan membantu pergerakan ekonomi amnya . Penurunan harga minyak mungkin akan menambah bebanan subsidi kerajaan tetapi pulangan dari penambahan putaran ekonomi akan menghasilkan pulangan hasil yang ledih banyak dari jumlah subsidi yang kerajaan keluarkan .

    Mungkin apa yang di perkatakan sukar di percayai namun jika di ambil kira dan di kaji ada asasnya . Penurunan harga minyak akan menurunkan inflasi dan juga akan dapat menstabilkan harga barangan . Dalam masa yang panjang kerajaan juga yang untung kerana pulangan dari pengeluaran yang bertambah akan memberi subangan cukai yang maksima . Dalam masa singkat kerajaan mungkin terpaksa menanggung kos peningkatan subsidi namun rakyat akan berusaha lebih keras menyokong kerajaan yang ada . Dan dalam jangka panjang keyakinan pelabur luar akan meningkat dan seterusnya mengembalikan keyakinan pada kerajaan .

    Mungkin kata- kata DSAI ada asasnya dalam debat yang di siarkan dalan NTV7 , jika kerajaaan bertindak sebagai kerajaan yang prihatin pada rakyat nescaya kerajaan sanggup melakukan sesuatu yang mungkin tidak begitu popular namun dalam masa yang sama kebajikan rakyat akan terbela .

    Ruang yang ada seharusnya di gunakan oleh DSN untuk memperbetulkan keadaan dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia dan juga keyakinan pelabur luar . Kekuatan ekonomi Malaysia adalah senjata yang kuat bagi kerajaan untuk menangkis segala tohmahan pembangkang . Pembangkang sentiasa berusa memcari ruang untuk menyerang dan jika kerajaan yang ada sekarang bijak nescaya tiada siapa yang akan termakan dakwaan pembangkan .

    Pentakbiran ekonomi Malaysia kini ada di tangan DSN jika silap langkah padah Malayasia . Jika Tun Abdul Razak mampu melakukan pembaharuan ekonomi dahulu tidak mustahil DSN juga dapat melakukan yang lebih baik dari itu.

  3. Aku rasa Najib masih belum dan tidak mampu nak memberi apa-apa kesan terhadap kesan ekonomi yang berlaku sekarang ini. Pak Lah pon tidak menunjukkan sebarang kesan yg positif terhadap keadaan ekonomi kita. Adakah kita akan kembali pada tahun 1997.. dimana semua nyer terduduk????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s