Siapa Dalang-Pelan Reformasi 1998

Oleh rmf

BEBERAPA rancangan jahat dikenalpasti sedang dirancang oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim menjelang 9 Januari 2012 dan pada tarikh itu juga dipercayai akan berlaku berbagai-bagai gerakan-gerakan khianat bagi melumpuhkan sistem kehakiman dan perundangan negara untuk menyelamatkan Anwar daripada terhukum ekoran pertuduhan kes liwatnya dengan Saiful.

Pelan Reformasi 1998-siapa pula alatnya

 
Rakyat akan ditipu  seperti tahun 1998?
BEBERAPA rancangan jahat dikenalpasti sedang dirancang oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim menjelang 9 Januari 2012 dan pada tarikh itu juga dipercayai akan berlaku berbagai-bagai gerakan-gerakan khianat bagi melumpuhkan sistem kehakiman dan perundangan negara untuk menyelamatkan Anwar daripada terhukum ekoran pertuduhan kes liwatnya dengan Saiful.
Apa sahaja keputusan yang akan diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi,Zabidin Mohamad Diah terhadap Anwar memungkinkan satu lagi gerakan demonstrasi besar-besaran kerana Anwar telah melancarkan Kempen Pembebasan Anwar (FAC II) di rumahnya baru-baru ini dan pengisian rancangan tersebut sama sahaja modus operandi sepertri yang berlaku dalam Reformasi 1998 lalu.
Anwar sekali lagi akan memperalatkan rakyat dan  mahasiswa serta mahasiswi yang pendek akal berselindung di sebalik nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mencetuskan huru hara bersama sayap parti PKR iaitu AMK malah gerakan SMM dan BEBAS yang berlangsung baru-baru ini merupakan satu gerakan pemanas badan bagi menyiapkan diri untuk beberapa lagi demontrasi  besar-besaran bagi menggugat pentadbiran kerajaan seterusnya menggulingkan kerajaan pimpinan PM Najib.
 
Mahasiswa yang sakit akalnya dijadikan alat…
Rusuhan 1998 bakal berulang lagi dan kali ini kita menjangkakan Anwar dan barua-baruanya akan berusaha sedaya mungkin untuk mengheret rakyat turun ke jalanan bagi menyokong peliwat dan penzina seperti beliau. Paling jelas SMM adalah sayap baru Anwar yang  akan digunakan sepenuhnya untuk menghasut pelajar-pelajar dan perjuangan SMM ataupun BEBAS sebenarnya  bukan kebebasan akedemik,bukan pemansuhan AUKU dan bukannya memperjuangkan hak-hak mahasiswa  tetapi lebih kepada menjadi perkakas kepada Anwar dan kuncu-kuncunya.
Anwar tidak ada pilihan untuk mengkelabukan mata rakyat dan beliau akan berusaha supaya dirinya terus dilihat putih dan bersih tanpa apa-apa dosa walaupun di mahkamah telah dibuktikan DNAnya dan ada video pula yang memaparkan perlakuan seksnya dengan pelacur dari Negara China dan dengan memperalatkan Nik Aziz serta Hadi Awang,video tersebut berjaya ditanamkan dalam hati sebahagian rakyat bahawa itu bukan bukti yang boleh diguna pakai.Itu saksi besi kata Hadi Awang.Itu konspirasi UMNO dakwa mereka dan rakyat terus jadi keliru.
 
Mereka bukan pertahankan agama,bangsa dan negara tapi Anwar!
Anwar sudah mula menyusun gerakan-gerakannya,mahasiswa sudah berjaya beliau peralat dan perbodohkan dan mereka inilah antara yang berada dalam mesyuarat di rumah Anwar bagi membincangkan protes jalanan secara besar=besaran. Kita percaya pihak berkuasa sudah ada maklumat-maklumatnya tetapi kali ini pihak berkuasa dituntut untuk bertindak dengan lebih tegas ataupun menahan lebih awal perancang-perancang demontrasi ini supaya Kuala Lumpur terus tenang sepanjang masa.
Kempen Pembebasan ini diyakini oleh Anwar mampu meledakkan satu semangat luar biasa kerana ternyata ketaksuban terhadap imej atau wataknya hingga menenggelamkan segala perlakuan buruk serta busuk yang Anwar lakukan boleh menangguhkan ataupun cubaan mempengaruhi keputusan mahkamh supaya berpihak kepada beliau.Demonstrasi gaya Bersih akan mereka laksanakan dan dengan bayaran-bayaran tertentu diberikan kepada perancang serta peserta demonstrasi sebagaimana Bersih bayar kepada peserta mereka dulu,bukan sahaja di jalanan mereka ini akan berlagak bagai kera ataupun monyet tetapi kita percaya sasaran mereka adalah Mahkamah Tinggi tempat Anwar akan dijatuhkan hukuman.
 Balac-balaci Anwar baik dalam PKR maupun yang berada dalam PAS sudah mula menggerakkan agenda menghasur rakyat untuk berdiri teguh di belakang Anwar. Setiap malam mereka ini berceramah di seluruh negara menghina badan kehakiman,menyalahkan kerajaan dan UMNO atas apa yang berlaku pada Anwar,berusaha menarik sokongan rakyat dengan segala macam cerita-cerita fitnah yang mereka rekayasakan untuk bersama mereka kononnya menentang penindasan dan kezaliman terhadap Anwar.
Seperti terdedah sebelum ini NGO-NGO asing berada di belakang mereka untuk membiayai segala gerakan menghuru harakan negara sehinggga kerajaan Malaysia tumbang dan berganti dengan kerajaan baru yang bakal tunduk kepada segala kehendak mereka.
Mereka juga sedang merancang untuk menjadikan Dataran Merdeka seperti peristiwa Dataran Taharin di Mesir hingga terguling kerajaan pimpinan Hosni Mubarak dan kalau dulu slogannya suara rakyat suara keramat,kali ini Anwar amat yakin dengan sokongan membuat tuli mahasiswa IPT dan IPTS terhadapnya sehingga beliau menyerahkan agenda mengkacaubilau termasuk mengsabotaj sistem pengangkutan awam akan membuatkan Putrajaya tunduk kepada segala kehendak mereka ini dan sekaligus membebaskannya daripada tuduhan liwat itu.
Malah sudah ada tuduhan-tuduhan liar dilemparkan bahawa Hakim Zabidin sudah pun dirasuah beratus juta  untuk membebaskan Anwar dari tuduhan liwat dan kita tidak tahu apa tujuan tuduhan-tuduhan begini dilemparkan menjelang 9 Januari ini.Apakah sebagai satu gerakan untuk mencemar imej Hakim itu ataupun sebagai provokasi-provokasi terancang yang hanya mereka sahaja ada jawapannya.
Di kalangan Anwar ramai yang bijak mengatur strategi.Di kalangan Anwar ramai yang bersedia untuk berkorban wang ringgit dan di kalangan Anwar ramai kalangan tokoh-tokoh agama yang melacurkan agama mereka untuk kepentingan Anwar. Andainya kali ini ramai lagi rakyat yang terpedaya dengan lakonan Anwar ini hingga sanggup membabitkan diri dalam apa sahaja protes jalanan ternyatalah rakyat hari ini makin ramai yang sakit seluruh jiwa raga mereka.
About these ads

One thought on “Siapa Dalang-Pelan Reformasi 1998

  1. Maka akan terlaknatlah mereka ini oleh kejahilan mereka sendiri.Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala pada mereka kerana jiwa mereka telah terkambus oleh kebatilan. Iman mereka telah tertutup dan hati mereka telah dipenuhi kebencian terhadap saudara muslim mereka. Renung-renungkanlah……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s