Anwar Takut Terima Memo Anti Israel

Oleh rmf

Petang tadi selepas solat Jumaat, ratusan rakyat termasuk Pemuda UMNO & NGO Islam telah berarak ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara dengan niat tujuannya menyampaikan memo bantahan terhadap Anwar Ibrahim berkaitan isu mempertahankan keselamatan Israel.

Malangnya bayang Anwar Ibrahim pun tak kelihatan, mungkin risau digelar sebagai anti Israel sekiranya memo tersebut sampai ke tangannya. Bagaimanapun menurut laporan Malaysia Insider, memorandum tersebut telah disampaikan pada jam 4.30 petang tetapi dinafikan oleh jurucakap PKR yang mendakwa tidak menerimanya.

Memorandum tersebut diserahkan pada jam 4.30 petang, namun, menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azin, memorandum tersebut tidak diterima.

Bagaimanapun, memorandum itu kemudiannya ditemui sudah dibakar oleh individu yang tidak dikenali apabila polis dan semua peserta bersurai.

Menurut pengawal keselamatan pejabat PKR, ketika kejadian, dia pergi ke tandas dan apabila kembali ke mejanya, dia melihat memorandum itu sudah terbakar. (Malaysia Insider)

Gambar memorandum pemuda umno yang dibakar individu tidak dikenali di Hq PKR hari ini. — Gambar oleh Mohd Farhan Darwis

Rupanya memorandum bantahan tersebut telahpun menjadi abu barangkali dibakar oleh individu tertentu yang berkemungkinan talibarut Israel atau mossad, mungkin juga.

Entah apa yang ditakutkan sangat dengan memo bantahan tersebut.  Walhal apa nak dirunsing sangat kalau dipandang masyarakat dunia sebagai anti Israel?. Tun Dr. Mahathir hingga kini walaupun digelar sebagai anti semitik & anti Israel sampai sekarang tak tergugat pun dengan gelaran tersebut.

“Mahatir only spoke the truth when he spoke of the power of the Jewish influence over the world. Moreover, he was braver than the others, since what he said publicly is what others in the West are saying secretly and do not dare to say… The reality is that no one dares to criticize Israel, the Jews or the Zionists because then he will be blamed with ‘anti-Semitism’…”

Dr. ‘Abed al-Wahed al-Hamid, “A Man Who Dares to Speak”,
Ar-Riyadh, October 20, 2003 (Saudi Arabia)

Ingatkan selepas Anwar Ibrahim bertemu muka dengan Nik Aziz sehari dua lepas untuk menjelaskan isu kenyataannya dalam WSJ yang mahu membela keselamatan Israel, setidak-tidaknya akan timbullah keberanian Anwar untuk menonjolkan dirinya sebagai kritikal terhadap kezaliman Yahudi Zionis.

Rupanya harapan tersebut umpama debu-debu yang berterbangan sahaja. Yang jelas kelihatan sekarang, Anwar Ibrahim masih utuh berpegang kepada kenyataan asalnya berbanding bersimpati pada nasib rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim Israel.

Nampak gayanya sia-sia sajalah Nik Aziz berbuih mulut menjelaskan pendirian Pas yang kononnya anti Israel namun sampai sekarang seakan dibakul sampahkan saja oleh Anwar.

Bukankah Anwar begitu gah bercakap soal kebebasan bersuara, berhimpun dan mementingkan amalan demokrasi yang terbuka kah?

Ini terbuka kot celah mana kalau memorandum pun tak mahu terima. Kebebasan suara apa namanya bila suara rakyat tidak diendah dan pandangan rakan sebantal di campak ke longkang.

Ada juga khabar mengatakan Anwar sebenarnya ada di di Ibu Pejabat PKR tapi telah ‘diseludup’ keluar oleh seseorang, betulkah? Harapnya itu cuma khabar angin sajalah, kot kalau betul bikin malu saja.

Kita bersangka baiklah anggap kemungkinan Anwar memang tiada di sana  sewaktu kedatangan orang ramai, pemuda UMNO dan NGO Islam untuk menyampaikan memo bantahan tersebut, tapi soalnya sekarang bila pula Anwar mahu menarik balik kenyataannya yang terang tak perlu bersuluh lagi begitu pro Israel?

I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians

“Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel”, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”. (WSJ / 26 Januari 2012)

Cuma tak tahulah kot Anwar Ibrahim rasa dengan menimbulkan isu kapal Israel sudah cukup untuk mengalih pandangan umum daripada terus menyanggah kenyataannya yang prihatin untuk melindungi keselamatan & kedaulatan Israel.

Walhal sudah terbukti jelas isu kapal Israel langsung tidak berbangkit kerana fakta jelas menunjukkan kapal yang bernama ZIM USA & ZIM Atlantic itu semuanya didaftarkan di Liberia.

Tapi perihal kenyataan Anwar Ibrahim, sudah terang dan jelas yang Anwar itu adalah pemimpin & ketua pembangkang di Malaysia, surat beranak & kad pengenalannya pun di daftarkan di negara ini malah kenyataan tersebut dituturkan pula oleh mulutnya sendiri yang secara sedar mengakui peri penting keselamatan Israel di sokong & di dukung.

Masihkah ada penyokong & pemimpin Pas serta PKR yang beragama Islam tetap redha dan pasrah berimamkan Anwar Ibrahim dalam menuju medan tempur pilihanraya ke 13 kelak sekalipun Anwar Ibrahim telah menyatakan pendiriannya untuk melindungi keselamatan negara Israel laknatullah? Tepuk kepala tanya akal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.