Al-Faatihah!!! Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un untuk…………..

Oleh rmf

Hanya itu yang mampu kita ucapkan sekarang, kita sedar  bahawa semasa hayatnya -mereka merupakan pejuang yang “Terhebat” serata dunia- Dulu semasa hayatnya mereka dinobatkan oleh “segolongan” yang sanggup melakukan apa sahaja untuk Islam – Pemergian mereka ini telah menunjukkan jelas apa yang telah mereka perjuangkan selama hari ini- Kini hanya kita akan meneruskan apa yang mereka telah “tinggalkan”-Kematian ini disahkan pada 22/ 10/ 2011…

Salam 2 all.

Al-Faatihah!!! Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un dan takziah atas pengesahan kematian perjuangan Islam PAS (kononnya) setelah mesyuarat PAS pusat malam semalam membuat keputusan tidak akan menyertai dan tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat anjuran bersama pelbagai NGO Islam dan umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan gejala murtad dan serangan terhadap aqidah dan institusi umat Islam di Malaysia; sebaliknya PAS lebih rela, redho dan syok bersekongkol dengan kaafir la’natullah dalam himpunan haram 09 Julai dan menjadikan kafir la’natullah sebagai rakan-kongkol dan kalipah himpunan haram itu.

Alasan yang diberi kaum Anwarinas cukup mudah. Mereka putarbelitkan konon penganjur yang tidak mahu parti politik terlibat. Sedangkan penganjur langsung tidak menghalang mana-mana parti politik untuk hadir. Malahan kalau dilihat senarai awal, Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Pusat disenaraikan sebagai turut menyokong Himpunan Sejuta Umat ini. Kalau ya pun tak mahu hadir sebagai parti, kerana apa PAS tidak buat kenyataan menyeru ahlinya hadir sebagai individu. Malahan arahan dikeluarkan kepada Dewan Pemuda PAS yang pada awalnya bersetuju hadir supaya mematuhi keputusan PAS pusat untuk tidak hadir! Bukankah ini sandiwara politik sahaja!

Kalau begitu, atas alasan apa PAS boleh buat keputusan bukan sahaja menyokong, malah berkempen siap dengan patwa menghalalkan himpunan haram 09 Julai. Sedangkan ianya himpunan haram yang dianjurkan jugak oleh NGO yang kebanyakannya kafir?

Begitu juga atas alasan apa PAS menolak menyertai himpunan yang diketuai oleh orang Islam, NGO Islam dan umat Islam? Sedangkan PAS rela, redho dan begitu ghairah menyertai himpunan haram yang diketuai oleh kafir harbi la’natullah yang disokong oleh NGO kafir harbi la’natullah saperti Bar Council?

Dan ada segelintir kaum Anwarinas menaburkan fitnah kononnya himpunan umat Islam ini didalangi oleh golongan tertentu untuk kepentingan politik. Siap ada yang fitnah dan tohmah konon teman sebenarnya dalang himpunan ini, walhal teman bukannya penganjur, walaupun teman menyokong penuh himpunan ini dan insyallah akan hadir bersama umat Islam nanti.

Kalau kaum Anwarinas boleh mempertikai niat ikhlas umat Islam mahu mempertahankan Islam serta institusinya, mengapa mereka langsung tidak mempertikaikan niat sebenar kaum kafir la’natullah yang mahu mengadakan himpunan haram 09 Julai. Langsung sepatah haram pun PAS tak pertikai, malah beriya-iya bersekongkol dengan mereka. Sedangkan terdapat bukti dan keterangan bahawa himpunan haram itu mempunyai agenda jahat mahu menjatuhkan kerajaan secara haram!

Dan dengan penuh bangga penganut fahaman pluralisma Anwar Ibrahim berkokok menyokong kebaculan dan kedayusan PAS untuk bersama umat Islam dalam Himpunan Sejuta Umat ini. Mana mungkin seorang penganut fahaman pluralisma mahu menyokong kesatuan umat Islam, sedangkan dia mempercayai semua agama sama!

Sebab itu, teman ucapkan takziah kepada kematian perjuangan PAS. PAS berjaya diperkudakan kaum Anwarinas sehingga menjadi hamPAS! Jangan kata nak laksana hudud, nak bersama umat Islam bersatu sebagai satu ukhwah perpaduan saperti yang diperintahkan ALLAH pun mereka tidak mampu sekarang. Pada teman, ahli-ahli akar umbi PAS harus sedar bahawa PAS sebenarnya sudah mati.

PAS sekarang tidak lebih daripada sebuah parti mayat hidup yang dengan penuh kesedaran dan redho meninggalkan perjuangan Islam dan bersekongkol dengan kafir harbi hanya untuk mencapai matlamat menduduki kerusi kekuasaan politik. PAS menjadi tidak lebih sebagai sebuah himpunan para politikus kalkatus yang terpedaya dengan kepalsuan cahaya mahkota Putrajaya sehingga akhirnya cahaya palsu itulah yang akan, dan sebenarnya telah pun membunuh dan mematikan PAS.

Sedarlah wahai saudara yang masih terpedaya dengan kepimpinan yang sudah sesat lagi menyesatkan ini. Kembalilah kepangkal jalan. Baliklah kepada Islam.

Kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat-marilah kita hidup dan mati sebagai Satu Umat yang bertuhankan hanya ALLAH Yang Satu!

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 ZulQaedah 1432
19 Oktober 2011

About these ads

One thought on “Al-Faatihah!!! Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un untuk…………..

  1. Satu perkara yang saya nak tanya dengan Zulkifli Bin Nordin (Datuk). Andaikata tulisan di atas saya yang tulis untuk ditujukan kepada parti bukan islam dan saya menggunakan semua perkataan dalam tulisan ini dengan menggunakan bahasa dan nada Kristian dan menggunakan gaya penutup yang Zulkifli Nordin gunakan dalam nada Kristian iaitu bersekongkol dengan parti orang kafir yakni parti yang didominasikan oleh orang bukan Kristian adalah satu tindakan yang tidak selaras dengan perjuangan orang Kristian, bermakna saya telah menganggap Zulkifli Nordin seorang kafir?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s