Najib Perlu Tegas: Isu kepimpinan


Oleh rmf

najib-razak_5

Dewasa ini isu kepimpinan tertinggi telah mencapai satu tahap dimana telah melondehkan pelbagai kelemahan kepimpinan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Perdana Menteri. Penglibatan akar umbi  membuat penilaian telah pun ditunjukkan melalui pilihanyara 12  baru baru ini.

Akibat daripada itu desakan demi desakan telah  dibuat agar Perdana Menteri  melepaskan jawatan demi untuk menyelamatkan UMNO dan kepercayaan ahli terhadap parti. Bukan menyelamatkan pemimpin yang lemah dan meruntuhkan parti.

Sikap “Safe Play” yang diamalkan oleh Timbalam Perdana menteri sudah tidak sesuai lagi didalam situasi ini, sepatutnya TPM  bertindak lebih tegas, drastik untuk menyelamatkan UMNo dari terus dipinggirkan oleh  Ahlinya sendiri akibat daripada tidak percaya  terhadap kepimpinan.

Sokongan dari bawahan sedang menanti  tindakan daripada TPM  yang mana bukan tradisi  tetapi diberikan mandat untuk mengubah  keadaan yang  semakin hari semakin meruncing. Kebanyakan ahli sedang putus harapan  terhadap Perdana menteri  untuk beliau menerajui negara ini.

Semenjak kepimpinan beliau  agenda melayu kebanyakan nya telah diketepikan demi untuk menghidupkan  banyak perkara yang membelakangi agenda dan prinsip parti.

Timbalan Perdana Menteri diharapkan akan memberikan petunjuk halatuju negara  yang bakal dirintis, tanpa sokongan dan petunjuk ahli akan terus keliru, malah terus kabur disamping diasak oleh pihak pembangkang  untuk merealisasikan kepentingan mereka dan dikala ini UMNO akan terus hilang taring dan diranapkan sama sekali dengan isu isu yang tidak boleh ditangkis daripada pihak pembangkang.

Tekanan seharusnya diberikan kepan Perdana Menteri dengan lebih kuat lagi, jika beliau amsih lagi menyatakan beliau adalah mandat daripada rakyat, Maka satu jalan keluar yang dikatakan kurang ajar didalam budaya melayu ialah menjatuhkannya di PAU yang akan berlangsung  pada bulan disember nanti. Ini sahaja jalan  bagi kita termasuk TPM  untuk menyelamatkan UMNO daripada terus diranapkan  sama sekali.

Kepada MT yang hanya menjaga  periuk nasi, dan mengharapkan  anugerah, pangkat lebih baik bertindak sekarang sebelum masa untuk menendang semua  mereka itu keluar dengan cara yang amat  memalukan.

Akar umbi tidak mahukan perubahan dasar, polisi parti tetapi apa yang mereka mahukan ialah perubahan pucuk pimpinan dan ianya merupakan penawar yang terbaik untuk  mengubati UMNO. Akar umbi mahukan kepimpinan yang mahu mendegar rintihan mereka sewaktu mereka sedang tenat untuk meneruskan hidup.

Kita harus ingat, didalam perjuangan kekalahan adalah perkara biasa yang seharusnya diterima tetapi kekalahn UMNO/BN didalam pilihanraya 12  tahun ini merupakan satu perkara luar biasa, keran kekalahan tersebut telah menunjukkan isyarat yang amat jelas daripada akar umbi terhadap isu kepimpinan. Sikap keegoan, kealpaan, keangkuhan dan kegagalan pemimpin UMNO telah diterjemahkan melalui peti undi sebagaimana  dicabar oleh Perdana menteri .

Pemimpin UMNO hari ini, tidak kira di peringkat negeri, Bahagian mahu pun cawangan perlu membuka ruang yang seluas-luasnya kepada akar umbi untuk memilih pemimpin yang boleh  menjadikan UMNO  kembali keramat. Demokrasi didalam  UMNO perlu dihidupkan kembali kerana ianya telah MATI terlalu lama.

Ke mana pula hala tuju Pemuda UMNO.

Ke mana arah Pemuda akan dibawa oleh kepimpinan akan datang? Apakah Pemuda akan kembali ke era radikal seperti di zaman datuk Harun Idris atau Jaafar Albar, atau Pemuda di zaman Suhaimi Kamaruddin yang dikatakan agak kurang bermaya atau Ketua Pemuda akan datang akan membawa pemuda ke zaman yang lebih pragmatik ketika diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan di zaman Datuk Harun Idris

Ataupun Pemuda akan berperanan sebagai golongan pendesak?

Tun Dr Ismail pernah mengingatkan pimpinan Pemuda ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda 1972, yang mengingatkan pemimpin Pemuda supaya tidak menjadikan Pemuda sebagai pressure group secara terbuka kerana ia boleh dieksplostasi oleh parti-parti pembangkang.

Mustahak kita membezakan soal-soal prinsip dari soal-soal detail. Soal-soal detail tidak harus diperbahaskan di khalayak ramai dan cara-cara bertindak patut mengikut saluran parti. Tun Dr Ismail juga meminta Pemuda sentiasa bersikap action oriented dan bukannya publicity oriented.

Apa yang Tun Dr Ismail tekankan di sini ialah Pemuda harus selari dengan kepimpinan parti tetapi tidaklah sampai menjadi ’pak turut’ sahaja seperti sekarang ini. Walaupun salah, mereka tetap “angguk” tanpa ingin mengelengkan  sedikit kepala demi pangkat dan periuk nasi.

Pemuda dilabel seperti lembu dicucuk hidung kerana tidak berani menentang penyelewengan di kalangan pemimpin kerana jika ia terjadi, akan mengukuhkan kepercayaan umum bahawa Pemuda UMNO hari ini tidak lebih dari Pak Turut iaitu hanya bersuara menyokong kenyataan pemimpin

Kita semua ada peranan masing-masing. Malah Pakatan Rakyat juga ada peranan mereka sendiri kerana mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus memenangi hati rakyat, tidak mustahil jika mereka suksess beri khidmat terbaik kepada rakyat walaupun dengan `bantuan dari luar’, mereka akan terus berkuasa di hati rakyat.

”Melayu mesti melahirkan pemimpin yang berani mengeluarkan fikiran bernas kalau mahu terus maju. Dalam konteks Pemuda UMNO, bagaimana sifat berani ini harus dijelmakan?”.

Berhati-hati lah jika  isu kepimpinan ini tidak dapat dileraikan dalam masa terdekat maka, kita saksikanlah kembali kejatuhan yang paling teruk didalam pilihanraya ke 13 nanti.

KEPIMPINAN SEKARANG WAJIB DITUKARKAN DENGAN SEGERA :

BIAR KITA KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN TETAPI KITA JANGAN KEHILANGAN UMNO PARTI KERAMAT BAGI ORANG MELAYU:

This entry was posted in Najib perlu tegas:Isu kepimpinan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Najib Perlu Tegas: Isu kepimpinan

  1. tukang kesian says:

    sekarang ni sedara letak harapan pada najib pulak.Kes Altantuya macamana bila nak selesai ni.Mamak mana bakal jadi pak sanggup…atau lebih tepat lagi korban.
    PM mongolia dah antar surat rasmi ke pm minta
    siasatan yang telus yang mana salah satu permintaan pm mongolia tu supaya najib diseret ke mahkamah.

  2. nurshi says:

    Wahai kepimpinan Pemuda Saka!!

    Sila dedahkan berapa nilai harta dan syer kepunyaan pemimpin-pemimpin kamu?

    Pastikan sekali bahawa rakyat tahu kebenaran bahawa perjuangan diaorang adalah untuk duit atau benar-benar untuk rakyat???

  3. coco says:

    UMNO masih pertahankan hak-hak orang MELAYU..
    PKR (anwar ibrahim) adalah dalang negara malaysia tercinta…
    bersekutu bersama Pemimpin2 dunia seperti BUSH(syaitan)…
    adakah anda sanggup melihat negara kita dipimpin oleh orang Cina, India dll..
    sisterm perlembagaan beRAJA kita telah berani dipersoalkan oleh kaum Cina.india…
    orang cina india skarang telah berani bersuara dan mahu hak yg lebih dimuka bumi malaysia..
    sedangkan mereka telah monopoli ekonomi malaysia sebanyak 60peratus…
    betol laa kata DR MAHATHIR , orang MELAYU mudah lupa…bagaimanakah orang2 dulu iaitu UMNO
    hendak menubuhkansesebuah negara yg aman dan makmur bukanlah senang…sekarang maruah orang Melayu
    telah dibeli oleh orang Cina India dll…
    PKR sambut kemenangan dgn makan BABI…adakah anda nak ikot PKR…sedarlah wahai orang2 MELAYU…
    adakah kita masih x nampak lg….buta, sebok mencari kesalahan kerajaan yg sekian lama telah banyak
    membantu kita…sedarlah wahai orang melayu jgn kita berpecah…lihatlah orang cina semakin utuh..
    kita Melayu…RUNTUH…kenape?? kerana maruah boleh dibeli dgn duit…anak bangsa menjadi mangsa..
    ingatlah wahai TUAN-TUAN…mahukah kita dudok dinegara kita menjadi KULI…JGN SEKALI…
    masih belom terlewat utk membantu kaum melayu…UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s