PORNO REJIM[PR]-Dana Siapa Digunakan Untuk PRU13 Kali ini -RM600Juta- NED? Yahudi? Israel?

Oleh rmf

PORNO REJIM [PR] memerlukan RM600 juta untuk menghadapi Pilihanraya 13 akan datang, Persoalannya disini dimanakan sumber dana yang  akan Raja PORNO ini dapat untuk menampung kos PRU13 nanti, sebagaimana kita ketahui diantara sumbangan dana daripada NED dan Yahudi  Israel kepada PKR semestinya ada diantara lain lain sumber haram yang membolehkan Raja PORNO ini mengumpul wang sebanyak RM600 juta itu.

Menurut seorang pengikut tegar PORNO REJIM yang berhujah dgn saya dahulu apabila isu ini dipertikaikan, beliau menyatakan bahawa Raja PORNO ini mengumpul Elaun dan gaji MP untuk menangung KOS parti, walaupun saya tahu jawapan tersebut adalah jawapan budak tadika, saya hanya mampu ketawa sahaja, kerana saya tahu tahap pemikiran diorang didalam PKR ini. iaitu BONGOK!!

Dalam laporan yang ditulis berdasarkan pengalaman peribadi bersama PKR dan Anwar itu, RPK merumuskan seorang individu yang bernama Datuk John Soh Chee Wen merupakan key person di sebalik kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.


Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RM600 juta untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13

RPK, yang juga bekas pengendali Free Anwar Campaign (FAC) merumuskan hanya dengan faktor dana sahaja Ketua Umum PKR itu mampu merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7.

“Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan DAP atau PAS akan muncul sebagai taiko dalam pilihan raya akan datang (bergantung kepada parti mana) yang memiliki bilangan kerusi (parlimen) paling banyak.

“PKR pula akan diturunkan pangkat sebagai saudara muda dalam Pakatan Rakyat dengan kerusi yang hampir tidak cukup untuk menuntut jawatan Ketua Pembangkang, (dan) melupakan sahaja hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam kolumnya, The Corridors of Power, dengan tajuk “EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2)

Dalam laporan yang ditulis berdasarkan pengalaman peribadi bersama PKR dan Anwar itu, RPK merumuskan seorang individu yang bernama Datuk John Soh Chee Wen merupakan key person di sebalik kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

“Dia (Soh) telah membelanjakan RM20-RM30 juta untuk menaja Anwar, dan kemudian PKR, sejak dari tahun 1998″, katanya.

Menurut RPK, peranan John Soh itu tidak diketahui umum, kecuali di kalangan inner circle Anwar, bahawa pemain di sebalik tabir itu bukan setakat penaja kewangan PKR, malah beliau juga merupakan ‘master strategist’ yang memikirkan kaedah untuk merampas Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat tentang pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

“John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan berakhir impian 16 September untuk memasuki Putrajaya”, katanya.

Katanya lagi, selama beberapa minggu, Anwar enggan bercakap dengan John Soh dan Ketua Umum PKR itu meletakkan kegagalan 16 September di atas bahu pembiaya dan pakar strategi itu.

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri!”

Menurut RPK, apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk mereka berbaik-baik semula, John Soh dan Anwar telah ‘berpisah’, kemuncaknya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu.

Dakwanya lagi, bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR kini dimiliki oleh John Soh, dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan itu kini dianggarkan telah mencecah RM1 juta.

Persoalannya sekarang, berjayakah Anwar mengumpulkan dana RM600 juta untuk mencapai cita-cita politiknya, tanpa bantuan John Soh.

Mungkinkah sekarang Anwar sudah ada penganti John Soh, sepertimana Anwar pernah ‘membuang’ Datuk S Nallakarupan sebelum ini…

AIDCNews – 29/02/12 –Published by on February 29, 2012

One Response

  1. aiseh bro,

    gwan eng sudah jual tanah bayan mutiara maa..

    10b tu.. kawan2 yg lain top-up 7-8ratus juta lagi dah la, compom dpt putrajaya punya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.