Oleh rmf
Dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Jamaah Islam dan wadah perjuangan Islam tulin, PAS bertanggungjawab menjelaskan Islam sebagai dasar dan sistem kehidupan yang menyeluruh. Dengan kenyataannya bahawa matlamat politik nya ialah menegakkan negara Islam,
PAS bertanggungjawab menjelaskan sistem politikĀ bagi negara Islam yang hendak dibentuknya di zaman moden ini. Apakah dasar-dasar Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS didalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, perhubungan luara dan sebagainya.
Tugas dan tanggungjawab inilah yang sepatutnya dikemukakan oleh PAS di dalam kegiatan politiknya, sekiranya ia benar-benar sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Jamaah Islam.
Tetapi apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS itu tidak ada keupayaan untuk dilaksanakan. Ini ialah kerana pemimpin PAS tidak mempunyia cukup kelayakan ilmiah untuk berbuat demikian. Bahkan did alam melaksanakan agenda Islam,
PAS tidak peduli, samada strategi politiknya ini, sesuai atau tidak dengan Islam. Ini ialah kerana bagi “matlamat mengharuskan cara”. Meskipun jelas politik membenci ini bertentangan dengan Islam, tetapi inilah kaedah politik yang paling laris dikalangan propaganda PAS dan para pengikutnya.
Majlis ceramah PAS akan menjadi lesu dan hambar jika tidak bernada kecaman fitnah dan kata nista terhadap UMNO. Ceramah mereka seolah-olah tidak sah jika tidak mengutuk Dato’ Seri Dr. Mahathir.
Politik PAS ini menyimpang jauh daripada Islam. Politik Islam mengajak umat bersatu dan melarang perpecahan, persengketaan dan perkelahian. Ini ialah kerana perbuatan itu membawa kepada kegagalan dan kehancuran.
Kehancuran yang bakal menimpa umat ini dan bangsa Melayu, jika terus bersengketa dipandang ringan oleh PAS. Kerana mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tragedi yang akan berlaku. Yang penting bagi mereka ialah menghancurkan UMNO. UMNO bagi mereka adalah musuh yang lebih dibenci oleh mereka daripada Yahudi. Inilah perasaan yang ada di dalam hati sanubari pemimpin dan pengikut PAS. Mereka hilang pedoman dan lupa peringatan Nabi s.a.w.
Ertinya : Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang.
Politik membenci terhadap sesama Islam tidak ada di dalam agenda politik Islam. Bahkan orang yang melakukan kesalahan dan dosa sekalipun, tidak harus dibenci. Orang tersebut dengan penuh kasih sayang hendaklah diselamatkan daripda api neraka yang akan diterimanya jika ia terus melakukan maksiat.
Ia hendaklaj diberi bimbingan dan nasihat supaya meninggalkan maksiat. Jika perlu dihukum, ia dihukum dengan adil tetapi dilarang menghinanya. Demikianlah keindahan politik Islam. Keindahan ini sedang dicemari oleh parti PAS yang memperjuangkan pembentukan negara Islam untuk membangun sistem Islam.
Mereka sepatutnya memulakan pembangunan sistem Islam dengan memperbaiki tingkah laku politik mereka supaya bersesuaian dengan ajaran Islam. Mereka seharusnya meninggalkan politik maki hamun, memfitnah, mencela, mengkafirkan sesama Islam dan lain-lain perbuatan yang tidak selaras dengan tuntutan Islam.
Sekiranya mereka gagal di lapangan ini, harapan untuk mereka mendirikan negara Islam dan membangun sistem Islam dalam pelbagai bidang akan bersua dengan maksud kata pepatah “jauh panggang dari api“.
PAS tidak menyaingi UMNO yang bukan sahaja beriltizam kepada perjuangan menegakkan agama dengan kata-kata tetapi melaksanakan agenda pembangunan agama secara yang terbukti dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat di dalam bidang keagamaan.
Kejayaan yang dicapai oleh UMNO di dalam perjuangan Islam diakui oleh PAS. PAS akan menjadi tidak relevan lagi dalam perjuangan Islam, jika ia tidak melakukan sesuatu yang boleh memperkecilkan perjuangan UMNO.
PAS tidak mempunyai cara lain untuk mengecilkan perjuangan UMNO, melainkan menanamkan bibit kebencian dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya kepada UMNO. Apabila benci menguasai tidak ada lagi kebaikan yang dikenang. Benci akan menutup mata hati, sehingga melihat segala-galanya dengan cemuhan dan jelek. Seperti kata Imam Shafie:
Mata yang rela melihat kecil sagala keaiban sama seperti mata kebencian melihat segalanya penuh keburukan.
Politik kebencian menjadi agenda utama dakyah PAS di dalam usahanya untuk mengekal perjuangannya supaya terus relevan. Tidak ada yang lebih menimbulkan kebencian selain daripada melabelkan UMNO sebagai kafir.
Seorang pemimpin PAS dari Besut pernah berkata “Jika UMNO tidak kafir, lebih baik kita menyertai UMNO daripada menyertai PAS”. Seterusnya UMNO dilabelkan sebagai sekular, anti Islam, agen Yahudi dan berbagai label yang kesemuanya untuk menanamkan kebencian kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.
Masyarakat Melayu, umumnya belum dapat melenyapkan kepercayaan tradisi sepenuhnya yang diwarisi dari kebudayaan lama, sebelum kedatangan Islam. Mereka percaya kepada kuasa-kuasa istimewa yang dimiliki oleh seseorang dan mengaitkan sesuatu kejadian atau fenomena alam yang tertentu kepda sesuatu kuasa istimewa.
Walaupun di dalam ajaran Islam sesuatu yang luar biasa boleh terjadi dengan kehendak Allah s.w.t tetapi kerja menghubungkaitkan sesuatu fenomena dan kejadian tertentu kepada sesuatu sekali dengan hanya berdasarkan andaian, adalah karut dan tidak berlandaskan kebenaran. Umpamanya mengaitkan durian yang lebat buahnya, dengan keberkatan seseorang atau sesuatu peristiwa tertentu, tanpa bukti nyata atau hanya berdasarkan andaian.
Bolehkah dengan kenyataan di atas, Islam ditegakkan dengan kepalsuanĀ dan penyebaran khurafat dan kekarutan ? Jawapannya, tentulah tidak. Orang yang menyebarkan kepercayaan karut, berusaha mendapatkan kesetiaan kepada pemimpin dengan menyebarkan khurafat sehingga pemimpin itu dikagumi dan digeruni seperti yang dilakukan oleh PAS, sebenarnya telah melakukan perkara mungkar yang boleh membawa kepada syirik.
PAS sering menyalahkan UMNO di dalam berbagai perkara dan menghukum UMNO sebagai kafir dan sebagainya. Tetapi PAS tidak melihat dirinya sendir yang melakukan kemungkaran dahsyat yang melibatkan khurafat dan kepercayaan karut yang diperangi oleh Islam.
Ini ialah penyebaran kepercayaan karut, walaupun untuk tujuan-tujuan mulia yang lain, bertentangan dengan ajran Al-Quran supaya manusia menggunakan akal fikiran, memanafaatkan ilmu, mengkaji dan menyelidik di dalam memahami sesuatu, semata-mata kerana ia menjadi pegangan tradisi, sedangkan ia berlawanan denagn akal.
PAS seharusnya lebih berwaspada did alam usaha-usahanya hendak merebut kuasa politik, supaya agama, tidak dipergunakan sehingga berlaku penyelewengan yang nyata dan yang tersembunyi.
Begitu juga dengan kepercayaan khurafat yang ditentang oleh agama, yang dipercayai oleh sebahagian anggota masyarakat, tidak harus dikembangkan untuk tujuan mendewakan pemimpin dan menjadikan pemimpin itu dikagumi dan digeruni.
Nampaknya di dalam memenuhi matlamat politik untuk berkuasa, PAS menggunakan apa sahaj cara tanpa memperhitungkan halal atau haram. Nampaknya PAS benar-benar mengggunakan secara sempurna kaedah “Matlamat mengharuskan cara”.
PAS menggunakan Islam dengan membina imej keislaman di dalam perjuangannya, menggunakan agama untuk memperlekehkan UMNO, mengkafirkan UMNO dan mensekularkan UMNO. PAS menjulang Al-Quran dan Al-Sunnah untuk menarik orang-orang Islam supaya meyokong nya.
Di Waktu yang sama, PAS menggunakan kepercayaan khurafat dan karut, untuk mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai bahawa pemimpin meraka dalah keramat, istimewa yang harus dikagumi dan disegani.
Filed under: Adakah Ini Ajaran Islam?PAS Menyemai Politik Kebencian Sesama Islam Tagged: | Adakah Ini Ajaran Islam?PAS Menyemai Politik Kebencian Sesama Islam












Gan,
ane nemuin postingan bagus ttg PAHAM KEBENCIAN
Kalo yg ini AJARAN KEBENCIAN
di Amerika, seorang Muslimah Berhijab menjadi korban dari AJARAN KEBENCIAN
mampir ya gan! kebetulan ane nemuin artikel2 bagus di forum
Gan,
ane nemuin postingan bagus ttg PAHAM KEBENCIAN
Kalo yg ini AJARAN KEBENCIAN
di Amerika, seorang Muslimah Berhijab menjadi korban dari AJARAN KEBENCIAN
mampir ya gan! jarang2 ane nemuin tulisan2 keren