Dimana PAS dalam ISU Kematian Patrick- Bukankah ANDA Pembela Keadilan? Kenapa tak DEMO

Oleh rmf

Persoalan yang timbul didalam benak hati saya sekarang ialah kenapa PKR/ PAS mendiamkan diri dalam isu kematian Patrick, Jika dahulu sampaikan penjenayah sekali pun mereka sanggup berjuang untuk membelanya. Kematian Patrick ini dipandang sepi terutama pemimpin lebai ni.

Jika dahulu TBH  yang mati pelbagai ulasan yang telah dibuat atas nama keadilan untuk manusia yyang teraniaya. Tetapi agak pelik juga kenapa PAS  PKR  bisu tanpa sepatah kata dan ulasan terutama didalam blog Anak  Sungai Derhaka, Milo Suam  dan lain lainya. Mana pencacai yang sanggup mengantungkan gambar dileher yang inginkan keadilan atas kematian.

PAS kenapa boleh didiam kan  isu pengkhianatan  dan penganiayaan , dimanakah ke4adilan yang korang sorakkan  bagai nk berderai bumi Malaysia ini pada satu ketika dahulu. Anda semua golongan apa ? tidak membela manusia yang telah teraniaya. atau Takut?

Kematian Patrick Wong Perlukan Pembelaan Sewajarnya

Patick Wong… kematiannya perlukan pembelaan!

Berbanding Teoh Beng Hock yang membunuh diri seata-mata untuk melindungi rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin DAP Selangor, kematian Datuk Patrick Wong pula adalah disebabkan ingin menutup skandal pasir seta penyelewengan Pakatan Rakyat khususnya skandal pasir Selangor yang melibatkan beberapa orang pemimpin PKR Selangor.

Pihak polis ketika mengulas perkara yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin itu berkata, kematian Patrick Wong pada November 2009 mengandungi elemen jenayah. Atau dalam bahasa yang lebih mudah faham, Patrick Wong telah dibunuh tetapi selepas lebih dua tahun, pihak berkuasa masih belum endapat sebarang klu untuk menahan orang yang bertanggungjawab membunuh Patrick Wong.

Dua orang pencuri besar pasir Selangor yang pasti tahu siapa pembunuh Patrick

Siapa pembunuh Patrick Wong, sehingga kini masih belum ditangkap dan diberkas. Kes tersebut masih belum dapat diselesaikan. Malah pihak polis juga masih tidak dapat sebarang petunjuk tentang mereka yang telah membunuh ahli perniagaan berkenaan sekalipun pihak polis mengesahkan bahawa ahli perniagaan itu bukannya dibunuh kerana rompakan tetapi memang kedatangan dua orang tetamu tidak diundang ke rumahnya adalah bertujuan untuk membunuhnya.

Tidak ada barangan berharga yang hilang dari rumah Patrick Wong sebaliknya yang hilang cumalah komputer riba dan telefon anak perempuannya. Pun begitu, Patrick Wong kehilangan nyawa.

Kematian Patrick Wong tidak syak lagi mempunyai kaitan yang amat rapat dengan pencurian dan skandal pasir di Selangor. Sebabnya amat mudah, Patrick Wong dijangka mendedahkan penyelewengan serta skandal pasir Selangor sebelum dia ditemui terbunuh. Ada pihak yang tidak mahu Patrick Wong membuka mulut berhubung skandal pasir di Selangor.

Sehingga sekarang, tiada sebarang pembelaan sewajarnya terhadap Patrick Wong. Malah kumpulan pro-Pakatan yang sebelum ini cukup sensitif apabila membabitkan nyawa dan skandal penyelewengan juga, nampaknya mendiamkan diri dan langsung tidak mahu memberikan sebarang ulasan berhubung kematian Patrick Wong. Mereka seolah-olah pekak dan tuli dalam kes ini.

Atau boleh jadi juga mereka tidak berani menyuarakan sebarang usul berhubung kematian Patrick Wong kerana tindakan sebegitu hanya akan mendedahkan dalang sebenar yang telah mengupah pembunuh upahan yang telah membunuh Patrick Wong!

Timbul pertanyaan, mengapa agaknya kematian Patrick Wong tidak langsung menarik minat Pakatan Rakyat. Kematian Teoh Beng Hock telah menyebabkan DAP menggerakkan seluruh kekuatan mereka, termasuklah mempengaruhi ahli keluarga Teoh Beng Hock untuk berlakon menangis setiap kali ada kamera televisyen dan kamera media. Namun dalam hal Patrick Wong, jangankan demonstrasi atau nyalaan api lilin yang turut menarik perhatian bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin, bersuara pun mereka langasung tidak bersemangat.

Apakah nilai kematian Patrick Wong jauh lebih rendah berbanding kematian Teoh Beng Hock atau Aminurrasyid, remaja yang ditembak oleh polis kerana memperlihatkan ancaman keselamatan atau A.Kugan, penjenayah yang mati ketika di dalam lokap polis? Apakah Patrick Wong yang cuba melakukan pendedahan berhubung penyelewengan serta skandal mencuri pasir di Selangor.

Sesuatu yang pasti ialah, kematian Patrick Wong, sekalipun tidak dibela oleh sesiapa pun, bahkan tidak disebut oleh mana-mana pihak, termasuklah dari kalangan UMNO, namun usahanya untuk mendedahkan penyelewengan serta skandal pasir di Selangor yang besar kemungkinan mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan SPRM, sedang diteruskan oleh pihak-pihak tertentu.

Dek kerana itulah barangkali Pakatan Rakyat, terutama sekali Khalid Ibrahim kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan segala persepsi negatif terhadap pentadbiran negeri dengan cuba memekakkan telinga dan membutakan mata mereka, sekalipun tindakan sebegitu telah menyebabkan satu nyawa melayang semata-mata kerana keserakahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.