Wajib Baca!!Politik Pening Lalat Pembangkang

Oleh rmf

Sepanjang hampur 5 tahun saya memerhatikan senario politik ditanah air, kepelbagaian  perkara telah berlaku, ada yang amat menguris perasaan  hati kita, ada yang meretakkan pegangan kita, tetapi berkat kesabaran insan yang bernama pemimpin segalanya diatasi dengan tenang.

Keberanian pihak pembangkang memainkan isu yang tidak sepatutnya sedikit sebanyak telah menjadi kemarahan banyak pihak. Demi politik pembangkang akan lakukan apa sahaja.

Perhimpunan Shamsidar baru baru ini telah menunjukkan segalanya, walaupun 10 tuntutan  yang dimintak kepada kerajaan adalah hanya retorik politik tanpa tujuan. Kita memahami ianya lebih kepada  satu agenda perang psikologi untuk memaparkan kekuatan sempena untuk PRU13 ini.HKR-112-Budak-Punk-Sokong-PKR-1024x768

Apa yang tidak ada dalam perhimpunan kali ini, ada golongan memperjuangkan Komunis, Ada yang memperjuangakn LGBT, ada yang meperjuangkan Punk, ada yang memperjuangkan revolusi. dan ada yang melakukan penyelengan Agama.. Jadi segalanya telah lengkap. lengkap dengan dasar yang diperjuangkan oleh DAP yang berkonsepkan komunisme.

Jika kita membaca sejarah  tumbangnya Indonesia pada tahun 1946 akibat campurtangan komunis dan tenaga muda  atas nama “Ketuanan Rakyat” kita akan sedia maklum bahawa apa yang PKR DAP perjuangkan bukan sekadar isu politik akan tetapi ianya lebih kepada agenda tersirat.424115_10151386300646011_1711993247_n

Pada pandangan saya secara peribadi, saya berani mengakui dan menyatakan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PKR hanya lah tidak lebih daripada  perjuangan individu bukan sebuah perjuangan yang dikatakan  untuk membela rakyat.

Jika kita baca didalam Protokol Of Zions dan agenda Jesuit dan Illuminati – segala yang dilakukan oleh Anwar ibrahim adalah berdasarkan agenda yang tersembunyi oleh organisasi yang saya sebuitkan tadi.

Sepanjang pengetahuan saya melalui pembacaan, saya mendapat maklumat yang cukup jelas   dan menyatakan bahawa Malaysia adalah satu satunya Negara Islam yang cukup sukar untuk ditumbangkan  seperti yang telah mereka lakukan di Filipina dan Indonesia.

Dengan demikian salah satu cara yang terbaik untuk merealisasikan  agenda tersebut ialah dengan menggunakan warganegara itu sendiri serta memasukkan fahaman fahaman yang bercangahan dengan prinsip yang diamalkan di negara tersebut.

Perkara ini jels terbukti  bagaimana saranan demi saranan dilontarkan  kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan bahawa demokrasi yang diamalkan tidak mengikuta apa yang diamalkan oleh barat.602798_192864377525574_1070610091_n

Diantara nya ialah, Demontrasi, fahamaa beragama, hak hak asasi serta beberapa isu lain yang melibatkan isu Kehakiman, Kuasa Anarki , Isu keselamatan, Isu kepimpinan, Isu Agama dan mempertikaikan kuasa mutlak yang diamalkan didalam negara ini.

Sedar atau tidak, ini merupakan diantara agenda agenda yang telah meruntuh Indonesia pada tahun 1946 dan Filipina berikutnya. Pergabungan kuasa dan ideologi komunisme dan  generasi muda telah memperlihatkan kesan terhadap kedua negara tersebut. Fikirkanlah..

Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Mutakhir, keselamatan negara kerap kali tergugat oleh perhimpunan-perhimpunan dan demontrasi-demontrasi jalanan yang menuntut pemantauan, kesiagaan, pencegahan yang rapi oleh anggota keselamatan untuk mententeramkan keadaan sehingga tindakan tegas ini sering dimanipulasikan.

Transformasi dalam persekitaran politik turut mencetus konflik pemikiran dalam masyarakat yang mana fakta sejarah perjuangan dan penentangan yang sekian lama terpahat dalam buku sejarah sudah mula dipertikaikan.

Apa yang tersurat dalam dokumen sejarah Malaysia,  pengganas komunis adalah pertualang namun mutakhir ada segelintir rakyat yang berani mengistiharkan anggota PKM sebagai pejuang dengan mengemukakan bukti-bukti tersirat mengikut acuan kepercayaan yang menjurus kepada kepentingan mereka.

Golongan ini menjadikan bekas-bekas anggota PKM sebagai rakan kolaborasi bagi mencungkil sejarah lama perjuangan dengan membesar- besarkan isu-isu yang kononnya bercanggah dengan dokumentasi sejarah.

Secara rasional, umumnya ramai boleh bertolerasi untuk memperakui bahawa PKM yang mengganas demi mengusir elemen-elemen penjajahan dan sekutu-sekutunya yang bertapak di bumi Malaya sebelum merdeka sebagai pejuang namun apakah rasionaliti seseorang akan dapat menerima penentangan dan kebiadaban PKM memerangi dengan segala kekuatan dan taktikal terhadap anggota-anggota keselamatan yang 100 peratus dari warga negara bangsa selama 32 tahun pasca merdeka?.

Bukan sekadar kemusnahan infratruktur, malah ribuan anggota keselamatan terbunuh, cedera ringan dan cedera parah, cacat seumur hidup, meninggalkan isteri menjadi balu, anak menjadi yatim malah ibu/bapa hilang tempat bergantung.  Semuanya angkara komunis.

Sesungguhnya mengiktirafkan komunis sebagai pejuang dengan menidakkan jasa dan kepahlawanan warga pasukan keselamatan ibarat menyapu garam pada luka yang belum sembuh bagi seluruh anggota-anggota keselamatan.

Biarpun generasi terkini pasukan keselamatan tidak dapat merasai keperitan rakan terdahulu namun ibarat mencubit peha kiri, peha kanan tetap merasa kesakitannya.

Skeptikal dengan Perjanjian Damai Hadyai yang mencetus kepada perletakan  senjata PKM tetapi hakikatnya ramai berpendapat  mereka tidak menyerah kalah dan menggugurkan hasrat mereka untuk bangkit semula mengangkat senjata kerana ideologi komunis masih wujud dan tidak mustahil generasi baharu  akan kembali berjuang menegakkan ideologi dan cita-cita politik mereka yang belum selesai bila tiba masanya yang sesuai.

Persepsi ini berdasarkan kebangkitan pengaruh pemerintahan sosialisme yang dikatakan salah satu cabang komunisme, di Amerika Selatan. Secara halus, mereka ini akan menyusup masuk dalam mana-mana persatuan atau parti-parti politik dan akan mempengaruhi dan berusaha untuk mengambil alih persatuan tersebut dan mengembangkan sayapnya.Sejauh mana kebenaran teori ini hanya masa yang akan menentukannya.

Apa yang perlu, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan kedamaian wajib mempertahankan kedamaian dan ketenteraman ini ke tahap maksima  kerana menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama.

Pengalaman dari pergolakan masa lampau boleh dijadikan teladan dan sempadan yang mana jika diteliti kebanyakan berpunca dari hasutan dan campur tangan pihak luar. Berusaha mempertahankan kemerdekaan yang sudah dicapai adalah lebih mudah daripada berjuang sekali lagi untuk mendapatkan kemerdekaan kali kedua

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s