Anda Boleh Mencubanya!!-Bagaimana Disiplin Anak Di Bentuk dari Peringkat Pra-Persekolah an

Oleh rmf

Untuk melihat negara dimasa akan datang maka lihat lah generasi masa kini, Apakah yang kita lihat disekeliling  kita sekarang, rata rata generasi yang ada adalah generasi yang kurang  berani menghadapi cabaran global dan cabaran cabaran Ilmiah yang memerlukan pendekatan ilmuan.

Pembentukan generasi ini adalah menjadi  tanggungjawab bagi kerajaan yang memerintah, sistem pendidikan dari peringkat Pra-persekolahan adalah langkah pertama untuk melihat kecenderungan  mereka.

Kesilapan silibus diperingkat ini akan meyebabkan  kita berhadapan dengan generasi yang hanya bijak bercakap tetapi amat cetek untuk memberikan idea dalam pembangunan negara dimasa akan datang.

Oleh yang demikian disini saya memaparkan satu artikel yang mana saya rasa amat berguna untuk dijadikan pendoman kementerian pelajaran untuk melakukan kajian dasar yang terbaik untuk diperkenalkan  kepada generasi  yang baru. Ini adalah bertujuan untuk membentuk satu kelompok generasi yang cukup berdisiplin untuk memimpin negara dimasa akan datang.

Kaedah ini diamalkan di negara matahari terbit dan kita telah melihat bagaimana sebilangan besar generasi yang ada mempunyai daya dan budaya menghormati diantara satu dengan yang lain. Pembentukan minda daripada pra sekolah lagi telah menunjukkan hasil yang cukup gemilang untuk membagunkan negara  mereka sehingga kini.

Mengapakah kaedah kaedah ini tidak digunapakai didalam negara kita, Sesuatu yang baik dan berkesan seharusnya menjadi pendoman kita untuk dijadikan  kaedah pendidikan didalam negara ini.

Jepun antara negara yang mencapai kemajuan bukan sahaja dari segi pembangunan teknologi malah turut sahsiah diri. Mereka di sana telah dididik supaya menjadi orang yang sentiasa berdisiplin dengan masa dan tidak sesekali mengabaikan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Cara hidup di Jepun juga turut diakui oleh beberapa orang luar negara yang kagum dengan keadaan di sana. Mari kita lihat bagaimana 10 fakta  Jepun boleh mencapai kemajuan. Kemajuan didalam  bentuk sahsiah, adab dan kemajuan didalam bidang kerjaya yang penuh dengan disiplin.

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Dengan cara sistem pendidikan sebegini , kita telah melihat hasilnya di Negara Jepun. Mendisiplin kan  generasi muda yang bermula daripada  peringkat yang paling rendah lagi sehinggalah ianya  menjadi satu amalan harian yang mereka sendiri akan amalkan  dan mematuhi segala bentuk peraturan yang dibuat.

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s